'MAKANAN YG DILARANG BAGI PENGANTIN BARU WANITA'




RASULULLAH S.A.W.. ADAB UZ-ZIFAF Ahmad telah menceritakan :"Telah menceritakan kepada kami oleh 'Amru bin Hafsah dan Abu Naar dari Muhammad bin Al-Haitham dari Ishak bin Hanjih, dari Husaif dari Mujahid daripada Al-Khudri yang berkata : "Rasulullah s.a.w. telah berwasiat kepada Saidina Ali bin Abi Talib r.a di mana baginda telah bersabda : "Wahai Ali, bila pengantin perempuan masuk ke dalam rumahmu, maka (suruh ia) tanggalkan kasutnya ketika ia duduk dan (suruh ia) membasuh kedua-dua kakinya .

Maka sesungguhnya apabila kamu berbuat demikian maka Allah mengeluarkan tujuh puluh (70 ) jenis kefaqiran dari rumah kamu dan Allah s.w.t. menurunkan tujuh puluh ( 70 ) rahmat yang sentiasa menaungi di atas kepala pengantin sehingga sentiasa keberkatan itu meratai setiap penjuru rumahmu dan pengantin itu sejahtera dari penyakit gila, sawan (gila babi) dan sopak selama mana ia berada di dalam rumah tersebut. Laranglah pengantin itu daripada memakan dan meminum empat ( 4 ) jenis makanan ini pada minggu pertama perkahwinan iaitu :-



1. Susu
2. Cuka
3. Coriander (Ketumbar)
4. Apple Masam

Saidina Ali r.a bertanya : "Wahai Rasulullah, mengapakah empat jenis makanan ini di larang..?"Baginda menjawab : "Kerana rahim perempuan itu kering dan sejuk, dengan sebab dari empat perkara (makanan) ini untuk menghalang dari dapat anak. Sesungguhnya tikar di penjuru rumah adalah lebih baik daripada perempuan yang tidak dapat anak.

"Saidina Ali r.a ! bertanya : "Wahai rasulullah, mengapakah cuka itu di larang..? (semasa haid dan semasa minggu pertama perkahwinan) ."Baginda menjawab : "Apabila ia minum cuka semasa haid, sesungguhnya haidnya itu tidak akan bersih selama-lamanya secara sempurna.

Mengenai Coriander (ketumbar) ia mengganggu haid di dalam perutnya dan menyukarkan kepadanya kelahiran .Tentang Apple masam, ia memotong haid sebelum masanya maka menjadikan haid itu berlalu begitu saja dengan sebabnya.""WAHAI ALI PELIHARALAH WASIATKU INI SEBAGAIMANA AKU TELAH MEMELIHARANYA DARI JIBRIL A.S."



COPY PASTE DARI FACEBOOK
Photobucket
Eintan Nurfuzie

Lifestyle Blogger, Veterinarian, Social Media Influencer, Love Travel & Ladies Rider | Any Advertorial, Collaborations and Review : Facebook > Eintan Nurfuzie | Page Facebook > Nurfuzie.com | Group Facebook > Tips dan Rawatan Kucing | Instagram > @eintan_nurfuzie | Twitter > @eintan_nurfuzie | Channel Telegram > Eintan Nurfuzie | Channel Youtube > Eintan Nurfuzie | Email > eintannurfuzie@gmail.com

19 Comments

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. baru tau..thanks for sharing dear

    ReplyDelete
  2. thankz cik en atas perkongsian ni....
    sangat berguna untk sy yg belum kawin ni.... :)

    ReplyDelete
  3. harap nnt bila bakal bergelar isteri egt lgi..

    ReplyDelete
  4. nice sharing sis...pnh jgk bc yg ni

    ReplyDelete
  5. info bagus.. aida baru tahu.. thankz cik ein share kan pasal nie.. untuk kebaikkan kena elakkan makan benda2 nie ikut sunnah nabi kan..

    ReplyDelete
  6. a'aa betoi tu... mmg xleh mkn... sblm sy kawen, hubby dah pesan awai2.. alhamdulillah, dgn takdir Tuhan jugak, saya bunting pelamin...

    ohya, nanti nak share kat blog saya gak blh ke? :-)

    ReplyDelete
  7. maaf bertanya..soheh ke ni..?

    ape pun terima kasih ilmu baru utk sy :)

    ReplyDelete
  8. saya suka gambar pengantin ini. boleh ke saye beli design tersebut?

    ReplyDelete
  9. time kasih ats igtan ini...sy minta izin copy pic kartoon ea...comel sgt..hihihihi

    ReplyDelete
  10. kepada blogger, hadith ini adalah hadith palsu,

    rujukan : http://abuumair1.wordpress.com/soal-jawab/al-quran-dan-hadis/02-030/

    sekadar berkongsi. Wallahu 'alam.

    ReplyDelete
  11. Untuk renungan bersama, hadith ini adalah hadith dhaif atau palsu

    boleh rujuk : http://abuumair1.wordpress.com/soal-jawab/al-quran-dan-hadis/02-030/

    yang was2 dalam hadith di atas, kenapa perlu bandingkan perempuan & tikar? -_-"

    sekian, wallahu 'alam.

    ReplyDelete
  12. Untuk renungan bersama, hadith ini adalah hadith dhaif atau palsu

    boleh rujuk : http://abuumair1.wordpress.com/soal-jawab/al-quran-dan-hadis/02-030/

    yang was2 dalam hadith di bawah, kenapa perlu bandingkan perempuan & tikar? -_-"

    sekian, wallahu 'alam.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post