MeterON : Aplikasi Untuk Pengguna Teksi | Berita baik buat pengguna teksi dan bas. Dengan satu aplikasi yang boleh dimuat turun melalui telefon pintar untuk memudahkan anda mengetahui Maklumat Pemandu, Menjejaki Perjalanan, Anggaran Tambang, Penilaian perkhimatan, Menghantar Isyarat Kecemasan (SOS) dan Membuat Maklum Balas sebelum memulakan perjalanan. Dengan hanya memasukkan No Pendaftaran teksi atau bas. dan anda boleh dapatkan semua maklumat lengkap seperti dinyatakan di atas. Aplikasi ini merangkumi data yang menyeluruh mengenai pemandu teksi/bas termasuk kereta sewa dan teksi lapangan terbang diseluruh Malaysia. Aplikasi ini dalam dwi bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
MeterON adalah satu aplikasi untuk memudahkan orang awam mengenai perkhidmatan awam yang ada di Malaysia. Jenis telefon pintar yang boleh di muat turun adalah iOs7.1 ke atas, iPhone( iPhone 5, iPhone 6 dan iPhone 6 Plus), iPad, iPod Touch, Android 4.0.3 dan keatas.
Maklumat Pemandu merangkumi perlesenan, kesalahan, aduan dan ulasan. Penjejak Perjalanan yang boleh menjejaki dan berkongsi lokasi perjalanan dengan kenalan rapat sehingga anda sampai ke destinasi dengan selamat. Anggaran Tambang pula hanya berdasarkan penggunaan meter bagi Teksi Bajet, TEKSIM, Premier dan Eksekutif dan Kereta Sewa sahaja. Penilaian Perkhimatan boleh dilakukan apabila Pemandu tidak mengenakan meter dalam perjalanan. Isyarat kecemasan SOS boleh dihantar kepada kenalan rapat, PDRM atau Hotline SPAD. Jika terdapat ketidakpuasan atau perkhimatan yang memuaskan, anda boleh membuat maklumbalas ke SPAD. Tindakan segera akan diambil serta merta. INFO
betul2
ReplyDelete