Kucing Kita Mati Adalah Salah Kita Sendiri | Sebagai seorang pembantu veterinar yang bertugas di klinik veterinar, kerap kali cik en melihat sikap dan perangai pemilik pemilik kucing atau anjing. Ada yang sangat menyayangi dan ada yang datang hanya kerana tanggungjawab atau simpati. Sebagai seorang manusia yang berhasrat ingin mengambil tanggungjawab terhadap kucing atau anjing, anda perlu bersedia dari segi mental, kewangan dan masa. Boleh rujuk entri info haiwan kesayangan
Tapi maaf cik en menegur segelintir daripada pemilik bulus ini sebenarnya menjadi penyebab kematian kucing atau anjing mereka. Ini kerana
- Kurangnya ilmu pengetahuan penjagaan
- Mengambil mudah jika kucing sakit
- Lewat membawa kucing sakit ke klinik veterinar
- Mengabaikan tanggungjawab seperti makanan, minuman dan tempat tinggal
- Jangan abaikan hairball.
- Tidak menjaga rutin tahunan kesihatan seperti pemberian vaksin dan ubat cacing
- Tidak semua yang digoogle atau dicadangkan oleh rakan di media sosial sahih. Mungkin berjaya kepada kucing pemberi cadang tapi tidak bersesuaian kepada kucing kita
- Program Pemandulan. Boleh rujuk entri Kenapa Perlu Memandulkan Kucing?
- Meninggalkan kucing di dalam kereta. Rujuk entri Jangan Tinggalkan Kucing Di dalam Kereta
- Atau rujuk entri ini Jangan Buat 8 Perkara Ini Pada Kucing
Ini antara penyebab kenapa cik en kata Kucing Kita Mati Adalah Salah Kita Sendiri. Tapi bukan sepenuhnya. Ada juga disebabkan wabak, kemalangan yang tidak diduga dan perkara perkara yang di luar jangkaan. ILMU itu penting. Tanpa ILMU, kita mungkin akan menjadi sebahagian punca kucing kita mati. Dan juga history setiap kucing itu perlu ada. Dan jangan suruh orang lain hantar kucing sakit kita ke vet, kerana orang lain tidak tahu history kucing kita seperti muntah, cirit dan sebagainya
ye la cik en kena ada ilmu pasal pelihara kucing ni...
ReplyDeleteyui vaksin mmg rasa xmampu dh..tp ubt cacing inshaaaALLAH bg.. skt skit, inshaaALLAH p vet..
ReplyDeleteskg mmg kos tinggi.. semua naik.. tu kena beringat.
terima kasih cik en...info peringatan yang sangat berguna..
ReplyDeletesaya pernah sekali jaga anak kucing yang ibunya dah mati..tiap2 hari bagi die makan & mandikn die tapi lastly mati jugak...lepas tu memang tak nak dah jaga anak kucing kalau tanpa ibunya...tak sanggup!
ReplyDeleteKurang ilmu pasal penjagaan kucing ni.. dulu pernah gak ada kucing.. lebih kurang 6 tahun yang lalu.....
ReplyDeleteJgn sedih ya dear...sabar banyak2
ReplyDeleteZumal juga tahu tapi tak buat. Banyak mana datang pun anggap macam tetamu beri makan aje, tapi kalau sakit bawa juga ke klinik...
ReplyDeleteKucing kita mati sebab ajal dia dah mati... jgn salahkan owner punya kekurangan sedangkan kita bukannya tau yg owner tu sbnrnya dh buat yg terbaik... dan bayar jugak bil veterinar tak kira mahal kan? tp kita sgt cepat menghakimi. Kadang tuan yg jaga kucing tu bukan sengaja gatal ambik kucing nak bela mcm aksesori,tp krn dh ada kucing dtg rumah mintak makan, atau nmpk kucing sakit dan terbiar dan perlu sokongan fizikal dr manusia... sebenarnya itu jauh lebih baik dari mereka yg tak ambik peduli langsung tentang kucing dan tidak menerima kucing dlm kehidupan mereka sama sekali (tanpa sebab yg patut). Lain la org menganiaya kucing, itu dah masuk konteks jahat. Tp sifat manusia ni, "baik tkyah buat langsung dari buat tapi tak bagos/sempurna". Kalau nak tunggu semua orang lengkap segalanya soal kucing baru boleh jaga... alamatnya makin bertambahlah kuantiti kucing liar dan terbiar di luar sana kerana manusia lebih merasa suci untuk tidak terlibat sama sekali dengan kucing jd apa jadi dengan kucing, itu bukan tanggungjawab kita. Senang kan macam tu? Kucing memang ada survival nature tersendiri. Kalau tak dapat first class treatment mcm kebanyakan penjaga kucing profesional beri, mereka masih boleh hidup dan berdikari asalkan ada makan, minum dan tempat. Kita sbg manusia pula bila dah ada kucing di sekeliling, bantulah mereka dgn peluang kehidupan lebih baik. Bermula dr sokongan asas makan minum yg baik setiap hari serta ruang untuk mereka menumpang berteduh dan tidur di rumah, paling tak di halaman rumah, hinggalah ke kelengkapan selanjutnya. Kalau ada yg jaga lebih baik dan teliti dari itu, itu lebih baik. Kita boleh didik manusia macam mana nak menjaga kucing dgn lebih baik, tambah2 ramai orang belajar dr pengalaman. Tp tak perlu sehingga menghakimi org yg tak dapat capai level lengkap serba serbi. Lagipun org2 yg jaga dgn tak lengkap tu bukannya ambik apa2 manfaat dari kucing pun, mcm dikatakan tadi, bukan mereka sengaja gatal ambik kucing nak jadikan perhiasan. Manfaat yg mereka dpt paling tidak pun hati rasa terhibur melihat kucing yg terhibur tapi hati juga akan rasa sedih bila melihat kucing sedih dan dhaif. Jadi sudah tentulah manusia itu akan buat apa yg terbaik memastikan kucing itu keadaan baik, ckup makan, persekitaran selamat utk kucing merasa cukup terhibur. Tp dia dihakimi utk apa yg dia tidak buat. Maafkan saya tp ramai golongan samaada penjaga kucing atau pusat kucing mahupun sesetengah profesional seperti veterinar pun boleh ada sifat menghakimi begini, sehinggakan kucing terlibat kemalangan dlm sebuah kawasan selamat pn tapi tuan disalahkan kerana bagi kucing keluar rumah. Dah tu kucing terkurung dlm rumah sepanjang masa itu baik sangat ke.
ReplyDelete