Assalamualkum sahabat sahabat cik en?
sihat? adakah tempat korang tengah hujan?
kawasan cik en dalam suasana sejuk je.. baru lepas hujan
topik yang cik en nak share hasil dari buah fikiran cik hari ini mengenai
Sayang Separuh Jiwa
Apa yang korang nampak dari pic ini?
nampak x? jelas x?
tak??
moh scroll tengok yang bawah ini
nampak?
adakah kucing?
iya... sekumpulan kucing di dalam sangkar
pic ini cik en ambik dari FB
bukannya cik en nak bercerita perihal kucing kucing ini tapi cik en nak bagi sedikit cerita disebalik semua ini berlaku
cik en merupakan VA dan ada pelanggan yang meluahkan perasaan mereka mengenai kucing kesayangan mereka.
Antaranya :
- Kucing beranak terlalu kerap dan sekali beranak ber ekor ekor. Jadi kucing menjadi banyak
- Kucing jalanan datang ke rumah, kerana kesian, diberi makan. akhirnya mereka berkampung di sekeliling rumah kita
- Jumpa kucing tepi jalan yang sibuk, kesian dan bawa balik. dah rawat dan terasa sayang
- Kos pemandulan di private mahal sehingga mencecah ratusan ringgit
- Ada klinik kerajaan tidak membuat service pemandulan atas kekangan yang tertentu
dan kesimpulan dari rugutan adalah kucing yang mereka bela semakin hari semakin banyak
boleh rujuk pic di bawah.. cik en cuba cari yang lebih jelas tapi tak jumpa
harap faham melalui penjelasan pic ini
bila ini tidak dapat dikawal akan wujud kes seperti merayau-rayau dan menganggu ketenteraman penduduk yang "dingin" terhadap kucing
oleh kerana yang prihatin terhadap kucing kucing ini ditambah sayang berlaku la kes kes seperti diatas
dikurung, dibiar kelaparan, dibiarkan tinja bertaburan
belum kes yang lain
disini cik en faham perasaan empunya kucing yang mana mendapat banyak komplen dan rugutan dari jiran jiran yang mana kucing kucing yang diberi makan ini masuk rumah sesuka hati, mencuri ikan, berak merata rata, dan ada kes dilanggar, dilenyek, digigit anjing liar dan sebagainya.
Dengan cara mengurung mereka, mereka harap masalah ini akan selesai
tapi masalah akan mula timbul bila, kita tiada di rumah, pergi bercuti, balik kampung, outstation, sakit dan seterusnya meninggal dunia
takkan ada yang sanggup ambik alih penjagaan ini kecuali anda seorang yang amat sayang kucing
Jadi cik en nak nyatakan disini
1. Jangan salahkan tuan empunya kucing di atas semata mata, mungkin beliau sayangkan kucing kucing ini. tapi harus diingatkan, tuan empunya kucing sebegini ada 2 jenis pula
- Sayang Sepenuh hati - kebajikan dijaga dari segi keselesaan dan kelaparan serta hak hak kucing itu
- Sayang Separuh hati - sayangkan kucing dan jaga tapi kebajikan di abaikan
2. Jangan salah jiran yang tidak sukakan kucing semata mata. Ini mungkin sejarah hitam dengan kucing atau jiran terlalu sibuk dengan kerja dan rutin harian. Bila kucing buat hal, satu kerja pulak jiran tu nak membasuh atau sebagainya
3. Jangan salahkan Jabatan Veterinar semata mata yang tidak mengambil tindakan Jika tiada aduan dibuat terus. Bila ada baru penguatkuasa kami boleh jalan kan tugas
4. Jangan salahkan kucing semata mata kerana mereka haiwan. mempunyai otak tapi tidak mampu berfikir seperti kita. Tapi ada juga kucing yang baik akhlaknya dan selalunya yang kita bela dari kecil lagi
Jadiiii....
Semuanya perlu memainkan peranan bila berlaku kes kes sebegini
Peranan utama si pemunya kucing, janganlah sayang separuh jiwa, nak membela tapi tak boleh komitmen pada penjagaan, bila anda ambik keputusan mengurung mereka, segala kebajikan terletak di tangan anda. sebab anda dah menyekat kebebasan mereka. Disamping itu, cubalah memandulkan kucing kucing anda. dan ada yang menyatakan ia haram jadi cik en akan selitkan video ini
sudah faham kan?
Kedua jiran jiran, anda perlu lebih memahami, jika anda baik, cik en yakin kucing kucing ini akan sayang kepada anda. Walaupun ia seekor kucing kadang kala dengan kuasa Allah mereka mampu menyelamatkan nyawa kita semasa susah.
Ketiga Jabatan Veterinar perlulah melengkapkan keperluan klinik dan memantapkan staf staf dengan kursus dan kepakaran . Klinik klinik swasta pula boleh mengurangkan caj yang mahal kepada yang tak mampu.
Keempat pula kepada kucing.. yang ini pemunya dan jiran jiran boleh menasihati kucing kucing. Insyallah akan ada yang faham. Sebab cik en berleter dengan kucing kucing cik en dan nampak macam faham.. heheheheheh
Ketiga Jabatan Veterinar perlulah melengkapkan keperluan klinik dan memantapkan staf staf dengan kursus dan kepakaran . Klinik klinik swasta pula boleh mengurangkan caj yang mahal kepada yang tak mampu.
Keempat pula kepada kucing.. yang ini pemunya dan jiran jiran boleh menasihati kucing kucing. Insyallah akan ada yang faham. Sebab cik en berleter dengan kucing kucing cik en dan nampak macam faham.. heheheheheh
Kucing kucing cik en bebas lepas di kawasan rumah cik en.
mereka happy, tunggu saja sapa yang nak datang ambik
p/s : Jangan kata sayangkan kucing tapi tiada tindakan yang seiring dengan perkataan Sayang itu sebab tindakan tersebut dilabelkan sebagai
Sayang Separuh Jiwa
besar pahala
ReplyDelete