CANTIK...hasil tangan inilah kebanggaan Rozalawati.
MEMANG seronok mempelajari gubahan hantaran. Menggubah kain, buah, telekung dan sejadah memerlukan kreativiti yang halus supaya hantaran tampil terkesan di hati penerimanya. Tetamu yang lihat pun rasa seronok.
Kek antara yang sering menjadi penambah seri di dalam barisan hantaran dan selalunya bakal pengantin menginginkan kek yang cantik untuk kenangan sekali seumur hidup mereka. Berbelanja lebih pun ramai yang tidak kisah. Kami bertuah kerana dapat melihat Rozalawati Ngah, 38, menggubah kek menjadi tepak sireh yang berkait rapat dengan seni pinang meminang dan pelengkap hantaran.
Untuk menyiapkan kek han��taran tepak sireh ini, selain fondan dan kek, perlu ada krim mentega sebagai pelekat, pewarna, taburan emas dan acuan bagi membuat kerawang.
Tags:
info