Siapa yang tidak kenal dengan pelakon yang comel dan cantik berasal dari Indonesia ini. Revalina S. Temat atau lebih dikenali sebagai Alya (Bawang Putih) mengatakan bahawa dia akan menceburi bidang selain dari lakonan. Dia juga adalah seorang pelajar jurusan Komunikasi Massa dan kini sedang berfikir untuk membuka sebuah restorannya yang sendiri.
Bagi pelakon yang sinonim dengan watak Bawang Putih ini, dia turut memberitahu,
“Saya perlu belajar bisnes, bidang ini baru bagi saya, sebelum ini saya belum pernah mencubanya. Waktunya cukup sesuai, jadual pun tidak padat dan saya boleh uruskan dengan baik,” dipetik dari Contact Music.
Dia akan menjadi rakan kongsi kepada 6 lagi temannya yang lain iaitu Olga Syahputra, Asha Shara, Wulan Guritno dan beberapa orang lagi. Idea untuk membuka perniagaan restoran sudah lama difikirkan oleh Revalina sejak bulan April-Mei tahun ini lagi. Tidak hairanlah dia memilih untuk membuka restoran secara tiba-tiba.
Tags:
hiburan
good luck bawang putih
ReplyDeletepergh!! berbisnes plak ea..
ReplyDelete