Resepi Ketiau Kicap Kuah Kari Halal


Resepi Ketiau Kicap Kuah Kari Halal | Ketiau Kicap Kuah Kari merupakan makanan kegemaran cik en. Sejarah ketiau kicap ini adalah makanan orang cina dan amat popular di Ipoh. Oleh kerana minatnya orang melayu dengan makanan ini, ada beberapa pengusaha Melayu membuat Ketiau Kicap yang Halal. Yang Paling popular di Ipoh semestinya Mee Kari Jasak. Menunya adalah kari, sup dan kicap. Pelanggan boleh memilih ketiau, mee atau bihun. Tapi ada satu lagi yang sangat sangat sedap. Mee Kari Purba. Diusahakan oleh pasangan melayu dan mempunyai resepi yang tersendiri dan mempunyai pelanggan yang tetap di kawasan kawasan mereka berniaga. Jika mahu merasakan Mee Kari Purba ini, korang perlu ke pasar pasar malam kerana mereka tidak membuka kedai yang tetap. Jika tidak salah, korang boleh dapatkan di :

Isnin : Pasar Malam Station 18 Ipoh
Selasa : Di kawasan berhampiran tapi cik en dah lupa nama taman tersebut 
Rabu : Pasar malam Gugusan Manjoi, Ipoh 
Khamis : Cuti 
Jumaat : Di kawasan perumahan Tasek 
Sabtu : Cuti 
Ahad : Pasar Karat atau Loken di Pekan ipoh

Jika korang datang ke Ipoh, terutama hari Ahad dan ke Pasar Karat, korang boleh mencarinya. Selalunya perniagaan mereka diusahakan oleh anak anak pasangan tersebut.Macam mana mahu kenal pasangan ini? Cari kedai yang paling riuh dan paling sibuk. Sedikit saja yang cik en hendak kongsi resepi mereka. Jika banyak mahu cik en disaman. Dan jadual di atas adalah jadual yang cik en tahu 3 tahun yang lepas, sekarang tidak lagi berkunjung walaupun sangat teringin nak makan ketiau kicap mereka.

Ketiau Kicap Kuah Kari adalah campuran Ketiau dan taugeh yang dicelur, Kicap Lemak Manis, Kuah Sup, Kuah Kari, Minyak Bawang dan Cabai Asam. Resepi kuah sup dan kuah kari adalah rahsia la ye. Cabai Asam amat popular di Ipoh dan rasanya pedas pedas masam. Jangan lupa juga merasa Mee Kari dan Bihun Sup mereka. Sedap sangat dan korang akan repeat bila korang datang semula ke Ipoh.

update terbaru : Mee Kari Purba kini mempunyai kedai tetap di pekan lama ipoh berhampiran kedai vaggey.
Eintan Nurfuzie

Lifestyle Blogger, Veterinarian, Social Media Influencer, Love Travel & Ladies Rider | Any Advertorial, Collaborations and Review : Facebook > Eintan Nurfuzie | Page Facebook > Nurfuzie.com | Group Facebook > Tips dan Rawatan Kucing | Instagram > @eintan_nurfuzie | Twitter > @eintan_nurfuzie | Channel Telegram > Eintan Nurfuzie | Channel Youtube > Eintan Nurfuzie | Email > eintannurfuzie@gmail.com

3 Comments

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Alaaaa...sedapnyaaaa....SA malas nak keluar makan tp bila tgok ni...terus rasa nak makan

    ReplyDelete
  2. kak yan suka mee tiaw...tapi tak pernah masak macam ni lagi

    ReplyDelete
  3. terbaik.
    aida suka bab share makanan ni.
    bcoz tau la kan makanan2 sedap mak mesia ni.
    mudah nanti kalau holiday.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post