Kebaikan Cuka Epal ( Apple Cider Vinegar)

cuka epal

Kebaikan Cuka Epal ( Apple Cider Vinegar) | Cuka Epal terbahagi kepada 2 iaitu cuka epal untuk masakan dan untuk rawatan. Sebenarnya cuka epal ini mempunyai banyak kebaikan dan cik en sendiri mengaplikasikan dalam bidang veterinar iaitu rawatan.
Dan untuk wanita yang mempunyai masalah keguguran rambut bolehlah mencuba kebaikan Cuka Epal ini sebagai alternatif tanpa kimia untuk rawatan rambut. Pernah cik en membaca dalam satu blog, ada cabaran tidak menggunakan syampu untuk sebulan. Ini untuk mencucikan dan membebaskan rambut dari bahan kimia. Cik en dalam proses mencari artikel itu balik untuk dipraktikkan kerana cik en mempunyai masalah kering terlampau. Untuk itu mari kita tengok 10 kebaikan cuka epal yang mungkin anda tidak ketahui
  1. Rambut - Dibuat sebagai perapi dengan campuran 1/2 teh Cuka Epal dan secawan air
  2. Wajah - Memgimbangi PH kulit dengan 1:2 cuka epal dan air serta dijadikan toner yang digunakan pada waktu malam dan pagi
  3. Kaki dan Tangan - Berjalan dan menggunakan tangan untuk menaip. menulis dan membuat kerja rumah menjadikan tangan dan kaki anda lenguh, jadi gunakan Cuka Epal untuk membuat spa sendiri di rumah dengan sapukan cuka epal di kaki dan tangan
  4. Gigi - Untuk nampak putih berseri boleh letakkan sedikit Cuka Epal di berus gigi terpakai dan gosok gigi anda
  5. Diet dan Detox- Ini yang paling banyak digunakan oleh pembeli cuka epal. Sebagai penurun berat badan dengan menggunakan 2 sudu Cuka Epal dan Air sebanyak 2 liter.
  6. Pembersih serbaguna - 1/2 cuka eapal dan satu cawan air untuk bersihkan sink dan microwave
  7. Kutu - Campurkan epal dan air dan sapukan pada rambut yang berkutu. 
  8. Kurap/Fungas Haiwan Kesayangan - Gunakan kapas dan tekapkan di bahagian kurap/Fungas tersebut
  9. Fungas, Skin Problem kepada manusia - Mungkin ada yang mempunya fungas yang lama di bahagian tertentu contohnya kaki, menggunakan pelbagai ubatan sapu dan makan hanya mampu bertahan sekejap dan akan kembali apabila makan tidak dijaga. Apa kata anda cuba cuka epal yang dicampur sedikit air dan sapu di bahagian bermasalah (elakkan tempat tempat sentitif)
  10. Kulit Terbakar dengan cahaya Matahari - Secawan cuka epal dalam tab dan rendam selama 10 minit. 
Tambahan : Boleh digunakan dalam rawatan busung air (FIP) peringkat awal untuk haiwan kesayangan. Boleh rujuk entri INI
Eintan Nurfuzie

Lifestyle Blogger, Veterinarian, Social Media Influencer, Love Travel & Ladies Rider | Any Advertorial, Collaborations and Review : Facebook > Eintan Nurfuzie | Page Facebook > Nurfuzie.com | Group Facebook > Tips dan Rawatan Kucing | Instagram > @eintan_nurfuzie | Twitter > @eintan_nurfuzie | Channel Telegram > Eintan Nurfuzie | Channel Youtube > Eintan Nurfuzie | Email > eintannurfuzie@gmail.com

2 Comments

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. agak bnyk kebaikan cuka ni rupanya..
    baru tahu..

    ReplyDelete
  2. cuka jenis dlm gmbr tu mmg baik ye? huhu hmm buat syampoo tu kire ny pakai cuka kat atas uh n letak air sikit ye?

    ReplyDelete
Previous Post Next Post