Perigi Cari Timba - Boleh ke gegurl buat?

salam semua
apa khabo?ceria ceriakan hati di pagi hari ini
topik cik en ialah 
Perigi Mencari Timba


maksudnya gegurl yang memikat boboy...
heheh..besh gak guna perkataan gegurl dan boboy ni...


kalau dalam masyarakat melayu kita
istilah perigi cari timba ni agak kurang sedap nak di bincang..yela...selalunya sang romeo yang akan memikat sang juliet..
malah adat ini masih kuat di kalangan masyarat kita
bak kata orang
"biar mati anak, jangan mati adat"

tapi bial kita lihat kisah Nabi Muhammad dulu, Siti khadijah yang meminang Nabi...
x menjadi masalah kan?


ini ayat yang cik en rasa sesuai untuk membincangkan perkara ini...ini dari blog Baitul Muslim Halaqah



Perlu diingat kekadang adat dan syariat boleh diselaraskan. Namun adakalanya adat bertentangan dengan syariat. Maka pada ketika itu hendaklah diutamakan syariat kerana adat hanya berasal daripada pemikiran dan perasaan manusia manakala syariat bersumberkan wahyu Ilahi. Adat relatif sifatnya – boleh berubah mengikut zaman dan perubahan minda manusia. Tetapi syariat bersifat mutlak, tetap relevan dan signifikan sampai bila-bila.


Tidak dinafikan kekadang adat bersumberkan ajaran agama. Namun apabila selera nafsu dan kecelaruan fikiran berlaku, sering syariat menjadi mangsa pengubahsuaian yang mencemarkan kesuciannya. Adat “membatalkan air sembahyang”, kenduri walimah secara keterlaluan (hingga menyebabkan pembaziran dan sikap menunjuk-nunjuk), mas kahawin yang berjumlah beribu-ribu ringgit, adalah antara contoh bagaimana sesuatu yang mulanya berasalkan kehendak syariat telah bertukar menjadi kehendak nafsu. Sering berlaku, yang sunat dianggap seperti wajib. Manakala yang wajib pula dianggap remeh dan dipinggirkan.

Kepada ibu bapa pihak wanita, malah wanita itu sendiri, jangan takut untuk merubah budaya. Kita mesti berani melawan arus. Hubungan Allah s.w.t. dan sesama manusia saling berkaitan. Marilah kita jaga hubungan kita dengan Allah s.w.t., untuk mendapat kekuatan menyelesaikan masalah manusia. Kita tidak boleh lagi terikat dengan cara-cara konvensional sahaja untuk menyelesaikan masalah ummah. Oleh itu, jika ada seorang lelaki yang anda percayai layak menjadi calon suami yang soleh, ambillah tindakan untuk mula merisik dan melamarnya. Jika diterima, alhamdulillah. Jika ditolak, tidak mengapa. Usah berasa malu kerana anda bukan melakukan sesuatu yang salah dan haram di sisi agama.

Sekalipun ditolak, pihak wanita atau wanita itu sendiri sebenarnya telah melakukan satu usaha yang mulia malah mengikuti jejak langkah Sayidina Umar yang menawarkan puterinya untuk Sayidina Abu Bakar. Bukankah pinangan Umar juga ditolak dengan baik oleh Sayidina Abu Bakar? Namun kemudiannya Umar mendapat calon yang lebih baik apabila Rasulullah sendiri sudi memperisterikan Siti Habsah. Jadi bagaimana dengan anda? Tidak mustahil natijah yang sama mungkin anda alami… insya’ Allah s.w.t., Allah s.w.t. tidak akan mengecewakan para hamba yang komited mengikut syariatNya.

Usah berasa malu untuk menjadi “perigi” yang mencari “timba”. Malu yang sedemikian tidak kena pada tempat dan perkaranya. Sayang sekali, kekadang malu kita tidak merujuk kepada syariat. Ketika ramai kaum wanita tidak malu mendedahkan aurat, bergaul bebas dan melakukan perkara-perkara yang diharamkan oleh syariat… apakah anda harus berasa malu mengikut syariat dan menyusuri langkah-langkah para salafussoleh untuk mendapatkan jodoh terbaik untuk anda?



dan cik en tertarik dengan satu komen ini


"Biar mati adat,jangan mati syariat" 


p/s: so jangan malu untuk memulakan langkah bagi gegurl ini...kadang kadang langkah yang kita ambik ini akan membuat kita bahagia seumur hidup..mana tahu kan???(cik en dah mulakan dah...hihihi)


Photobucket
Eintan Nurfuzie

Lifestyle Blogger, Veterinarian, Social Media Influencer, Love Travel & Ladies Rider | Any Advertorial, Collaborations and Review : Facebook > Eintan Nurfuzie | Page Facebook > Nurfuzie.com | Group Facebook > Tips dan Rawatan Kucing | Instagram > @eintan_nurfuzie | Twitter > @eintan_nurfuzie | Channel Telegram > Eintan Nurfuzie | Channel Youtube > Eintan Nurfuzie | Email > eintannurfuzie@gmail.com

8 Comments

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. masalahnye lelaki malay sendiri pun rase bende tu tak worth. nak buat macam mane?

    ReplyDelete
  2. mmm..mmg la...so kena pilih yg betul2 la...hehehe....pastu ngorat..hehhe

    ReplyDelete
  3. ok,pas bc entry ni, terasa nk ngurat anak jiran depan umah.. hahahaha

    ReplyDelete
  4. wow!boleh2....jangan mak dia kata gedik dah..ehheheh

    ReplyDelete
  5. x salah pn kalo perigi cari timba..
    (^_^)
    kdg2 timba ni aDA yg pemalu..wakakaka

    ReplyDelete
  6. tak salah tapi jangan laa over sangat2..ala2 bagi hint gitu hehehe

    ReplyDelete
  7. tak salah kot.. cuma kurang manis je. tapi zaman sekarang nie susah sikit, sape cepat dia dapat. haha

    ReplyDelete
  8. ZAMAN SEKARANG ORG BOLEH TERIMA DAH KOT..KALAU DULU MAYB PAYAH SIKIT..KAUM LELAKI NI KDG2 ADA YG JENIS LEMBAP SIKIT..SO,BETTER PEREMPUAN YG MULAKAN LANGKAH PERTAMA..HEHEHE

    ReplyDelete
Previous Post Next Post