Segmen irrayyan | Sejarah Blog Nurfuzie.Com | Blog ini dicipta pada Januari 2010 dan bermula mengeluarkan entri pertama pada 19 Januari 2010. Kalau tidak silap, pada masa ini cik en mula bekerja sebagai kerana am operasi di salah satu syarikat swasta. Oleh kerana excited dapat komputer, cik en membuat blog untuk berkarya . Sebenanrnya sebelum dari itu cik en pernah membuat blog pada 2007 lagi cuma masa itu cik en sudah lupa password. www.nurfuzie.com mula ditukarkan dari www.nurfuzie.blogspot.com pada 10 Februari 2012 jam 1 petang.
Pada mulanya ianya hanya berkisarkan 100% peribadi , Setelah bekerja sebagai pembantu veterinar pada Januari 2011, dan selalu menjadi rujukan untuk rawatan dan akhirnya mendapat idea untuk bercerita mengenai aktiviti veterinar, rawatan dan tips berkaitan haiwan terutama kucing. segala perkongsian kebanyakkan pengalaman di ladang ternakan dan klinik veterinar. Selain itu, ada juga diselit entri berkisar Lifestyle, Personal, Kesihatan, Veterinar, Wanita, Informasi, SEO, Tutorial, Tips, Advertorial dan Hiburan Masa kini
Sejak kebelakangan ini terdapat ramai pencinta kucing, anjing dan penternak peternak muda bagi ternakan ruminan. Tidak banyak blog yang berbahasa melayu, berkongsi tips, masalah dan rawatan mengenai veterinar. Jika ada pun, mungkin bukan seorang yang bekerja di dalam bidang veterinar atau menggunakan bahasa vet yang mungkin kurang difahami oleh pembaca. Jadi cik en gunakan apa yang cik en dapat, pengalaman dan ilmu untuk memberi kesedaran dan info veterinar dan menerangkan menggunakan bahasa mudah tapi masih sama maksud dengan bahasa vet. ada juga yang mengeluh mengenai kos rawatan veterinar yang sedia maklum agak tinggi. jadi dengan tips dan info yang cik en beri dapat mencegah haiwan daripada sakit atau merebak menjadi lebih teruk (rawatan awal).
Ini serba sedikit sejarah blog cik en. Ada sebahagian yang cik en ambik dari ayat yang cik en hantar untuk Berita Harian
Wahhhh tunjuk ajarku sifuuu... Lama cik en berblog.. Mommy pon masih belajar2 lagi pasal blog.. Thanks cik en join segmen
ReplyDeleteSelamat bersegmen cik en, dah lama cik en berblog yer.
ReplyDeleteselamat bersegmen cik EN :)
ReplyDeleteWah cik en! dah macam suara baca berita masa saya bacca entri nih..all the best ya cik en!
ReplyDelete^_^
segmen yang sama
ReplyDeletehttp://www.azlindaalin.com/2016/01/segmen-irrayyan-sejarah-blog.html
Memang bagus sangat awak kongsi pasal tips penjagaan dan kesihatan haiwan tu. Maklumlah ramai yang nak bela kucing tapi tak ada ilmu, last-last kucing tu terjaga pun. Kesian.
ReplyDeleteSalam perkenalan. Saya join segmen sama.. :)
http://www.dramaticuniq.com/2016/01/segmen-irrayyan-sejarah-blog-dramatic-uniq.html