Peruntukan RM200 Untuk Setiap Kelahiran Anak di Perak

Assalamualaikum
berita baik untuk penduduk negeri perak..
Peruntukan RM200 setiap kelahiran.
Cepat check anak dah berapa.. boleh tuntut lagi ni.
untuk maklumat lanjut.. sila baca entry ini hingga habis


ini contoh borang




TABUNG PENDIDIKAN AMAN JAYA

1. PENGENALAN
  • - Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan semasa pebentangan Bajet 2010 di Dewan Undangan Negeri Perak pada 28/10/2009 telah mewujudkan Tabung Simpanan Pendidikan Negeri Perak (kini dikenali sebagai Tabung Pendidikan Aman Jaya).
  • - Ucapan pebentangan bajet 2010 Y.A.B. Menteri Besar Perak adalah seperti berikut:-
    “Kerajaan Negeri Perak juga akan mewujudkan Tabung Simpanan Pendidikan Negeri di mana peruntukan RM200 disediakan untuk kelahiran anak Perak. Inisiatif ini merupakan  simpanan pendidikan mereka untuk masa hadapan. Bagi tujuan ini peruntukan sebanyak RM2,000,000 disediakan pada tahun 2010 dan akan disalurkan melalui Yayasan Perak”.
2. LATAR BELAKANG
  • - Peruntukan tersebut adalah sebanyak RM200.00 seorang yang telah disediakan bagi setiap kelahiran anak Perak bermula pada tahun 2010.
  • - Peruntukan ini akan disalurkan melalui Yayasan Perak.
  • - Peruntukan ini bermaksud bahawa sebanyak RM200.00 disediakan bagi setiap kelahiran anak Perak tidak mengira bangsa dan agama.
  • - Bagi maksud Anak Perak, pengertian seperti yang diperuntukan dalam Akta Tubuh Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan iaitu:-
    “Pemohon atau Ibu atau Bapa hendaklah lahir di Negeri Perak atau telah bermastautin dengan tinggal di Negeri Perak secara berterusan untuk tempoh 10 tahun atau lebih”.
3. OBJEKTIF/ MATLAMAT
  • - Tabung Simpanan Pendidikan Negeri Perak adalah bertujuan sebagai inisiatif pendidikan dan pelajaran yang merupakan simpanan pendidikan untuk masa depan anak-anak  kelahiran Negeri Perak. - Pengwujudan Tabung Simpanan Pendidikan Negeri Perak ini adalah untuk membolehkan anak-anak kelahiran negeri Perak mulai tahun 2010 mempunyai simpanan untuk menjamin pendidikan dan pelajaran mereka di masa hadapan.
4. SASARAN
  • - Sasaran utama tabung ini adalah untuk anak-anak yang dilahirkan di Negeri Perak sahaja. Kelahiran dikira mulai 1/1/2010 selepas jam 12.00 tengah malam. Kelahiran hendaklah didaftar di Jabatan Pendaftaran Negara didalam Negeri Perak atau mana-mana tempat dalam Negeri Perak sahaja.
5. PERATURAN / SYARAT-SYARAT
  • - Anak kelahiran Negeri Perak adalah bermaksud sepertimana yang termaktub di dalam Akta Tubuh Negeri Perak Darul Ridzuan.
  • - Kelahiran Anak Negeri Perak bermula pada 1/1/2010 mulai selepas jam 12.00 tengah malam.
  • - Anak kelahiran Negeri Perak mestilah mendaftar dengan Jabatan Pendaftaran Negara di Negeri Perak atau mana-mana tempat dalam Negeri Perak dan mempunyai Sijil  Kelahiran yang sah.
  • - Hendaklah mendaftar dengan Yayasan Perak untuk mendapat Tabung Simpanan Pendidikan Negeri Perak ini melalui borang atau kaedah-kaedah yang akan difikirkan dari masa kesemasa.
  • - Setiap kelahiran akan mendapat RM200.00 dan wang tersebut akan dimasukkan ke dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN).
  • - Ibu/Bapa/Penjaga digalakkan menabung dan menambah tabungan di dalam SSPN dari masa ke semasa.
  • - Wang simpanan dalam tabungan SSPN ini boleh dikeluarkan selepas anak kelahiran Negeri Perak tersebut genap 18 tahun ke atas.
  • - Sekiranya anak-anak kelahiran Perak yang mendaftar melalui Yayasan Perak dan menabung di dalam SSPN tersebut meninggal dunia sebelum 18 tahun maka wang  tersebut akan dikembalikan kepada waris yang mendaftar dengan Yayasan Perak.

