Genap 38 Tahun Tragedi Penerbangan 653 Malaysia Airlines Dirampas Dan Jatuh


38 Tahun Tragedi Penerbangan 653 Malaysia Airlines dirampas dan jatuh | Hari ini genap 38 tahun tragedi yang mengorbankan 93 penumpang dan 7 anak kapal. Pesawat Boeing 737-2H6 ini dirampas dan terhempas di Tanjung Kupang Johor. 

Penumpang termasuk Menteri Pertanian Malaysia, Dato' Ali Haji Ahmad;Pengarah Jabatan Kerja Raya Dato' Mahfuz Khalid; dan Duta Besar Cuba ke Malaysia. Juruterbang pesawat tersebut ialah Kapten G.K. Ganjoor. Pesawat yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas Lapangan Terbang Antarabangsa Subang (sekarang dikenali sebagai Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah). Pada altitud 4,000 kaki di atas Batu Arang dan menurun menuju landasan 33, Kapten G.K. Ganjoor melaporkan kehadiran "Perampas yang tidak dikenali" ke Menara Subang. Pihak Lapangan Terbang menerima laporan tersebut dan seterusnya membuat persiapan kecemasan di Lapangan Terbang Subang. Beberapa minit kemudian, Kapten Ganjoor berkata melalui radio:

 "We're now proceeding to Singapore..." ("Kami kini menuju ke Singapura..."). 

Namun Pesawat MH653 tidak mendarat di Singapura. Pada jam 8.15 malam, Kesemua hubungan komunikasi dengan Penerbangan MH653 telah terputus.

Pada Jam 8:36 malam , Penduduk Kampung Ladang, Tanjong Kupang, Johor melaporkan bahawa mereka terdengar bunyi letupan dan melihat bangkai pesawat yang terbakar di kawasan paya. Bangkai pesawat tersebut akhirnya dikenalpasti sebagai pesawat MH653. Pesawat tersebut melanggar bumi pada kelajuan yang tinggi pada sudut hampir menegak. Tiada seorang pun daripada kesemua 93 penumpang dan 7 anak kapal yang berada di dalam pesawat tersebut terselamat.

Tapak Peringatan Nahas tersebut terletak di Jalan Kebun Teh, Johor Bahru, Johor, Malaysia. Ianya dikenali sebagai Taman Peringatan Tanjung Kupang dan didirikan oleh Kerajaan Negeri Johor pada 8 Disember 1977, 4 hari selepas nahas. Sebuah novel bahasa Melayu dalam sekolah menengah di Malaysia berjudul Tragedi Empat Disember, dikarang oleh Dzul Karnain Ithnin, adalah suatu cerita tentang suatu kejatuhan terhempas kapal terbang di Tanjung Kupang, dengan rujukan ketara pada bencana benar.

Alfatihah kita bacakan untuk kesemua penumpang yang terkorban. Ini antara kes yang mengemparkan dan sedih bagi rakyat Malaysia. Cuma kini kita masih menunggu nasib MH370 yang sepatutnya mendarat di China 8 Mac 2014 yang lepas

sumber wikipedia
Eintan Nurfuzie

Lifestyle Blogger, Veterinarian, Social Media Influencer, Love Travel & Ladies Rider | Any Advertorial, Collaborations and Review : Facebook > Eintan Nurfuzie | Page Facebook > Nurfuzie.com | Group Facebook > Tips dan Rawatan Kucing | Instagram > @eintan_nurfuzie | Twitter > @eintan_nurfuzie | Channel Telegram > Eintan Nurfuzie | Channel Youtube > Eintan Nurfuzie | Email > eintannurfuzie@gmail.com

6 Comments

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. AlFatihah kepada semua mangsa dam takziah kepada semua keluarganya. May Allah bless them..

    ReplyDelete
  2. Baru tahu pasal ni. dari dulu lagi Malaysia dah kena hijack. Alfatihah untuk semua mangsa.

    ReplyDelete
  3. Al-fatihah kepada mangsa tragedi....

    ReplyDelete
  4. moga kekusutan mh370 dpt dileraikan, kan?
    ahli keluarga menanti berita dgn penuh kesabaran...

    ReplyDelete
Previous Post Next Post