Assalamualaikum semua..
selepas entry rawatan demam cik en jarang upload untuk rawatan tradisonal untuk kes kes yang lain
Kes termakan racun ini kerap juga cik en terima di klinik cik en ni
dan pertanyaan pertama yang cik en akan tanya
Bila kena racun?
dan agak merumitkan keadaan bila owner pon memberi jawapan TAK PASTI
susah untuk cik en diagnosis tahap keracunan itu.
untuk sesiapa pemilik haiwan kesayangan yang agak susah mendapatkan rawatan di klinik veterinar seperti jauh atau klinik yang tutup(malam)
cubalah guna keadaan tradisional di bawah ini terlebih dahulu ye.
sebelum racun telah membakar seluruh organ dalaman haiwan kesayangan kita tu
tapi sebelum tu kita tengok tanda tanda fizikal yang dah terkena racun
Tanda- tanda
1. Air liur pekat meleleh tanpa henti
2. Berubah jadi pasif
3. Lemah
4.Mulut dan hidung berdarah
5.Kencing dan buang air besar berdarah
Rawatan
1. Asam Jawa dicampur dengan air dan diramas.. buang isi dan biji dan ditapis. Campur dengan garam sebelum diberi minum
2. Diberi minyak masak atau minyak jarak
3. Air kelapa muda yang tiada gula dan diikuti makan telur(bahagian putih shj)
Jika masih ada tanda sebegitu, bolehlah bawak vet.. dan injection akan diberikan
p/s : jangan lambat beri rawatan takut kita x sempat menyelamatkannya bila dihantar ke vet
salam
ReplyDeleteputih telur ea? ok2..
ReplyDeleteselalu xsempat beri rawatan..huhu
ReplyDeletebahaya yea bila keracunan ni.
ReplyDeleteBiasanya kami guna air kelapa saja incase kucing keracunan makanan... :-D
ReplyDelete