** Borang Permohonan boleh didapati secara percuma di Hospital kerajaan Negeri Perak, Jabatan Pendaftaran Negeri cawangan Negeri Perak, Pejabat Yayasan Perak, Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan masing-masing atau dicetak terus melalui laman web ini.
**Borang Pembukaan Akaun SSPN bagi pemohon yang masih belum mempunyai akaun SSPN.

  1. http://www.yayasanperak.gov.my/yayasanperak2/index.php/fungsi-utama/program-pendidikan/tabung-pendidikan-aman-jaya
  2. http://www.yayasanperak.com.my/pengenalantabung.php


Photobucket
Eintan Nurfuzie

Lifestyle Blogger, Veterinarian, Social Media Influencer, Love Travel & Ladies Rider | Any Advertorial, Collaborations and Review : Facebook > Eintan Nurfuzie | Page Facebook > Nurfuzie.com | Group Facebook > Tips dan Rawatan Kucing | Instagram > @eintan_nurfuzie | Twitter > @eintan_nurfuzie | Channel Telegram > Eintan Nurfuzie | Channel Youtube > Eintan Nurfuzie | Email > eintannurfuzie@gmail.com

20 Comments

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. kat johor xde lg.. selangor je ada.. ni perak pulak yer,..

    ReplyDelete
  2. anak Sal lahir kat Perak tapi dok KL..aci tak ?? hehehe

    ReplyDelete
  3. yeayyy! mcm bole mohon je utk anak2 nanti :)

    ReplyDelete
  4. macam anak selangor gak dapat duit tapi bila umur 18 tahun nanti...

    ReplyDelete
  5. Salam Eintan..tq atas info ni...saya ada 3 orang anak perak..rugi kalau tak grab peluang ni.. :)

    ReplyDelete
  6. Boleh sis... anak sy lahir d perak tp tinggal d penang...duit da masuk pon las month.. :D

    ReplyDelete
  7. Dah pernah isi tapi xdapat pun.nape ye?

    ReplyDelete
  8. Dah pernah isi tapi xdapat respon pun

    ReplyDelete
  9. Dah pernah isi tap xdapat respon pun

    ReplyDelete
  10. Boleh asalkan ibu atau bapa ic perak

    ReplyDelete
  11. lah baru tau.. baby kedua lahir kat perak. boleh la apply nanti.

    tq ye infonya.

    Anyway, salam perkenalan.jemput ke blog saya ye :)

    ReplyDelete
  12. tetiba rasa kalau pregnant nanti, nak bersalin kat Perak..hehe

    ReplyDelete
  13. Dah penah isi tapi tiada respon. Rasanya tengok gaji mak pak jgk utk dpt rm200 ni. Btui dak...4 tahun lps saya isi. Ank lahit tahun 2010 dan 2012.
    Kad sspn sy mmg dah buat awai utk ank sblm daftar. Tak tau mistake mana smp tak dpt respond

    ReplyDelete
  14. Is it a hoax?
    R u sure that RM200 shall be given by yayasan perak when a child is born?

    The yayasan perak Aman Jaya is only for Pendidikan.(scholarship)

    ReplyDelete
  15. Tak bleh buka pun mana2 link ni...

    ReplyDelete
  16. Salam macam mana nak mohon

    ReplyDelete
Previous Post Next Post