Assalamualaikum semua
sebenarnya persoalan ini dah lama timbul di fikiran Cik EN.
Satu hari Cik EN terbaca di page Janji Allah Itu Pasti.
Persoalannya:
Batal tak wuduk jenazah apabila isteri atau suami arwah menciumnya?
Jawapannya:
"Suami jangan cium jenazah isteri. Nanti batal wuduk jenazah itu."
Pelik sekali ada orang kata seperti ni. Kadang kala yg kata tu adalah tukang mandi jenazah. Mana lah dia dapat hukum ni?
Kita yang jahil ni pun termakan hingga suami tak dapat cium kali terakhir kepada sang jenazah isteri kerana takut Batal wuduk nya. Begitu juga isteri dihalang untuk cium jenazah suaminya atas Alasan yang sama.
Mari bukak Kitab fiqh. Mari Belajar ilmu supaya x termakan dgn perkara ni.
Persoalan - Batal ke wuduk jenazah tu?
Jawapan nya sudah tentu x Batal
Pertama sekali Kita Mesti tahu Bahawa orang yang telah mati sudah putus dari menjadi mukallaf (orang yang wajib Ikut syariat). Ini adalah kerana mereka sudah terpisah dari dunia, maka terpisah dari sebarang hukum. (Dunia adalah tempat beramal dan akhirat adalah tempat adalh tempat meraih kehidupan Kekal abadi).
Maka bagaimana kamu boleh kata wuduk jenazah itu Batal sedangkan dia sudah tidak ada hukum lagi?
Begitu juga jika najis keluar dari kemaluan jenazah yang sudah ada wuduk. Maka wuduk nya tidak batal. Namun wajib bagi Kita yang Hidup untuk sucikan najis itu.
Ini kerana hukum hakam (syariat) hanya bagi mereka yang Hidup dan bukan lah mati.
Maka jika jenazah yang wuduk disentuh oleh mereka yang bukan mahram (atau sang isteri/suami) maka x Batal wuduk jenazah itu.
Tapi, jika sekiranya yang Hidup itu ada wuduk. Maka yang Hidup itu, Batal lah wuduk nya.
Contoh, suami mati. Isteri Cium jenazah suami. Maka suami x Batal, yg Batal adalah si isteri.
Rujukan -Kitab kifayatul muhtadi
(Pengajian Dibawa oleh Ustaz Wan Junaidi Hafizullah )
kredit : isma
Janji Allah Itu Pasti.
terima kasih atas entri ni...selama ni akak ingat batal..sekarang akak dah faham :-))
ReplyDeletegood entri..thumbs up