4 Penyakit Yang Biasa Pada Kucing : Ini antara penyakit penyakit yang biasa pada kucing. Ada sakit yang boleh dirawat dan ada yang tiada. Cik en hanya terangkan 4 sahaja untuk kali ini. Insyallah kalau ada kelapangan cik en akan terangkan penyakit penyakit yang lain. Penyakit yang cik en nak terangkan adalah Busung air (FIP), Sporpthricosis , Kurap (Scabies) dan Gingivitis
Busung Air (FIP)
Faktornya tidak diketahui tapi tanda klinikalnya perut buncit dan bila ditepuk seperti ada air. Air memenuhi kawasan dalaman. Untuk lebih memahami boleh rujuk gambar di bawah
Tiada ubat untuk penyakit ini tapi ada pencinta kucing mencadangkan dengan memberi cuka epal yang dah dicampur dengan air dan diberi setiap hari. Tapi masa yang diambil untuk sembuh lebih kurang 4 bulan.
Sporothirosis
Boleh dapatkan maklumat lanjut di entri Sporothirosis
Scabies in Cat (Kurap)
Penyakit ini paling kerap berlaku kepada kucing terutama stray cat(kucing tidak bertuan). Scabies yang banyak ini boleh menyebabkan kematian kerana ketidakselasaan kucing. cik en bagi tips kepada semua pencinta kucing, kurap seperti lapisan tebal yang berkeruping. Fungas pula tidak berkeruping tapi satu satu kawasan menjadi botak. Antara tip rawatan di rumah adalah, letakkan minyak ikan (peringkat awal), atau cuka epal. Kalau berkesempatan ke klinik veterinar bolehlah diberi suntikan atau ubat sapu.
Gingivitis in cat (sakit gusi)
Selalunya berlaku bila kucing tidak sihat. Hanya pemberian antibiotik sahaja boleh sembuhkannya
*Boleh rujuk info veterinar yang lain di SINI
* info dari dr nurul aizzati (dvs)
salam jumaat...
ReplyDeleteskrg nie kucing nieyl kena kurap pulak...
next week nak bawak g klinik...
amek injectoin..
kurap tu sy biasa tgk pd kucing
ReplyDeleteAlhamdulillah kucing PC kat kampung tidak mengalami penyakit seperti di atas..cuma PC pelik kucing PC suka kentut..tak tahu ia normal atau tanda penyakit..bisanya bila kita gurau dengan dia..kita geletek geletek perut dia..
ReplyDeleteKurap paling kerap kena sebab setiap kali bergaduh cakaran kucing berpenyakit akan menjangkit kepada kucing lain. :(
ReplyDelete