Loghat atau Dialek Rakyat Perak | Sumber ini di ambik di facebook melalui akaun Ryann Helmy. Kebetulan cik en merupakan rakyat Negeri Perak, rasanya penerangan ini bagus untuk rakyat negeri lain mengetahui loghat atau dialek yang ada di dalam negeri perak.
Perak mempunyai 5 loghat atau dialek.
- Utara Perak seperti Parit Buntar dan Bagai Serai, loghatnya lebih kepada loghat utara seperti kedah dan pulau pinang.
- Hulu Perak pula seperti Kroh, Grik dan Lenggong lebih kedengaran bunyi orang kelantan dan Patani
- Daerah Kinta, longhat berbeza kerana disini kebanyakan kawasan merantau dan majoritinya dari kepulauan Indonesia
- Perak Tengah seperti Kuala Kangsar, Bota, Parit, yang ini merupakan loghat asli Negeri Perak. Menggunakan bahasa ate, kome, pasior, mike, teman dan sebagainya. Kuala Kangsar kampung cik en ye.
- Perak selatan seperti Tapah, Teluk Intan, loghat lebih ekpada selangor dan johor.
Jadi inilah keistimewaan Negeri Perak. Dalam satu negeri pu, loghat mereka berbeza-beza.
kira lain2 loghat juga ye..dulu masa study ada kawan dia asal perak tapi dia cakap bahasa jawa banjar ( banjaq ) dia tinggal kat gunung semanggol kot..heheh
ReplyDeleteramai classmate org perak... patut bbeza walapun smua prak..
ReplyDeletepernah ada member perak. semuanya peramah. kengkdg terikut2 gak cara percakapan diorg
ReplyDeleteyes..Fida perak utara...
ReplyDeleteOhh. Cik EN orang bandar diraja rupanya....
ReplyDeletesama macam pahang la... dalam 1 negeri terdapat banyak lenggok cara bercakap..org raub lain, org temerloh lain, orang pekan lain,orang lipis lain..kadang sampai tak faham apa diorg cakap, padahal cakap loghat pahang juga tp lain bnor bunyinya..
ReplyDeleteTak biasa dengar loghat Perak. Yang tau panas jadi paneih. Kalau salah, maaf ye. Hihi :P
ReplyDeleteperak kan besar, x hairan ada pelbagai loghat
ReplyDeleteadik ipar aida org perak, lenggong.
ReplyDeletedia ckp kekadang mcm org kelantan :)
perak ni mini malaysia, selain dialek perak sendiri(kuala kangsar, ipoh & bota), terdapat dialek banjar (kerian, sungkai), dialek taiping, parit buntar, bagan serai (dialek utara + siam sikit), hulu perak (dialek mcm org baling, kedah), dialek jawa (teluk intan, bagan datoh), dialek minang (tapah, kampar, slim), dialek suku2 orang asli, tak ketinggalan suku mandailing tapi dialek mereka dah pupus. biasanya org2 perak mesra dgn 3 dialek dr k.kangsar @ bota @ ipoh (pekan). contoh beza 3 dialek ni. sungai: k.kangsar (sungei), bota (sunga), ipoh-pekan (sunge). wallahualam
ReplyDeleteOuh banyak rupanya loghat oghe perak ni ye haha igtkan satu je, almaklum la kita orang KL huhu
ReplyDelete