Dilema Wanita : Menopause atau Putus Haid | hari ini cik en terpanggil untuk buat entry ini sebab cik en tertengok cerita dilema wanita di OAS di Astro.. Jujur cik en cakap..cik en tak tahu mengenai Monopos ini dengan lebih mendalam.. Cukup saja cik en tahu sampai satu tahap semua wanita yang normal akan mengalami keadaan ini. disebabkan keadaan membuak buak(hehe) cik en nak kongsi sedikit mengenai proses monopos ini. hasil research cik en ni.. kita mengenali dulu apa erti monopos
Dalam bahasa melayu di panggil Monopos atau Putus Haid. Kalau dalam English dipanggil Menapause.
Monopos atau Putus haid adalah waktu pertengahan umur seseorang wanita itu di mana dia berhenti mengeluarkan haidnya. Ia terjadi apabila ovari berhenti menghasilkan telur. Selalunya ia terjadi secara perlahan-lahan dalam suatu jangka waktu yang panjang. Namun begitu, ada juga kes dimana ia berlaku secara tiba-tiba dan cepat.Jangka waktu yang diambil untuk mengalami putus haid secara terus dipanggil perimenopause. Ia akan mempengaruhi hormon, tubuh badan dan perasaan. Satu lagi istilah yang diberi kepada jangka waktu yang diambil oleh seorang wanita semasa perubahan dari tahap kesuburan tinggi kepada ketidaksuburan ialah 'climateric'.Semasa perimenopause, pengeluaran estrogen dari ovari semakin berkurangan dan perlahan. Ini menyebabkan paras hormon tidak stabil. Ketakstabilan paras hormon inilah yang menyebabkan beberapa perubahan tertentu dalam wanita yang putus haid. Masa selepas putus haid pula dipanggil postmenopause.Terdapat juga kes dimana terdapatnya 'artificial menopause' iaitu putus haid yang berlaku secara bukan semulajadi.Misalnya di dalam kes pembedahan pembuangan ovari yang rosak ataupun terpaksa dibuang oleh sebab terdapatnya ketumbuhan. Dalam kes seperti ini, putus haid berlaku dengan cepat dan tiba-tiba tanpa melalui proses perimenopause sumber
Tanda dan Simptom Putus Haid
Apabila seorang wanita menghampiri putus haid, kitar haid akan menjadi tidak stabil di mana kadang-kadang ianya terjadi terlalu kerap atau terlalu jarang. Selain itu, terdapat simptom-simptom lain yang akan turut berlaku iaitu:
- Kesakitan sendi
- Susah untuk memfokus mengenai sesuatu perkara
- Sakit kepala
- ‘Hot flushes’
- Tidak boleh tidur
- Perubahan mood
- Kekeringan bahagian vagina
- Peluh di waktu malam
- Simptom yang dikaitkan dengan simptom sebelum kedatangan haid
- Perpeluhan yang teruk
- Kencing yang kerap
Tidak semestinya semua wanita akan mengalami simptom-simptom ini dan setiap wanita adalah berbeza dari segi pengalaman mengalami putus haid. Tetapi kadang-kadang simptom-simptom ini begitu sukar untuk dijangka dan begitu mengganggu aktiviti harian wanita tersebut.
Tidak semestinya semua wanita akan mengalami simptom-simptom ini dan setiap wanita adalah berbeza dari segi pengalaman mengalami putus haid. Tetapi kadang-kadang simptom-simptom ini begitu sukar untuk dijangka dan begitu mengganggu aktiviti harian wanita tersebut. Pengalaman seorang wanita yang mengalami menopause juga boleh dipengaruhi oleh perubahan persekitaran seperti:
- Anak-anak meninggalkan rumah
- Perubahan domestik, sosial dan perhubungan personel
- Perceraian atau kematian suami
- Perubahan identiti dan imej badan
- Persaraan
- Peningkatan kerisauan mengenai penuaan dan kematian
- Kehilangan kawan, orang yang disayangi dan keselamatan kewangan
- Peningkatan tanggungjawab kepada ibubapa yang telah berumur
- Risau mengenai keperluan untuk berdikari, ketidakupayaan atau kesunyian
- Mempunyai cucu yang perlu dijaga
Walauapapun penyebabnya, pengalaman-pengalaman seorang wanita sebelum dan selepas putus haid akan menjadi satu pengalaman yang pahit dalam hidupnya kerana kadang-kadang simptom-simptom yang hadir adalah agak serius. Tetapi, ada juga wanita yang langsung tidak pernah mengalami apa-apa simptom semasa dia putus haid.
Simptom-simptom yang berlaku untuk kes putus haid yang diakibatkan dari pembedahan adalah lebih cepat dan berlaku secara tiba-tiba. Ini kerana paras estrogen akan menurun dengan tiba-tiba dan cepat semasa putus haid yang diakibatkan dari pembedahan terutamanya simptom ‘hot flushes’ yang selalunya berlaku selama 30 saat sehingga 5 minit.
‘Hot flushes’ selalunya bermula dengan sensasi ‘tingling’ pada jari. Ini diikuti dengan peningkatan suhu yang cepat bermula dari darah ke muka dan jantung berdebar. ‘Hot flushes’ selalunya termasuk perpeluhan yang teruk sehingga boleh membasahkan katil di waktu malam.
