BEIJING - Satu bangkai haiwan misteri sepanjang 16.76 meter dan seberat 4.5 tan ditemui di tepi sebuah pantai di China, lapor sebuah akhbar semalam.
Seorang nelayan, Hwang yang berusia 66 tahun menemui bangkai haiwan itu yang sudah reput dan terdapat tali pada badan semasa ia dihanyutkan ombak ke tepi pantai di Guangdong.Orang ramai mengerumuni pantai itu baru-baru ini untuk melihat haiwan tersebut tanpa menghiraukan bau busuk.
Beberapa orang menyatakan, haiwan itu mungkin ditangkap oleh nelayan lain sebelum ditinggalkan kerana ia terlalu berat untuk dibawa di atas bot.
Identiti haiwan itu sukar dikenal pasti disebabkan ia mengalami proses pereputan. - Agensi
Tags:
info