Assalamualaikum
dan salam sejahtera
kembali
cik en menulis entry hasil pembacaan cik en. kali ini cik en membaca dari
buku motivasi bertajuk Bintang Timur, Bintang Barat. Hasil pengalihan
kepada buku bahasa melayu daripada buku bahasa inggeris iaitu "Men Are
From Mars, Women Are From Venus".
Penulis asal JOHN GRAY dan edisi bahasa melayu dari PTS
Profesional. Hasil
penulisan agak panjang dan dalam entry ini cik en cuba mengarabkan dengan cara
penulisan cik en. Buku
ini khas untuk panduan praktikal bagi memperbaiki komunikasi dan perhubungan
antara lelaki dan perempuan.
Pemilihan tajuk ini adalah salah satu motivasi yang
penting untuk setiap pasangan yang am nya melibatkan lelaki dan perempuan. untuk pasangan
kekasih, suami isteri, sahabat dan lain lain
Lelaki
Umpama Gelang Getah dan Perempuan Ibarat Ombak
Cik
en akna terangkan satu persatu dan kita akan ambik untuk 2 kenyataan itu :-
Lelaki
ibarat gelang getah. Apabila mereka menjauhkan diri kerana hendak menyendiri,
mereka tidak akan pergi jauh dan akan perlu kembali semula. Gelang getah adalah
metafora ( masa sek menengah kelas BM dah diajar apa maksudnya, jangan nak buat
lupa) yang paling sesuai untuk memahami kitaran keintiman kaum lelaki. Kitaran ini
dibahagikan kepada 3 fasa
:-
1.
intim
2.
Menjauhkan diri
3. Merapatkan diri
kembali
Apabila
lelaki mencintai dan menyayangi seorang perempuan, terdapat masa-masa dia perlu menarik
diri bagi menyendiri sebelum menjadi lebih intim semula. Ia dapat diterangkan
dengan lebih jelas dengan contoh yang cik en akan cerita disini
Encik
Syahmi dan Puan Adriana merupakan suami isteri yang baru 6 bulan melayari bahtera
perkahwinan dengan bahagia.
Segala perhatian dicurahkan sesama mereka. masuk bulan ke
7, Syahmi mula menjauhi daripada Adriana dengan menonton TV sehingga ke pagi ( menonton Bola Sepak
Piala Dunia) atau perbualan antara
menjadi satu hala.
Oleh kerana itu, Adriana merasakan suaminya mula menjauhkan diri dan
berlakulah petengkaran dan bermasam muka. Sedangkan ia
merupakan kitaran normal bagi seorang lelaki. Apabila mencapai kepuasan
dan kebahagian maksimun, lelaki
akan mula menjauhkan diri/ menyendiri kerana mereka merasakan sedikit kehilangan dan lupa akan
identiti dan keperluan dirinya sendiri.
Apabila sudah lama dikelilingi dan merasai keperluan,
masalah, permintaan dan emosi isterinya. Dengan cara ini, lelaki memenuhi
keperluannya dengan kebebasan dan autonomi
atau cik en namakan sebagai refresh. Tapi Adriana tidak
memahami konsep ini dan mula meluahkan ketidakpuasan. Ini menjadi punca
pergaduhan. Sedangkan apa yang Syahmi perlukan sedikit masa bersendiri. Sebab bila syahmi dah
rasa dirinya refresh sepenuhnya, dia akan mula merindui adriana isterinya
semula dan perhatian yang akan dicurahkan sama seperti diawal tadi
Dalam
keadaan ini, Adriana perlu memahami konsep
"LELAKI
UMPAMA GELANG GETAH"
Tindakan
yang patut Adriana lakukan adalah :
1. Memberi ruang dan
masa untuk Syahmi bersendiri
2. Ambik masa untuk
diri sendiri menyibukkan dengan kerja kerja yang bertangguh
Tindakan
yang TIDAK patut Adriana lakukakan adalah :
1. Memaksa berbual
2. Mendesak untuk
kembali intim
3. Cuba menyalahkan diri
menyatakan dirinya
membuat kesilapan penyebab Syahmi mendiamkan diri
4. Jangan
mem"betul"kan keadaan. Biarkan
5. Jangan sesekali
memikirkan Syahmi tidak lagi menyayangi dirinya
lagi
Apabila
semua kembali normal, Adriana bolehlah berbincang dengan suaminya bagi
menjernihkan suasana dan mendapat penjelasan lanjut. Itu lebih memuaskan hati
Adriana.
Kebaikan
yang boleh Adriana dapat adalah dengan mengrefresh semula dirinya dengan
"hangout" dengan kawan-kawan, ambik masa ke spa, salon, shopping atau buat sesuatu
yang menyeronokkan seperti membaca, bermain game, dan lakukan hobi sendiri
Enjoykan
diri..
PEREMPUAN IBARAT OMBAK
Kaum
perempuan ibarat ombak. Apabila merasakan diri mereka disayangi dan dikasihi,
maka semangat dan harga diri mereka turun dan naik persis alunan ombak.
