IP Man 3 bakal di tayang 24 Disember 2015 | Cik en diakui minat dengan cerita IP Man dan telah menonton IP Man seri pertama dan kedua. Jadi semestinya tidak akan ketinggalan untuk melihat IP MAN 3 pula. Kali ini Donnie Yen akan berlakon bersama Mike Tyson dan menelan kso RM132.26 juta
Kuala Lumpur: Bintang aksi Hong Kong, Donnie Yen, 52, mendedahkan dia nyaris terkena tumbukan peninju lagenda Mike Tyson beberapa kali ketika melakonkan babak pertarungan dalam filem Ip Man 3, beberapa bulan lalu.
Donnie berkata, babak itu antara cabaran dalam filem arahan Wilson Yip itu yang dihadapinya berikutan Tyson tidak biasa berlakon.
"Tyson peninju tersohor dunia dan pergerakan dia sangat rumit. Tambahan pula dia sukar mengingati pergerakan yang diajar, jadi kami terpaksa melakukan aksi pertarungan betul.
"Mujur saya dapat mengelak tumbukan Tyson beberapa kali," katanya yang memegang watak sebagai lagenda seni pertahanan diri WIng Chun, Yip Man.
Menurutnya, peluang berlakon dengan Tyson sememangnya pengalaman baik dan dia juga peminat peninju terbabit.
"Ketika bertemu dengan Tyson, dia turut memberitahu meminati filem IpMan selepas menonton siri pertama dan kedua," katanya ketika ditemui di sidang media filem berkenaan di sini, petang tadi.
Filem IP Man 3 yang menelan kos pembikinan mencecah RM132.26 juta itu bakal menemui penonton di negara ini pada 24 Disember ini.
Barisan pelakon lain yang turut membintangi filem ini ialah Lynn Xiong, Karena Ng dan Max Zhang.
wah ! lama tak tengok... apalah agaknya cerita dia kan...
ReplyDeletetak sabar nak tengok...
Terbaekkk.. wajib tonton nie
ReplyDeleteWAH! filem kegemaranku... x sabar nak download ( suh kawan jer )
ReplyDeleteehehhe best2 citer ni best =)
ReplyDeletewowwww 132.36 jutaa tuuu movie wajib tengok nanti ni
ReplyDeletewowwww 132.36 jutaa tuuu movie wajib tengok nanti ni
ReplyDeleteasben aida da tgk.
ReplyDeletedia punyer komen, better ip man 1 & ip man 2.
3rd one ni byk sedih. pasal bini dia tu.