Korang Buat GA Sebab Apa Ha? | GA adalah singkatan bagi Give Away yang selalu di buat oleh blogger otai dan juga blogger baru. Tapi sedarkah korang, bila korang anjurkan sesuatu GA, Segmen, Kontest dan segalanya memerlukan penyertaan dari blogger lain perlulah korang komitmen dengan GA tersebut sehinggalah ke penghantaran hadiah. Cik en bukannya hendak marah tapi menegur kepada blogger blogger yang sudah, tengah dan bakal menjalankan GA ini. Teguran cik en ini untuk kebaikan bukanlah untuk menjatuhkan aib atau blog sesiapa.
- Jika buat entri GA, pastikan semak balik ejaan, link, syarat, tarikh tutup dan kalau boleh, janganlah ubah sebarang butiran details tanpa di ketahui oleh peserta
- Semasa entri berlangsung, pastikan penganjur memberi sepenuh perhatian terhadap pertanyaan, dan sila buat entri jika berlaku perubahan terhadap GA atau apa apa yang berkaitan
- List Peserta pula selitkan tarikh dan masa update peserta untuk mengelakkan peserta yang sudah hantar penyertaan tertunggu- tunggu
- Permudahkan peserta untuk menaikkan jumlah peserta. Mungkin buat entri yang senang di copy paste oleh peserta.
- Selepas sahaja tarikh tamat GA, sila la buat entri yang GA dah tamat. Sesibuk mana pun, sila la buat entri awal dan shedulekan sahaja. Bukan ke ada kemudahan macamtu dalam blog ini.
- Jangan lah ambik masa terlalu lama untuk buat entry penguguman pemenang, kesian kepada peserta yang ternanti nanti keputusan. Kadang kala sampai berbulan untuk menunggu. Jika ada masalah yang tidak dapat dielakkan, sila buat entri pendek untuk pengetahuan peserta peserta
- Selepas entri pemenang dikeluarkan, kalau boleh, komen la pada pemenang. itu lebih baik dari berharap semua peserta menyemak pemenang di blog korang dan mempercepatkan urusan pemberian hadiah
- Penghantaran hadiah pula, janganlah delaykan terlalu lama, kalau delay pun, buatlah satu entri dan nyatakan masalah masalah yang di hadapi. Kesemua peserta boleh faham sebenarnya
- Dan ada juga penganjur lari terus, hilang tanpa di kesan. Blog tidak berupdate, bila peserta mencari di facebook atau insta, pelbagai janji tapi tiada juga keputusan GA tersebut.
Jadi disini, cik en nak bertanya sekali lagi, Korang Buat GA Sebab Apa Ha? adakah untuk naikkan follower semata mata? naikkan pageview semata mata atau nak naikkan pendapatan iklan korang semata mata. Bila korang buat GA atau sponsar mana mana GA, ini bermakna korang dah berjanji dan dan berhutang. Manusia berpegang pada JANJI, jadi kotakan. Hutang pula boleh buat jasad kita tidak diterima langit dan bumi, jadi langsaikan lah. Kes begini bukan terjadi kepada cik en sahaja, tapi cik en yakin, ramai lagi blogger yang jadi begini. Cik en pernah terbaca di salah satu entri blog Azhafizah mengenai kes sebegini. Kami peserta bukannya mengharapkan kemenangan, kalau tiada rezeki kami akur, tapi jadilah blogger yang JUJUR. Kalau hendak berjaya dalam dunia blog ini, pastikan perkara utama adalah JUJUR, jujur dengan entri, jujur dengan blogger lain, dan jujur dengan diri sendiri.
Dikesempatan ini, cik en hendak bertanya, adakah kesemua pemenang Give Away Nurfuzie Dot Com #1 Bernilai RM1000 sudah mendapatkan hadiah hadiah yang dijanjikan atau belum. Jika belum sila pm cik en di SINI dan nyatakan details apa yang dimenangi untuk cik en langsaikan atau informkan kepada sponsar. Dan juga kalau ada cik en masih berhutang dengan blogger untuk apa apa yang telah cik en janji boleh pm juga cik en. Kecuali cik en janjikan kasih sayang dan cinta.. hihi
p/s Cik en tengah buat pencarian bloglist blog cik en yang ke 3, hanya masukkan nama dan url blog sahaja tanpa buat entry. super duper senang kan syaratnya.tapi bukan komen di entry ini tapi di entry Pencarian Bloglist Nurfuzie Dot Com #3
saya banyak kali kena kes hadiah yang sampai sekarang tak dapat-dapat. sponsor mungkir janji & senyap macam tu je..
ReplyDeletebetul tu, janji mesti dikotakan..
Lama dah tak join memana GA nih.. banyak komitmen+pelupa... kang dah join, pastu lupa dah join.
ReplyDeleteSetuju dengan no 7..:)
ReplyDeletetu dia..panjang lebar no..pape pon bgus bg info mcm tu takot depa ngelat..next time saye nk jd sponser hadiah je..klo ade GA cik en habaq mai no..
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian ini.
ReplyDeleteChecklist 1 hingga 9 itu akan Mrs. A praktikkan sekiranya suatu hari nanti Mrs. A dah berani dan boleh commit untuk buat GA.
Walaupun dah lama jugak berblog sampai sekarang tak confident nak anjurkan GA atau segmen.
Pertama bimbang kalau takde sorang pun nak joint hiks dan yang paling teruk andainya tak mampu nak commit seperti checlist yang cik En nyatakan tu.
Pernah Mrs. A joint satu GA ni dulu pastu tanyalah soalan yang kita tak faham sampai ke sudah tak dijawabnya.
Hah! dah tu kau buat GA sebab apa??
singgah jumaat
ReplyDeleteHai cik en..
ReplyDeleteSaya pun ada pengalaman sponsor hilang dengan tiba2..
Xpela.. anggap bukan rezeki saya..
GA cik en pun saya masih ada hutang yang tak langsai..Seorang peserta cakap top up x masuk..Nak refund balik kat dia tapi dia lak diam..
saya tunggu respon dari pemenang saya je la sekarang
Baru plan nak buat first give away..cik en dah share tips nak adakan GA...Thanks yea untuk tips ini...boleh jadi peringatan buat saya sebelum saya buat first GA saya..
ReplyDeletekecut perut dibuatnya...
ReplyDeleteseperti ada jerkahan pada cuping telinga...
*berpuisi pulak...heheheeh sorry jgn marah2 ye..*
lama dah yumida sendiri x anjur ga..slalu join ga org..n pernah jumpa mcm2 kisah pasal si penganjur/ sponsor/ si pemberi hadiah
ReplyDeleteJemput join http://impianacikyaanie.blogspot.my/2015/11/giveaway-december15-by-icy-dan-para.html
ReplyDeletetak terfikir lagi nak buat GA takut nanti tak boleh bagi komitmen. kesian peserta pulak
ReplyDeleteBetul semua teguran tu. Tengok sekarang memang ramai blogger yang buat GA. Sampai kadang-kadang siap lupa dah join GA mana, banyak sangat, hehe. Sha baru-baru ni ada juga jadi sponsor dan dah settlekan hadiah dengan tuan blog, tapi tuan blog pula diam tak bagi hadiah kepada pemenang. Susah juga macam ni T_T
ReplyDeletesebab ni la aida x buat giveaway kat blog.
ReplyDeletetakut tak dpt komit kan diri.
just bagi token utk pengomen tegar di blog.
bab berhutang tu yg takut dgr.
nanti rosak sillaturrahim di alam maya :(
Yan pernah kena tipu sampai sekarang hadiah tak sampai..huhu
ReplyDelete