Bukit Engku Busu Manjung Perak | Bukit Engku Busu adalah tempat yang patut dikunjungi bagi pendaki pendaki bukit. Dengan ketinggian 1087 kaki dan kecerunan 70 sehingga 80 rasanya. Ianya terletak di belakang Balai Polis Daerah Manjung di Bandar Lumut. Jarak lebih kurang 5 minit dari stesen bas Lumut. Bukit ini sesuai untuk aktiviti Jungle Trakking, pihak Majlis Perbandaran Manjung telah menyediakan trek untuk pengunjung sampai ke puncak bukit. Apabila sampai di atas puncak, pengunjung boleh menikmati pemandangan seluruh Bandar Lumut.
Kredit untuk kak rosmah untuk gambar di dalam entry ini
Diakui, bagi kami yang jarang mendaki, memang semput dan kami mengambil masa yang cukup lama untuk mendaki. Ada seorang itu, dia sudah pusing 2 kali kami baru separuh perjalanan. Rasa macam separuh nyawa untuk naiki. Untuk pengetahuan, ini pendakian cik en yang pertama selepas cik en naik berat badan
Tali disediakan
Permandangan dari 3/4 pendakian.
Sampai sudah. Dari tempat ini, pemandangan agak terhad kerana banyak pokok.
Untuk sesiapa yang ingin pergi, korang boleh cari di Lumut iye.
Boleh jadikan aktiviti riadah sekeluarga ni cik en..
ReplyDeletehemm
ReplyDeletemenarik ni
Den tak boleh panjat gunung nie.. dulu kaki nie penah patah.. huhu
ReplyDeletesama jugak. baru hiking baru ni. hehe
ReplyDelete