Wah, bintang remaja yang baru berumur 17 tahun ini sudah mula merancang untuk masa hadapan. Justin Bieber dikatakan ingin mempunyai anak pada umur 25-26 tahun dan sudah mula merancang bila dia akan berkahwin.
Penyanyi lagu “Baby” ini turut berkata,
Kami pasti peminat-peminat setia Justin Bieber sudah mula tertanya-tanya siapakah yang akan dikahwini Justin Bieber nanti memandangkan hubungan antara beliau dan Selena Gomez sering berkocak.“Pada umur 25 atau 26, saya mahu melihat diri saya sebagai seorang yang boleh berkeluarga. Saya nak menjadi ayah pada usia muda. Saya mahu melakukan apa yang saya mampu – untuk berjaya, berlakon dan apa saja. Tapi, jika masanya sudah tiba, saya mahu berkahwin pada umur 25.”
Tags:
gosip artis