Gempak tak tajuk cik en....
SKII, Clinique, Estee Lauder dan pelbagai jenis kosmetik yang boleh dianggap berjenama mahal ada di pasaran sekarang.
Ada yang kita boleh dapati di pasaraya eksklusif seperti parade, Aeon dan dan lain lain.
Dari kecil lagi cik en berangan hendak pakai kosmetik yang mahal mahal ini..
Kebetulan bila cik en mempunyai kerja yang tetap dan kawan baik cik en ada memperkenalkan satu web yang boleh cik en boleh beli produk produk mahal ini berbentuk sample dan harga yang murah..
Cik en jarang menggunakan shopping online dan boleh dikatakan tidak pernah..ini sebab cik en kurang mempercayai urusniaga begini.
Tapi kerana keinginan untuk memiliki dan memakai produk ini cik en cuba.
permulaan cik en membeli produk estee lauder(Lip Gloss), clinique(Scrub, Lip Gloss, Mascara dll) dan skII(Essence)..
Hampir RM150 jugak la..
Sampai je barang cik en terus belek belek dan tak sabar sabar untuk memakai..
Permulaan cik en menggunakan Scrub 7days Clinique..Komen cik en pada awal ok...tapi sehari penggunaan, muka cik en tumbuh jerawat kecil kecil...
Kemudian SKII Essense..sama juga, muka cik en akan mulai tumbuh jerawat kecil kecil.. tidak serius tapi muka cik en penuh jerawat kecil terutama di bahagian dahi..
Bagi Lips Gloss, cik en memang suka...begitu juga dengan mascara.
Pendek kata disini cik en mungkin tak sesuai menggunakan produk yang mahal mahal ini...akhirnya cik en kembali memakai produk lama cik en iaitu Skinz untuk pencuci muka dan BB Cream Maybelline untuk krim muka seharian..
Jadi tak semestinya produk yang mahal ini sesuai dengan kulit muka kita.. Ada yang lebih sesuai menggunakan produk yang murah ini...
p/s: nasib beli untuk sample je..tak ada la membazir...heheh
Tags:
Eintan Nurfuzie
ok la beli sampel..tak rasa rugi sgt.
ReplyDeletewow mahal nie
ReplyDelete