Serasikah anda dan pasangan anda!



Zodiak, bintang atau horoskop mempunyai pengertian yg sama.. tetapi boleh ke kita percaya dengan semua ini yg kuat mengatakan ianya berkaitan dengan diri kita. Ermm.. adakalanya macam betul saja kan.. suratan atau kebetulan? Bukan saja tentang kita malah keserasian bersama pasangan juga boleh ditentukan melalui zodiak. Apa kata anda tanya si dia apa zodiaknya dan intai-intai nombor yg bertembung dengan zodiak anda. Kemudian lihat pula pengertian pada nombor tersebut bagi mengetahui sejauh mana keserasian anda dan si dia. Senangkannnnnnnnnnnn... .


SI DIA

ANDA
ARIES

TAURUS

GEMINI

CANCER

LEO

VIRGO

LIBRA

SCORPIO

SAGITARIUS

CAPRICORN

AQUARIUS

PISCES
ARIES
4
5
2
6
1
7
3
7
1
6
2
5
TAURUS
5
4
5
2
6
1
7
3
3
1
6
2
GEMINI
2
5
4
5
2
6
1
7
7
7
1
6
CANCER
6
2
5
4
5
2
6
1
7
3
7
1
LEO
1
6
2
5
4
5
2
6
1
7
3
7
VIRGO
7
1
6
2
5
4
5
2
6
1
7
3
LIBRA
3
7
1
6
2
5
4
5
2
6
1
7
SCORPIO
7
3
7
1
6
2
5
4
5
2
6
1
SAGITARIUS
1
7
3
7
1
6
8
5
4
5
2
6
CAPRICORN
6
1
7
3
7
1
6
2
5
4
5
2
AQUARIUS
2
6
1
7
3
7
1
6
2
5
4
5
PISCES
5
2
6
1
7
3
7
1
6
2
5
4



NOMBOR 1 ? SEHATI SEJIWA
Wah! Tu dia... nampaknya anda dan si dia memang sehati sejiwa... Macam lagu Ajai & Nurul tu... Dalam memastikan hubungan yg terjalin mempunyai kesinambungan yg erat, anda memerlukan strategi tersendiri dan kerjasama antara satu sama lain. anda berdua bersependapat, saling bertolak ansur, bertoleransi dan jujur. Banyak persamaan yang terdapat pada anda berdua turut membantu dalam menjaga keharmonian. Tetapi awas! Tidak semua yang indah itu takkan bergoyang. Pastinya ada kepincangan yang memerlukan anda berdua elakkan dari menjadi besar. Mungkin pengaruh dari sekeliling membuatkan anda tension dan bergolakkan. Namun kematangan anda berdua boleh mengatasi segalanya. Segala fitnah ataupun khabar angin yang dilemparkan dapat anda tangkis dengan mudah.
NOMBOR 2 - SALING MEMAHAMI
Dalam sesebuah perhubungan, sikap saling memahami amat penting. Bukan saja ia dapat membantu kita memahami si dia tetapi turut mengekalkan hubungan agar bertahan lama. Tetapi ia bukanlah hanya di sebelah pihak sahaja tetapi kedua-duanya juga perlu memainkan peranan yang penting dalam menjaga hubungan. Walaupun anda mempunyai prinsip tersendiri tetapi ia bukanlah alasan untuk anda mementingkan diri sendiri. Jangan kerana prinsip itu membuatkan ia menguasai diri anda. Mungkin komunikasi yang baik mampu memberi kesan yang positif terhadap perhubungan. Cuba berterus terang jika berlaku salah faham dan kekalutan. Jangan dipendam di dalam hati kerana bila sudah banyak terkumpul 
manalah tahu suatu hari nanti ia akan meletup! Dari berlaku perkara yg tidak diingini lebih baik bertindak dulu. Tapi berpada-padalah agar apa yang anda lakukan tidak melukakan hati si dia.

NO 3 ? SALING MEMBANTU
Baguslah kalau macam ini. Mengamalkan sikap saling membantu dan tentunya anda sendiri tidak mahu hanya si dia saja memikul beban seorang diri. Jangan pentingkan diri sendiri beb! Tapi jika si dia meminta bantuan anda hingga boleh menjejaskan diri anda sendiri baik fikirkan dulu. Bukannya meminta anda menjelaskan segala hutang-piutangnya sedangkan anda tidak berkemampuan. Ataupun pasangan yang terlalu mengharap pertolongan seperti tidak tahu berdikari walaupun hanya untuk perkara kecil saja. Selalunya orang yang saling membantu ini mempunyai sifat rendah diri dan seboleh-bolehnya tidak mahu orang tahu kelemahannya. Tapi jangan tak tahu kalau ada orang yang pandai membaca isi hati. Tahu pergolakan yang sedang berlaku dalam diri anda mungkin hanya melalui kegelisahan dan air muka anda saja. Jadi, tak salah kalau anda meluahkannya sekadar melepaskan tekanan yang terbuku di dada.
NOMBOR 4 ? TIDAK KUKUH TAPI MASIH MAHU BERSAMA.
Persamaan dari segi zodiak adakalanya menimbulkan ketidakserasian. Mungkin dari pertembungan sikap anda berdua. Walaupun sikap memberontak itu ada, anda masih mahu bersama kerana perasaan sayang dan kasih yang menebal. Sikap pro dan kontra itu adakalanya mewarnai perhubungan anda, tidaklah mendatar saja kerana ia boleh menimbulkan rasa bosan yang boleh mengganggu kelancaran hubungan anda. Susah kalau nak menciptakan hubungan yang sentiasa baik setiap detik dan setiap ketika. Pastinya berlaku juga perselisihan faham dan pertengkaran kecil. Payah nak menjaga hati orang ini dan sukar juga nak mengharapkan orang menjaga perassan kita. Kalaulah perhubungan itu menunjukkan tanda-tanda akan retak, anda perlulah mengambil langkah yang positif bagi mengelakkkan ia terjadi. Fikirkanlah secara matang, segala tindak tanduk anda boleh memberi kesan pada diri anda sendiri.
NOMBOR 5 ? SALING MEMERLUKAN WALAUPUN BERSIFAT 
EGO

