Wasiat Raja Raja Melayu
Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami 7 perkara yang mana jika kami bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera
- Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA) (Perkara 1(1))
- Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU (Perkara 89) sehingga nisbah 50% selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain,
- Bagi menjaga kamu dan melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membenteras kekacauan dalam Negara dan ancaman dari luar Negara,
- Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU (Perkara 38,39,40,41,44,70,181,182,159(6)) memerintah Negara ini
- Kami isytiharkan ISLAM adalah Agama bagi Persekutuan (Perkara 3)
- Kami tetapkan Bahasa Kebangsaaan ialah BAHASA MELAYU (Perkara 152), dan
- Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM KAUM LAIN (Perkara 153)(kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak)(Perkara 161(a))
- Perkara Rujukan Buku Perlembangaan Persekutuan
- Wasiat dibuat semasa pembentukan Perlembangaan Persekutuan Tanah Melayu pada Ogos 1957 oleh 9 Raja Melayu terdiri dari 4 Negeri Bersekutu dan 5 Negeri Tidak Bersekutu disampaikan sebelum Merdeka kepada Rakyat Melayu yang merupakan RAKYAT ASAL dan subjek Raja Raja Melayu
- Sumber : Wikepedia
Tags:
informasi
bagus ni ^_^
ReplyDeletedulu pena bace sbb nak tahu..sbb dlu kami budak information kne ambik tahu semua tu..heheh..
ReplyDeletethank you for sharing cik en.. :D
ReplyDeletesalam singgah jumaat..")
ReplyDelete:) great
ReplyDelete