Cara Tukar Duit Kertas Yang Koyak

Cara Tukar Duit Kertas Yang Koyak

Cara Tukar Duit Kertas Yang Koyak | Selalu sahaja kita mendapat duit kertas yang terkoyak, terbakar dan cacat. Kebanyakan peniaga kedai akan menolak duit tersebut dengan alasan tidak laku. Tapi pernah tidak kita ketahui yang kita boleh tukarkan duit tersebut dengan duit kertas yang baru! Tapi sebelum itu kena tahu tahap penilaian wang cacat dan rosak

Terdapat beberapa Garis Panduan kerosakan dan cacat yang telah digaris panduan oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Ianya adalah :-

WANG KERTAS CACAT 
Wang kertas yang keadaan fizikalnya telah berubah, sama ada secara tidak sengaja dicemari dengan air, minyak, cat, dakwat atau bahan yang serupa atau kehilangan sebahagian atau beberapa bahagian daripadanya. Ini tertakluk kepada bahagian atau bahagian-bahagian yang dikemukakan itu dapat dibuktikan tanpa sebarang keraguan yang munasabah bahawa bahagian atau bahagian-bahagian yang dikemukakan itu adalah pada asalnya sebahagian atau beberapa bahagian daripada satu helai wang kertas yang tunggal.
  1. Nilai penuh hendaklah diberikan bagi sebarang keping wang kertas yang melebihi dua pertiga (2/3) daripada saiz wang kertas yang asal atau; 
  2. Nilai separuh hendaklah diberikan bagi sebarang keping wang kertas yang melebihi setengah (1/2) tetapi kurang dua pertiga (2/3) daripada saiz wang kertas yang asal atau; 
  3. Tiada nilai bagi sebarang keping wang kertas yang kurang setengah (1/2) daripada wang kertas yang asal. 
WANG KERTAS ROSAK
Wang kertas yang terdapat padanya perkataan, tanda-tanda, simbol, lukisan, karikatur sama ada ditulis atau ditanda di atas permukaannya secara sengaja. 
  1. Nilai penuh hendaklah diberikan bagi sebarang keping wang kertas yang mempunyai kerosakan kecil. 
  2. Tiada nilai bagi sebarang keping wang kertas yang rosak dengan sebarang cara yang nyata (iaitu, tanda yang dibuat di atas potret Yang DiPertuan Agong, tulisan yang menggambarkan slogan politik atau menggunakan wang kertas itu sebagai kad jemputan/pad tulis). 
KES-KES YANG MERAGUKAN 
  1. Sebarang kes yang meragukan yang menyukarkan penilaian dibuat disebabkan wang kertas itu dalam keadaan yang sudah rosak (sebagai contoh, satu helai wang kertas yang terbakar dengan teruk atau kerosakan pada wang kertas yang sukar menentukan saiznya) hendaklah dirujuk pada Bank Negara Malaysia untuk penilaian. 

Cara Tukar Duit Kertas Yang Koyak

Credit to http://dabeldeya.blogspot.my/

  1. Pergi ke cawangan Bank Negara Malaysia yang berhampiran bersama duit yang rosak
  2. Pengawai yang berkenanan akan menyemak duit berkenakan rosak di peringkat mana. Yang ada nilai atau tidak
  3. Jika boleh ditukar, kemungkinan perlu menampal kertas tersebut dengan kertas bagi memudahkan proses penilaian wang tersebut.
  4. Jika selesai, pelanggan perlu mengisi borang dan menunggu untuk dipanggil.
credit to http://menderas.blogspot.my/
Credit to http://dabeldeya.blogspot.my/
Kredit di SINI dan SINI
Eintan Nurfuzie

Lifestyle Blogger, Veterinarian, Social Media Influencer, Love Travel & Ladies Rider | Any Advertorial, Collaborations and Review : Facebook > Eintan Nurfuzie | Page Facebook > Nurfuzie.com | Group Facebook > Tips dan Rawatan Kucing | Instagram > @eintan_nurfuzie | Twitter > @eintan_nurfuzie | Channel Telegram > Eintan Nurfuzie | Channel Youtube > Eintan Nurfuzie | Email > eintannurfuzie@gmail.com

13 Comments

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Satu perkongsian yang menarik tak pernah terfikir plak boleh tukar. :D

    ReplyDelete
  2. Owh, blh ye.. Thanks info.. Wawa selalu laa kena..

    ReplyDelete
  3. wahh baru tahu boleh tukar wang kertas ni.. ingatkan kalau rosak, burn terus

    ReplyDelete
  4. pernah buat tukaran di bank negara KL, cuma sesetengah bank komersil di bandar2 tak mahu terima cik EN, kalau setakad lima ringgit okay lagi, ada kala yg rosak tu RM 100 atau RM50 :(

    ReplyDelete
  5. Nice sharing. nanti da boleh tukar da duit tanpa bayar kene sembunyik sembunyi wang yang koyak hehehe

    ReplyDelete
  6. Diana pernah juga tukar beberapa keping wang kertas yang koyak kat bank tapi wang yang di tukar tu terus masuk acc kita...Terima kasih atas perkongsian ini..

    ReplyDelete
  7. BNM ni jauh la nk g, klu Cikna dpt duit yg koyak time bayar cikna selitkan dgn duit lain klu cashier tgk skli imbas lepas la,huhuu...klu shopping cikna prefer guna kad debit...;-)

    ReplyDelete
  8. a great sharing ni.
    sebab kekadang x perasan ada duit buruk / koyak gini.
    diberi time kita exchange for baki kan.
    syukur la boleh ditukar :)

    ReplyDelete
  9. Macam tu rupanya cara nak tukar duit kat Bank Negara, jauh gak la nak pergi... thank cik en ^-^

    ReplyDelete
  10. Macam tu rupanya cara nak tukar duit kat Bank Negara, jauh gak la nak pergi... thank cik en ^-^

    ReplyDelete
  11. Kerosakan 2/3 tu yg macam mana ye?

    ReplyDelete
  12. dekat kedah xdak branch kan... yg plg dekat pun pinang.. tapi macam tak berbaloi lak, jauh... ada dapat duit rosak rm10 ni..

    ReplyDelete
Previous Post Next Post