Mimaland semakin dilupakan


salam semua..kali ini cik en nak share satu tempat ini..
kalau sesiapa yang dah singgah blog si FROGGIE mungkin ada yang dah tahu..kali ini cik en copy paste untuk follower cik en. cik en pun tak pernah tahu ada wujudnya taman ini.. so kita tengok apa yang ada di taman ini yang mana yang tak sempat tengok dan tak pernah tahu kewujudan taman ini (se geng dengan cik en le..:p)

Mimaland nie sebenarnya satu pusat rekreasi paling popular pada tahun 1971, tempat tumpuan orang ramai untuk melepaskan tekanan dan bersantai bersama keluarga



Nama Mimaland diambil dari singkatan Malaysia In Miniature Land, kawasan seluas lebih kurang 300 ekar terletak di Ulu Gombak tidak jauh dari Kuala Lumpur dibuat secara beberapa peringkat iaitu peringkat pertama pada tahun 1970 mengandungi 24 buah motel, 5 buah chalet, sebuah kolam renang, dan taman haiwan prasejarah yang dipenuhi replika dinasour bersaiz besar.



Pada tahun 1984 Mimaland telah membina satu kolam renang yang pada waktu itu dinobatkan sebagai kolam renang terbesar dengan papan luncur air gergasi yang terpanjang di Asia Tenggara. Selain itu Mimaland juga membuka sebuah tasik untuk aktiviti bersampan, memancing, kawasan 'Giant Maze' dan juga kawasan merentas rimba.  







Setelah lebih 28 tahun Mimaland menceriakan kehidupan ribuan orang, satu kejadian yang tidak diingini berlaku iaitu pada tahun 1993, dimana satu kemalangan yang menyebabkan kematian seorang warganegara Singapura berusia 27 tahun dikatakan akibat lemas berlaku dikawasan kolam renang dan papan luncur. Kejadian ini mengejutkan orang ramai hingga memaksa pihak Mimaland menutup sementara kawasan kolam renang dan papan luncur untuk kerja-kerja pemambahbaikan. 
Pada Mei 1994 pula, berlaku kerosakan pada dinding kolam renang yang sama berpunca daripada kejadian tanah runtuh hingga menyebabkan air lumpur memasuki kolam renang, dan sekali lagi kawasan itu ditutup dari orang ramai, dan ada yang mengatakan kejadian tanah runtuh ini berlaku akibat dari proses penambahbaikan pihak Mimaland sejak kematian warganegara Singapura. Kawasan tasik juga tidak terkecuali, air yang jernih berubah menjadi warna coklat.


Pihak pengurusan Mimaland kemudiannya diseret ke mahkamah oleh beberapa pihak agensi kerajaan diatas beberapa kesalahan antaranya kelemahan dalam kawalan keselamatan yang menyebabkan beberapa masalah alam sekitar. Sepanjang pendakwaan kes tersebut, pihak mahkamah menghalang pihak Mimaland dari meneruskan operasinya. Akibat tidak dapat lagi bertahan tanpa beroperasi, pada tahun 1994 pihak Mimaland akhirnya terpaksa membuat kata putus menutup Mimaland buat selama-lamanya.








Sekarang kawasan Mimaland telah ditutup sepenuhnya dan kerja-kerja mengali tanah dijalankan 
(untuk projek apa tak pasti) dan tanah nie dah dijual. Ada sesiapa nak beli?? Ada yang kata tempat nie berhantu, yang tu tak pasti tapi kalau dah tempat lama ditinggalkan tak mustahil lah kan. 





Info tambahan :
  • Mimaland juga pernah dijadikan lokasi pengambaran filemTuan Besar (1980), Mekanik (1983),  Gila-gila Remaja (1986), dan Tempo 88 (1987)
  • Mimaland adalah dibawah pentadbiran Magnum Cooperation
Sumber : Google Images, Arkib Negara 
kredit untuk cik Froggie




Photobucket

Eintan Nurfuzie

Lifestyle Blogger, Veterinarian, Social Media Influencer, Love Travel & Ladies Rider | Any Advertorial, Collaborations and Review : Facebook > Eintan Nurfuzie | Page Facebook > Nurfuzie.com | Group Facebook > Tips dan Rawatan Kucing | Instagram > @eintan_nurfuzie | Twitter > @eintan_nurfuzie | Channel Telegram > Eintan Nurfuzie | Channel Youtube > Eintan Nurfuzie | Email > eintannurfuzie@gmail.com

4 Comments

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. hehe.. thankz sudi share pasal mimaland.. tempat nie sekarang tgh lelong kesan2 semua tu dah tak ada.. yang ada pintu gerbang je..

    ReplyDelete
  2. klau la ada lg..tgh plan nak wat story ada kaitan tempat ni gak...menarik

    ReplyDelete
Previous Post Next Post