Beberapa tips untuk mengurangkan ‘hot flushes’:
- Cuba bersenam lebih kerap, mandi menggunakan air sejuk, mengurangkan tekanan dari persekitaran.
- Mengurangkan pengambilan teh, alkohol dan makanan yang pedas.
- Pakai pakaian yang nipis dan senang dibuka.
- Menyimpan diari mengenai kejadian ‘hot flushes’ dan faktor penyebab.
Kesan Jangkamasa Panjang Putus Haid
Selain kesan jangka pendek yang ditunjukkan oleh tanda tanda dan simptom,terdapat juga kesan jangka panjang yang disebabkan penurangan penghasilan estrogen ini seperti
- Penyakit jantung koronari
- Osteoporosis
- Kegagalan dalam pembungan air kecil
- selain itu perubahan kulit, buah dada dan rambut.
Rawatan dan Penyelesaian (selain suntikan estrogen)
Kebanyakan wanita menggunakan rawatan sampingan seperti rawatan tradisional untuk masalah putus haid mereka. Sesetengah rawatan ini memberikan kebaikan namun ada juga yang merbahaya. Sekiranya anda ingin menggunakan cara rawatan tradisional, pastikan orang yang menawarkan rawatan ini adalah seorang yang bertauliah. Beberapa kaedah rawatan lain yang boleh digunakan ialah :
a ) Rawatan Herba
Teh herba atau ekstrak sediaan herba boleh digunakan untuk merawat simptom putus haid. Ia biasanya diberikan dengan mengambil kira nutrisi yang diambil. Sebagai contoh, pati rhizome daripada Black Cohosh iaitu sejenis pohon bunga kecil yang dijumpai di Amerika Utara dan didagangkan dengan nama produk Remifemin. Ianya boleh didapati di farmasi-farmasi berdekatan.
b ) Neuropati
Pakar neuropati percaya kepada kebolehan badan untuk sembuh dengan sendiri. Perhatian diberikan kepada diet dan penurunan tabiat buruk yang boleh mengurangkan keharmonian semulajadi badan. Kadang-kala nutrisi tambahan akan mereka cadangkan.
c ) Akupuntur
Prinsip asas akupuntur juga adalah berdasarkan keupayaan tubuh badan untuk sembuh dengan sendiri. Terdapat beberapa laluan tenaga di dalam tubuh badan yang juga diganggu dengan cara tertentu boleh mempengaruhi keseimbangan semulajadi badan. Pakar akupuntur menggunakan jarum untuk merawat proses terjadinya sesuatu penyakit.
d ) Homeopati
Ramuan homeopati turut mementingkan keharmonian tubuh badan. Ramuan diberikan untuk menghasilkan simptom yang hampir sama seperti yang sedang berlaku pada tubuh badan. Ini adalah untuk mempengaruhi tubuh badan supaya menyimpan keharmonian semulajadinya dan menghalang terjadinya sesuatu penyakit.
e ) Refleksologi
Pakar refleksologi percaya bahawa terdapat daya kehidupan yang mengalir menerusi sepuluh saluran di dalam badan bermula daripada ibu jari kaki. Tekanan yang dikenakan kepada kaki pada tempat-tempat yang berbeza akan meransang reflek yang mempengaruhi organ tertentu badan.
f ) Hipnoterapi
Pakar hipnoterapi membantu mengurangkan tekanan dan kemurungan, membantu mengurangkan kebergantungan kepada alkohol dan merokok serta membantu mengawal simptom fizikal yang tidak mempunyai penyebab.
g ) Urut Urutan adalah satu rehat yang terbaik untuk tubuh badan anda. Ia mengurangkan tekanan serta menghilangkan kesakitan. Urutan juga meransang peredaran darah.
sumber
Sgt mencabar nk menjga perasaan org yg sdah mnpouse.mrka terlalu sensitif.
ReplyDeleteSy setuju.. Mereka terlalu sensitif n beremosi sehingga perkara2 yg kecil pun dianggap besar.. Apakah tips encik/cik tanpa nama mengawal/mengatasi/meredakan perasaan orang2 yg mengalami keadaan ini.. Sila berkongsi pengalaman n petua.. Terima kasih..
Delete
ReplyDeletenak tanya ada tak ubat atau jamu untuk wanita sedang monopos....kalau ada apa jenamanya....yang tidak mendatangkan bahaya pada wanita..
trm ksh info sgt berguna. persediaan utk mendhadapi situasi itu
ReplyDeletesya umur br36 blh monupus jg ka..coz setiap bulan sya dtg haid 2 ja....
ReplyDeletesyA umur36 dtg haid sebulan tp 2 hari ja itupun darahnya x byk..ada sya manopos..?
ReplyDeleteOrg lelaki pn masalah jgk. Nak bersama pn tak blh..tekanan jgk bagi kaum suami..
ReplyDeleteTq...Share ye.
ReplyDeleteperkongsian yang berguna
ReplyDeleteterima kasih sis... terbaik info tu..
ReplyDelete