Tommy..seorang warga London telah terpilih menyertai program keluarga angkat diMalaysia.
Sebelum berangkat pergi, ibu siTommy telah menasihati beliau supaya jadi budak yang baik dan bersopan santun. Ibunya juga memberitahu Tommy bahawa diMalaysia banyak nyamuk. Tommy akur dengan nasihat dan peringatan ibunya, lalu bertolak lah dia keMalaysia.
Sampai di Malaysia Tommy telah dipilih untuk mengikuti keluarga angkat berbangsa melayu yang tinggal diBaling, Kedah.
Pada malam pertama Tommy dirumah keluarga angkatnya, beliau bersiap-siap untuk tidur setelah makan malam. Ibu angkatnya menyuruh Tommy memasang kelambu kerana nyamuk banyak, tapi Tommy tak mahu sebab dia rasa panas, lalu dia pun baringkan badan untuk tidur.
Selepas setengah jam, ibu bapa angkatnya terdengar Tommy menampar nyamuk serta mengibas- ngibaskan selimut kebadannya sambil merungut kerana banyak nyamuk,lalu ibu angkatnya bangun dan memasangkan kelambu dan kali ini Tommy setuju. Setelah siap Tommy pun cuba tidur semula. Tommy merasa lega kerana nyamuk tidak menganggunya lagi.
Malangnya Tommy tak dapat lelapkan mata kerana teringatkan keluarga diLondon.
Malam telah lewat, Tommy belum juga lelap.
Tiba-tiba Tommy ternampak 5-6 ekor klip-klip diluar kelambunya. Tommy terkejut lalu terus menjerit...
" MUMMY..!! THE MOSQUITO IN MALAYSIA ARE VERY NAUGHTY, THEY BRING TORCH LIGHT TO BITE ME...MUMMYYYYY. .!!!!"
Tags:
santai
haha,sbr jelaa..
ReplyDeleteHhahahaa :DD
ReplyDeletehahaha. dasatnya nyamuk tu. saya pun takut gak. hehe.
ReplyDeletehahaha..kelako lah tommy nie..kalo kite msti cakap cantik kan si kunang kunang..
ReplyDelete