Jika empat tahun lalu, Mawi dan Ikin dikhabarkan membeli sebuah rumah banglo bernilai RM 1juta di kawasan kelab golf Bandar Baru Bangi, kini sekali lagi cerita mengenai rumahnya itu diperkatakan.
Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani, dikhabarkan sudah menjual rumah banglo miliknya itu kerana tidak mampu lagi menanggung kos penyelenggaran dan bayaran bulanan rumah tersebut.
Mawi bakal tampil dengan single terbaru tidak lama lagi.
Mawi juga dikhabarkan mengalami masalah kewangan berikut kesuraman kariernya sekarang dan masalah album nya yang tidak laku dipasaran.
Bertanyanya khabar yang melanda juara Akademi Fantasia Musim ketiga ini, Mawi menafikan bahawa rumah banglo miliknya itu sudah dijual.
"Setakat ini saya masih lagi tinggal di Bangi dan masih lagi belum membuat apa-apa transaksi penjualan keatas rumah itu.
"Saya tidak tahu mana datang cerita ini, tapi yang pasti saya tidak lagi berniat untuk menjual rumah itu,"jelas Mawi.
Di minta mengulas tentang perkara itu, Mawi menjelaskan bahawa dia masih lagi diundang untuk persembahan korporat dan masih menerima tawaran lakonan.
"Setakat ini masih ada rezeki untuk membuat persembahan terutamanya persembahan korporat. Dan baru-baru ini juga saya diundang untuk membuat persembahan untuk Pancaindera.
"Tak dinafikan album terbaru saya, Idola kurang mendapat sambutan dan saya sendiri tidak pasti apa masalahnya.
"Namun saya sedar, sekarang ini penjualan album memang kurang mendapat sambutan, dan bukan sahaja saya yang mengalami masalah seperti ini tetapi hampir keseluruhan penyanyi juga begitu,"jelasnya.
Bercerita tentang perkembangan terbarunya, jelas Mawi dia ada menerima dua tawaran lakonan, namun masih berada diperingkat perbincangan, manakala tentang single terbaru pula, Mawi enggan mendedahkannya terlebih dahulu kerana masih terlalu awal untuk diperkatakan.
-manggaonline-
Tags:
gosip artis