Mahu tapi EGO! Itu yang membuatkan anda berdua sukar memahami antara satu sama lain. Walaupun saling sayang menyayangi namun keegoan yang menebal dalam hati membuatkan anda berdua sanggup berjauhan dari berlagak 
seperti tidak memerlukan kehadiran masing-masing. Mungkin anda boleh menipu orang lain yang anda tidak memerlukan dirinya tetapi bagaimana pula dengan hati serta perasaan anda yang terlalu kuat mengatakan yang anda sayangkannya. 
Ermm... jika anda benar-benar sayangkannya tak salah kalau anda tunjukkan pada si dia tentang perasaan itu. Nak buat apa sembunyikan kerana anda sendiri yang akan terseksa dengan tindakan itu. Kikiskan keegoan itu demi kebaikan anda 
sendiri dan terimalah hakikat yang anda berdua benar-benar saling memerlukan antara satu sama lain. Jangan menyesal kemudian hari pula.
NOMBOR 6 ? KURANG HARMONI TETAPI MEMERLUKAN PERHATIAN.
Walaupun anda masih dan telah lama bersama namun masih terasa kurang harmoni. Persengketaan dan ?perang mulut? kerap terjadi kerana anda berdua saling tuduh menuduh. Cemburu? Mungkin menjadi punca perbalahan tersebut tetapi rasa sayang yang menebal membuatkan angin kencang mudah reda dan hilang tapi anda kenalah tahu cara yang terbaik untuk mengatasinya. Untuk memastikan perhubungan anda berjalan lancar dan tidak tergores dek perasaan yang tak tentu hala itu, kenalah anda bertolak ansur dan memahami si dia. Bukannya apa... anda tentu tak mahu perhubungan yang terjalin hanya separuh jalan saja dan kalau boleh biarlah selamanya walaupun anda sentiasa bersikap ?panas hati? bila melihat si dia hingga mencetuskan perbalahan. Tapi jangan sampai keterlaluan sangat hinggakan perkara kecil menjadi besar. Orang kata kalau dah menyala api jangan simbahkannya dengan minyak tanah, bertambah semaraklah ia. Jadi kenalah siram dengan air? pandai-pandailah anda yea...
NOMBOR 7 ? TIDAK SERASI LANGSUNG
Huarghhhhhhhhhhh... Janganlah menangis?Tak serasi langsung mungkin hanya sebagai kekasih. Tapi kalau dalam persahabatan mungkin lebih sesuai kot! Jangan pula bila anda berdua mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan, terus bermusuhan sampai bila-bila. Declare war! Ishh... sekurang-kurangnya anda masih boleh bersahabat dan manalah tahu kalau jodoh anda kuat, hubungan yang intim itu boleh terjalin semula. Siapa tahukan! Jika anda benar-benar sayangkan hubungan itu, pupuklah ia supaya terus berkembang mekar dan siramlah cinta anda itu dengan air wangian sesuci kasih sayangmu itu. Jangan pula dimarakkan api kemarahan yang boleh memusnahkan impian yang telah sekian lama bertakhta di kotak fikiran anda. Mungkin anda berdua patut menyepikan diri buat seketika dan tunggu masa yang sesuai untuk bersama semula. Fikirkan kepentingan si dia dalam hidup anda. Bukankah anda mahu si dia menemani anda sepanjang hayat anda?
Psstttttttttt... ...
Emmmmm??bagaimana dengan anda? Apakah pasangan anda serasi dengan anda?

Jangan terlau percaya pada fakta ini 100% kerana tidak 
semestinya betul. Jika betul?itupun hanya sekadar kebetulan sahaja. Semoga anda mencuba...

Photobucket
Eintan Nurfuzie

Lifestyle Blogger, Veterinarian, Social Media Influencer, Love Travel & Ladies Rider | Any Advertorial, Collaborations and Review : Facebook > Eintan Nurfuzie | Page Facebook > Nurfuzie.com | Group Facebook > Tips dan Rawatan Kucing | Instagram > @eintan_nurfuzie | Twitter > @eintan_nurfuzie | Channel Telegram > Eintan Nurfuzie | Channel Youtube > Eintan Nurfuzie | Email > eintannurfuzie@gmail.com

5 Comments

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. ok. cikhoneybee dh check it out. cikhoneybee ngn Mr.G no 7. iaitu tidak serasi. hahaha. ptot la kami sllu gado. tp yg gado tu wt tmbah syg. kehkeh

    ReplyDelete
  2. Ada gak baca tuk suka2 tapi akde lah percaya...

    ReplyDelete
  3. hai.. lawa la blogg.. done follow you. hope you follow me back.. ^__^ http://kwanggieunsu.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. no7...mmg xserasi.. tapi smpi skrg berkawan baik even dh bpisah... and i like no1.. just xtau nk mula mcm mana.. dr awal dh sedar tarikkan dr dia.. mahu tapi malu... si dia xbukak hati lagi kot... hehhehe...

    ReplyDelete
Previous Post Next Post