World Of Wonders (WOW) Tahun Melawat Perak 2017 | Tahun 2017 menyaksikan perak sebagai tuan rumah. Walaupun baru Januari 2016, pelbagai usaha dilakukan untuk mempromosikan Perak. WOW atau World Of Wonder menjadi tagline untuk Tahun Melawat Perak 2017.
Apakah yang dimaksudkan dengan WOW?
WOW adalah tema pelancongan yang bermaksud 'World of Wonders' dengan menyenaraikan 10 ikon pelancongan Perak dengan 6 kluster berbeza mengikut kekuatan, keunikan dan keistimewaan produk pelancongan tersebut di seluruh Negeri Perak.
10 ikon tersebut adalah :
- Gua Tempurung
- Ipoh
- Pulau Pangkor
- Kuala Kangsar
- Royal Belum
- Pulau Orang Utan, Taiping
- Zoo Taiping & Night Safari
- Matang Mangrove, Taiping
- Felda Hotspring Sg Klah
- Lenggong
Tourism Perak mewar warkan untuk bersama-sama meng'hastag' #wow #worldofwonders ke mana sahaja lokasi, aktiviti, tempat makan atau apa sahaja yang korang semua pergi di sekitar Perak. Gambar menarik akan dipilih menjadi latar belakang utama facebook Tourism Perak. Oleh itu, follow Tourism Perak di IG - tourismperak !
Jadi jika korang datang ke Perak, dan ada tangkap gambar kenangan yang cun atau makanan yang menjadi lambang Negeri Perak, jom sama sama hastag #wow #worldofwonders. Cik en nampaknya kena jalan jalan di kuala kangsar untuk dapatkan gambar yang cantik cantik untuk membantu mempromosikan Negeri Perak umumnya dan Kuala Kangsar khasnya. Anak Jati Kuala Kangsar la katakan.
Wow.. ohsem nie..
ReplyDeletenanti leh guna #wow ngn #worldofwonders
bagus info sbb yui baru tau..heee
ReplyDeleteBilalah agaknya nak jalan2 di Perak...
ReplyDelete#WOW #World Of Wonders #VPY2017
ReplyDelete