Menang Voucher Zalora dari Peraduan Innershine | Zalora bersama sama innershine dalam menjayakan Contest 1 Year of Zalora Outfits. Yang mana ianya menawarkan sponsar baju dalam setahun sebagai hadiah utama. Wow, mana boleh lepaskan peluang lagi lagi adalah pengguna innershine macam cik en. Alhamdulillah rezeki ini cik en dapat untuk Bulan September 2015. Tapi sengaja cik en tidak update di sini kerana masih lagi dalam proses pemberian voucher dan shopping voucher yang ada. Hari ini barulah berkesempatan untuk cik en shopping menghabiskan voucher yang ada. Sebelum cik en nak bercerita lebih lanjut cik en akan ceritakan sedikit sebanyak contest ini.
Nama cik en ada dalam keputusan pemenang Innershine |
TERMA & SYARAT RASMI “INNERSHINE®WITH ZALORA REDEMPTION”
Kelayakan
Peraduan ini terbuka kepada semua Warganegara Malaysia kecuali pekerja pihak penganjur iaitu Cerebos (M) Sdn. Bhd, agensi pengiklanan, pengedar yang dilantik serta pihak yang berkaitan dengan promosi ini.
Pek Promosi
Peserta boleh merujuk pada pek Promosi InnerShine® Pati Prun dengan Camu Camu atau InnerShine® Pati Beri
Peraduan “Monthly Rewards for Top Spenders”
Tempoh Peraduan
- Peraduan ini akan bermula pada 1 September 2015 dan akan tamat pada 30 November 2015.
- Bagi Peraduan “Monthly Rewards for Top Spenders”, semua penyertaan mestilah diterima oleh Pihak Penganjur sebelum atau pada setiap tarikh terakhir bulan tersebut. Penyertaan yang diterima selepas tarikh tersebut akan dibatalkan serta-merta.a.Bulan Pertama: 1-30 September 2015b.Bulan Kedua: 1-31 Oktober 2015c.Bulan Ketiga: 1-30 November 2015
- Pihak Penganjur berhak untuk meminda tempoh peraduan pada bila-bila masa sahaja jika perlu.
Kaedah Penyertaan
- Beli InnerShine® Pati Prun dengan Camu Camu atau InnerShine® Pati Beri sebanyak mana yang mungkin dalam masa satu bulan.
- Isi dengan lengkap borang penyertaan dari keratan pek InnerShine® Pati Prun dengan Camu Camu atau InnerShine® Pati Beri. Besertakan resit sebagai bukti pembelian, hantarkan kepada:
“InnerShine® with ZALORA Redemption“
Cerebos (M) Sdn. Bhd.
5, Jalan Astaka U8/88, Seksyen U8 Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor Malaysia.
3.Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan. Namun demikian, setiap penyertaan mestilah dilampirkan dengan bukti pembelian. Pastikan resit tersebut jelas untuk dibaca (terutama sekali tarikh pembelian).
Pemilihan Pemenang & Hadiah
- Borang penyertaan yang tidak lengkap, tidak jelas atau tidak betul yang ditakrifkan sebagai penyertaan, penyertaan dengan bukti pembelian salah dan / atau rosak akan dibatalkan. Salinan fotostat borang penyertaan tidak akan diterima.
- Setiap borang penyertaan haruslah dihantarkan kepada alamat yang dinyatakan di atas. Bukti pos tidak boleh dianggap sebagai bukti penerimaan oleh Pihak Penganjur.
- Peserta yang membelanja produk InnerShine® tertinggi dalam sebulan (bulan yang ditetapkan) akan dipilih sebagai pemenang.
- Setiap peserta hanya boleh memenangi satu (1) hadiah sahaja. Tiga puluh tiga (33) pemenang bulanan (September, Oktober dan November 2015) akan dipilih bagi peraduan ini.
Hadiah
Bulan Pertama
- Hadiah Utama: 1 x Tajaan pakaian dari ZALORA selama setahun (12 set pakaian bernilai antara RM3,500-RM4,000 / RM300-RM350 setiap set).
- Hadiah Kedua: 1 x Baucar ZALORA bernilai RM 500.