Apabila mereka merasa seronok, mereka akan mencapai tahap kemuncak, dan
kemudian tiba tiba mood mereka dapat berubah dan harga diri mereka jatuh
seperti pukulan ombak. Walaubagaimanapun,
menjunamnya mood mereka ini bersifat sementara sahaja. Apabila mencapai tahap
terendah , ia akan naik semula dan akan happy. Seperti istilah moody. dan
secaranya automatik, ombaknya akan naik semula. Bila ombak tinggi, diri
mereka penuh dengan kasih sayang dan cinta tetapi bila surut, dia akan
merasakan dirinya kosong dan ketandusan cinta. So
dengan kenyataan ini, korang akan tahu kenapa banyak posting luahan hati banyak
di wall perempuan. Ehhehe. Sama seperti konsep
lelaki, cik en samakan proses ini sebagai REFRESH.
Jika
lelaki menarik diri dan menyendiri sebelum menjadi lebih intim, sama juga
perempuan yang naik turun dalam kebolehan mereka menyayangi diri mereka sendiri
dan juga orang lain. Kita
akan ambik contoh pasangan Syahmi dan Adriana cuma keadaan berlawanan. Sama
tindakan Adriana tadi, Syahmi
jangan cuba membetulkan atau membaiki keadaan sebab
ia akan menyebabkan perang yang besar.
Tapi Syahmi
tidak perlu menjauhi atau meninggalkan Adriana.
Tindakannya adalah
memberi sokongan. Sekali lagi cik en katakan SOKONGAN bukan MEMBAIKI
Apabila
merasakan diri menjunam. Adriana
akan merasakan berasa di
dalam perigi. Apabila Adriana
di dalam perigi, isu isu yang terpendam akan timbul semula dan sebab
itu, Adriana
akan
mengungkit isu isu yang di anggap selesai oleh Syahmi. Ini kerana mungkin isu yang belum
sembuh sepenuhnya dan terjadilah ungkitan yang mana akan memburukkan keadaan
jika Syahmi
melawan.
Syahmi yang berada dalam perigi
bersama Adriana dan Adriana akan mengungkit kisah lama. Syahmi yang tidak
memahami akan mengeluarkan ayat –ayat seperti berikut :
1. Saya dah dengar semua ini
2. Bukankah kita dah selesaikan perkara
ini
3. Bila nak lupakan kisah itu
Ayat begini akan menyebabkan keadaan
lebih tegang. Apa yang perlu Syahmi lakukan adalah cuba duduk dengan Adriana
yang berada di dalam perigi dan memberi sokongan dan ia adalah sebuah pemberian
istimewa yang sangat dihargai oleh Adriana. Antara pilihan yang Syahmi boleh
kata
1. Saya sentiasa sayangkan awak
2. Saya sentiasa disisi awak
3. Saya ada untuk awak
Dan dengan kata kata itu, Adriana akan
lebih baik TAPI ia akan berulang lagi dan Syahmi jangan sesekali kecewa dengan
mengatakan Adriana tidak mempercayai kata katanya sebelum ini. Ingat semula
perempuan ibarat apa.ya.. OMBAK. Dan ia akan berulang semula. Tapi ada 3
realisasi yang menyakinkan iaitu :-
1. Sokongan dan kasih sayang Syahmi tidak
mampu selesaikan secara langsung isu isu Adriana tapi akan membuat Adriana
berasa lebih selamat meneroka lebih jauh ke dalam perigi. Ingat konsep tadi.
Perempuan perlu jatuh paling bawah untuk dia semangat semula
2. Adriana masuk dalam perigi bukan
kerana kesalahan Syahmi. Dengan beri sokongan dan dorongan dapat membantu
melalui waktu sukar Adriana itu
3. Adriana mempunyai keupayaan naik
semula dengan sendiri selepas sampai ke tahap terendah. Sebab itu Syahmi tidak
perlu perbaikinya. Adriana hanya perlukan kasih sayang, kesabaran, dan
pemahaman Syahmi.
Syahmi kena pastikan masa Adriana
mengalami keadaan ini, Adriana selamat. Kalau tidak ia akan pendam perasaan
negative itu. Apabila perasaan negative dipendam, perasaan positif akan
dipendam juga. Begitu juga, cinta dan kasih sayang akan pudar.. Be Careful.
Jangan ingat wanita yang gagah,
berkerjaya dan kuat tidak mengalami keadaan ini. Malah golongan ini lebih
banyak terdedah dengan stress.
Kesimpulan yang cik en boleh
nyatakan:-
Lelaki
memerlukan masa dan ruang untuk bersendiri bagi meng”refresh” semula emosi dan
spirit. Perempuan pula memerlukan sokongan dan kasih sayang dari lelaki untuk
meng”refresh” emosi dan fikiran. Sebenarnya lelaki dan perempuan perlu
bergantungan satu sama lain. Untuk menjadikan mereka lebih bahagia.
Untuk entry akan datang cik en akan
cuba singkap pula apabila dalam jangka masa yang sama perempuan berada di
perigi manakala lelaki berasa di gua (bersendirian)
p/s : harap sangat dapat membantu
pasangan di luar sana lebih memahami pasangan masing masing.
great entry
ReplyDeletenice entry kak =)
ReplyDeletesalam. nice sharing :)
ReplyDeletebtw menabung nuffnang : libresse 2x :)
Ermmm best kata2 tu cik en...aii mestilahh ingat cik enn..hehhehe
ReplyDelete