Betul tu! Cik En orang Vet


salam 1 blogger


ya.. betul cik en memang seorang vet
kenapa la tetiba cik en nak gtau kat semua orang yang cik en keje vet ini..
kisahnye cmni. ada adik manis kita
Misz Mieza 
tanye cik en soalan ini

Kesian si Chiki! Cik En ni vet ke ea? Pandai inject2 nih.. MM kagum sangat dengan manusia yang berkongsi kasih sayang dengan haiwan peliharaan & sanggup berkorban wang ringgit semata2 inginkan haiwan peliharaan masing2 terjaga & terbela.. Tahniah Cik En coz tergolong dalam golongan orang yang MM kagumi.. =) MM doakan Chiki cepat2 sembuh.. Lepas ni boleh tolong jaga Cik En plak..

 komen dari entry
Rawatan Untuk Chiki ( Anjing Belaan Cik En) 
dan jawapan cik en 
YA! cik en orang vet
cik en merupakan pembantu veterinar di 
Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perak
dan daerah mana cik en x perlu bagitau sebab faktor keselamatan.
kalau yang dah tahu tu kira diam2 sudah..
kalau yang pandai cari dalm blog cik en ini rasa ada terlepas kot kat area mana cik en bertugas.

mengenai kerja cik en cik en pernah posting awal awal di entry
pembantu veterinar
yang lain pandai la korang cari yek
so masuk bulan ini dah setahun 7 bulan cik en berkhidmat di bawah SUK Negeri Perak
Alhamdullah pelbagai ilmu baru dah cik en ketahui dari rawatan, program kesihatan, PINTAF, TRUST dan pelbagai bidang yang ada di daerah Cik en .


Cik en sekarang fokus kepada E-Permit 2.


kat sini cik en cerita sikit apa function E-Permit 2 ni
permit perlu apabila berlaku permindahan ternakan dan penyembelihan
antara negeri penggunakan E-Permit2 digunakan. Ia berbentuk Online.
Permindahan dan penyembelihan anatara daerah dalam negeri sekarang masih menggunakan permit manual dan akan menggunakan permit online juga yang dikenali 
e-permit 2 pemindahan dalam negeri atau nama pendek E-Permit 3
Setiap Permit online (antara negeri) perlu sudmit permohonana seminggu awal sebelum tarikh perjalanan. Borang ada disediakan di pejabat vet di daerah masing masing
Setiap Permit yang di keluarkan akan dikeluar sekali dengan SKV
Sijil Kesihatan Veterinar dan pembayaran dikenakan diatas sijil tersebut
Harga SKV seperti berikut


Lembu/ Kerbau : RM3.00/ekor
Kambing / Bebiri/ Babi : RM1.00/ekor
Ayam/Itik/ Unggas : RM3.00/konsinmen (1 lori)


ini yang dikenakan dibawah JPV negeri Perak.
Disini cik en sertakan prosedur dan carta alir permohonan


Submit permohonan
|
Masuk Online (Daerah)
|
tindakan pengarah lokasi destinasi
|
tindakan pengarah lokasi asal
|
pembayaran lokasi destinasi (perak free je)
|
pembayaran lokasi asal ( mengikut skv)
|
Tindakan Ketua Vet Daerah
|
cetakan


pembayaran lokasi destinasi berbeza di setiap negeri
yang cik en tahu la.. kalau haiwan ternakan nak dibawa masuk ke perak atau melaka tiada pembayaran dikenakan
manakala ke selangor kalau tak silap cik en RM10.00
Johor : RM20.00
yang lain cik en kurang pasti sebab permintaan penghantaran ke negeri lain kurang


kepada sesiapa yang tidak mengusahakan ternakan ini memang tak tahu kan.. yang ternakan dibawa dalam lori tu ada caj kan? sepatutny ada cas. dan hanya penguatkuasa vet sahaja yang berhak mengecheck semua tu


semua kat atas ini hanyalah permit perjalanan
permit sembelih pulak berlainan.
harga mengikut syarat yang ditetapkan. tapi cik en jarang terima pembayaran permit sembelih.. yang ada buat masa ini cuma untuk sembelih lembu yang mana beharga RM35.00 seekor..


so yang mana sembelih dalam diam diam tanpa permit adalah satu kesalahan.


so sampai disini entry ini.. mybe akan beri maklumat kepada sesiapa yang memerlukan dan yang lain hanyalah info sahaja lah..


Photobucket
Eintan Nurfuzie

Lifestyle Blogger, Veterinarian, Social Media Influencer, Love Travel & Ladies Rider | Any Advertorial, Collaborations and Review : Facebook > Eintan Nurfuzie | Page Facebook > Nurfuzie.com | Group Facebook > Tips dan Rawatan Kucing | Instagram > @eintan_nurfuzie | Twitter > @eintan_nurfuzie | Channel Telegram > Eintan Nurfuzie | Channel Youtube > Eintan Nurfuzie | Email > eintannurfuzie@gmail.com

11 Comments

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. jom join kak =)

    http://nuyuijoinsanesini.blogspot.com/2012/07/segmen-ayu-saya-blogger-dari.html

    ReplyDelete
  2. orang vet rupanya.. Interesting :)

    ReplyDelete
  3. sronoknye..sy dulu mmg bercita2 jd doktor haiwan...sbb ske sgt ngn kucing...jg cepat merasa kasihan pd haiwan lain...

    ReplyDelete
  4. owhh ya ka??baru tahu la..hehee

    ReplyDelete
  5. a'aa ada terbaca area cik en keje :-)

    ReplyDelete
  6. wahh...patutlah pandai inject ubat bila chiki sakit...chiki dah sihat?

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah...ahlan wasahlan wa marhaban bikum yaa ramadhan :)

    ReplyDelete
  8. ooooooo patutlah. doktor ruprnye cik en ni ye. :)

    ReplyDelete
  9. heheh... sy ingatkan cik en pembantu kesihatan hehehe... rupanya pembantu vet... ;p
    jgn gelakkan sy yer... ;p

    ReplyDelete
Previous Post Next Post