- Hadiah Ketiga: 1 x Baucar ZALORA bernilai RM 200.
- Hadiah Saguhati: 30 x Baucar ZALORA bernilai RM 50
Bulan Kedua
- Hadiah Utama: 1 x Tajaan pakaian dari ZALORA selama setahun (12 set pakaian bernilai antara RM3,500-RM4,000 / RM300-RM350 setiap set).
- Hadiah Kedua: 1 x Baucar ZALORA bernilai RM 500.
- Hadiah Ketiga: 1 x Baucar ZALORA bernilai RM 200.
- Hadiah Saguhati: 30 x Baucar ZALORA bernilai RM 50
Bulan Ketiga
- Hadiah Utama: 1 x Tajaan pakaian dari ZALORA selama setahun (12 set pakaian bernilai antara RM3,500-RM4,000 / RM300-RM350 setiap set).
- Hadiah Kedua: 1 x Baucar ZALORA bernilai RM 500.
- Hadiah Ketiga: 1 x Baucar ZALORA bernilai RM 200.
- Hadiah Saguhati: 30 x Baucar ZALORA bernilai RM 50
Sangat mengujakan pada awalnya, cik en merupakan pengamal innershine bagi camu camu hampir 2 tahun. Cik en mengalami kulit kering dan bila cik en mula mengamalkan kulit cik en lebih segar dan lebih cergas. Cik en tidaklah mampu nak beli jenama jenama yang lain kerana kosnya yang agak mahal. Dan cik en mementingkan kesihatan dalaman dan luaran akan nampak lebih cantik kalau dalam kita sihat. Nak tahu apa cik en order dalam Baucar ini? Taraaaa.....
p/s : Masih menunggu kehadiran hadiah untuk satu lagi contest. Bila dah dapat boleh update draft entry dan publish :)
Cik en beli Fashion Backpack |
Jangan ditanya kenapa bukan baju tetapi beg yang cik en shopping di ZALORA. Ini kerana membalas jasa seseorang yang rajin menghulurkan "ongkos"nya untuk cik en beli Innershine ini. Setiap bulan, dialah sumber kewangan yang rajin menghulurkan untuk cik en. Jadi disini, cik en beri suprise untuk sidia.(walaupun dia sendiri memilih beg tersebut). Tidak rasa RUGI ke? Untuk makluman semua, ni kali kedua cik en dapat Baucar. Yang ini bernilai RM50 dan lagi satu bernilai RM100. Dan cik en dah bershopping dengan membeli beg dan kasut serta hadiah harijadi untuk BFF cik en. Baucar yang RM100 adalah kerana blog Nurfuzie.Com berkobalarasi dengan ZALORA dalam promosi produk mereka. Hendak tahu produk yang mana? Sila klik SINI. Jadi tidaklah rasa rugi, cuma cik en tidak masukkan dalam blog untuk pembelian baucar. Insyallah, jika ada kelapangan cik en akan ceritakan nanti.
p/s : Masih menunggu kehadiran hadiah untuk satu lagi contest. Bila dah dapat boleh update draft entry dan publish :)
tahniah..:)
ReplyDeletebestnya cik en... tahniah...
ReplyDelete:) singgah sini
ReplyDeletetahniah cik en.. bestnyeee...
ReplyDeletetahniah cik En..saya bukan pengguna innershine..kalau tak boleh try jugak.. :D
ReplyDeleteMurah rezeki. Alhamdulillah tahniah.. saya seorang yang pemalas nak join contest tu tak menang2 hahaha
ReplyDeleteAlamat ! macamana ciktie boleh lupa kat mana resit ni
ReplyDeleteTahniah cik en...rezeki :-))
ReplyDeletehi! Ayu blogwalking sini hehe jemput jenguk entry terbaru ayu http://farahanasharif.blogspot.my/2015/11/kerjasama-anda-amat-dihargai.html
ReplyDeleteAllhamdulillah... tahniah cik en.... :)
ReplyDeleteaida pernah makan innershine prune.
ReplyDeletesedap.
sementara aje. pastu tukar lain.
Bestnya, tahniah sis =)
ReplyDeletebest n lumayannya hadiah
ReplyDelete