Harga Cable Car di Bukit Bendera (Penang Hill) | Pada 31 Januari 2016, cik en dan beberapa rakan sepejabat cik en pergi ke Pulau Pinang kerana bersama geng Blogger Utara untuk review Wonderfood Meseum. Kebetulan sampai disana, kami membuat keputusan untuk pergi ke Bukit Bendera (Penang Hill). Diakui kami berempat, jarang ke Pulau Pinang dan banyak jalan jalan di sana kami tidak mahir, Jadi kami menggunakan WAZE. Pada mulanya kami sesat untuk ke Bukit Bendera. Kami telah pergi ke satu bahagian Jungle Tracking. Setelah mencuba sekali lagi, akhirnya kamu jumpa juga di bahagian cable car. Teruja sangat kerana ini kali pertama cik en menaiki cable car.
Nampaknya masa kami sampai disana, cable car baru beroperasi. Ini kerana ada rakan facebook cik en menyataka 2 minggu sebelum itu, cable car ditutup. Mungkin untuk pembaikan. Cas yang dikenakan sangat murah. Dan seperti biasa terdapat harga berbeza. Bagi pemegang mykad dan bukan, tiket VIP dan kanak-kanak.
Harga tiket :
Dewasa (mykad) : RM 10 ( pergi balik)
Kanak kanak : RM 4 ( pergi balik)
Dewasa (Tiada Mykad) : RM30
Kanak kanak : RM 15 ( pergi balik)
Tempoh Perjalanan : 5 - 7 minit sahaja
Jika ada yang berminat untuk naik Bukit Bendera menggunakan laluan Jungle Tracking. Ini info perlu tahu. Ada 2 pakej yang di tawarkan di Bukit Bendera untuk pengunjung berkumpulan (10 orang ke atas).
- Pakej di sebelah barat yang berjarak 3.8 km (2 jam) dengan pemandu hutan bermula dari RM15 seorang.
- Pakej dari stesen atas ke bawah yang berjarak 10.2 km (5 jam) dengan pemandu hutan pula bermula dari RM40
Waktu Operasi
Isnin
6:30 am – 11:00 pm
Selasa
6:30 am – 11:00 pm
Rabu
6:30 am – 11:00 pm
Khamis
6:30 am – 11:00 pm
Jumaat
6:30 am – 11:00 pm
Sabtu
6:30 am – 11:00 pm
Ahad
6:30 am – 11:00 pm
Pemandangan dari Bukit Bendera
Ketiga - tiga desert di bawah berharga RM10 setiap satu
Laluan Cable Car dari atas
hai salam singgah dari blogger utara he he..penah naik skali je bukit bendera tapi hujan lak time tu huhu
ReplyDeletedah lama tak g jalan2 ke Penang
ReplyDeletehttp://greennyworldland.blogspot.my/2016/02/first-giveaway-by-shazhoniee.html
ReplyDeletehi. awk ditag :D
Done follow sis, ^^
ReplyDeletemasa saya pi bukit bendera , tak sempat nak buat apa sebab bila sampai je atas , hujan lebat selebatnya wpun masa di bawah panas terik ...
ReplyDeleteok juga harganya tu ya..
ReplyDeleteNAIK TIME BILA NI .. RAMAI TAK ORG KATE NYE PENANG JEM
ReplyDelete