Berbaloi Ke Guna Widget Dari Google+ Di Blog Kita? | Idea entri kali ini cik en dapat dari hasil Blogwalking kawan kawan cik en. Menjadi satu kewajipan kepada cik en untuk terjah semula dan mencari entri menarik untuk cik en komen apabila korang datang terjah blog cik en. Kadang kadang awaiting comment mencecah ratusan tapi cik en tetap tidak akan approved selagi cik en tidak terjah blog korang. Gagahkan diri untuk melawat walaupun sebagai silent reader. Jika blog korang menarik, cik en akan follow blog korang dengan tiada syarat untuk follow balik cik en atau tidak. Follower tidak menjaminkan yang mereka akan menjadi pembaca tetap blog kita tapi yang patut kita cari silent reader yang tidak jemu jemu membaca blog kita.
Tapi ada beberapa masalah yang cik en hadapi terutama yang menggunakan Google Plus untuk
- Link Profile terus ke Google+ Profile
- Menggunakan Widget Komen Google+
Google+ Profile adalah satu tapak yang mempunyai SEO lengkap untuk menjadikan blog kita antara yang teratas dalam carian Google. Jadi gunakan medium itu, untuk korang naikkan pageviews blog korang. Jangan kejarkan income dari mana mana laman web syarikat pengiklanan sampai blog sendiri tidak ada pengunjung. Setiap kali cik en terjah dan cari blog korang di Google+, cik en terpaksa mencari yang mana satu blog korang. Kebanyakannya dari link sharestory atau komen korang di blog orang lain. Bukankah menjadi satu kerugian kepada korang? Blog orang lain pula mendapat pageview. Rugi dan sangat rugi! Taktik ini dibuat dalam korang tidak sedar.
Widget Komen Google+ pula bagi cik en rugi juga untuk korang dapatkan return visit ke blog korang. Sebabnya bila korang membalas komen, komen korang terus dinotificationkan terus ke Google Plus. Jika korang memang pengguna Google Plus seprti Facebook, its fine, tapi jika tidak, korang susah untuk dapatkan balik return visit itu. Dan juga, loading untuk komen terlalu perlahan walaupun cik en menggunakan streamxy no limit.
Jika ingin berblog, janganlah apabila tengok tutorial yang menarik korang terus follow, kaji dulu baik buruk gunakan widget atau apa apa tutorial itu. Kesan kepada pageviews dan loading blog itu penting. Sebab itu banyak blog ada content yang sangat menarik tapi kurang mendapat sambutan. Untuk mendapatkan carian google tertinggi mungkin kita tidak mampu, tapi dengan mengambil tahu hal hal seperti cik en nyatakan dalam entri ini, mampu membawa pembaca yang korang blogwalking kembali semula ke blog korang dan akhirnya menjadi follower korang seterusnya engaged dengan entri korang
p/s: Google Plus itu sangat berguna untuk blog kita tapi jangan sia siakannya. Bak kata cik en " Dapat basikal bermotor tapi masih menggunakan kayuhan normal. Merugikan!! "
tak faham ler cik en..pending sebab mmg xberapa nak faham google ni..huuhu..sy pengguna google...
ReplyDeleteMemang susah cari blog yang guna profile Google+, kadang tu memang tak jumpa...
ReplyDeleteSetakat ni belum lagi guna widget Google + di blog.
ReplyDeletesis x berapa gemar klu blog tu guna comment google sbb loading lambat... mcm buang masa je menunggu ...
ReplyDeleteterima kasih atas perkongsian
ReplyDelete