Cik EN Sesuai Pakai Cermin Mata Atau Contact Lens?

Cik EN Sesuai Pakai Cermin Mata Atau Contact Lens? | Nampaknya ramai lagi yang tak tahu cik en ni rabun sebenarnya. Mungkin disebabkan cik en jarang keluarkan gambar berkaca mata kan? So dorang ingat mata cik en ini normal. So tadi dalam group AFBdotmy cik en story la pasal cik en dan contact lens. Dan dari situ ramai tak tahu cik en rabun. Kebetulan geng AFBdotmy KC bertanya pasal contact lens ini, so cik en pun kongsilah ilmu dan pengalaman memakai contact lens dekat 15 tahun.


Anyway cik en ini rabun semenjak umur 8 tahun lagi. Masa itu cik en bersekolah di Sekolah Kebangsaan Tambun Ipoh. Masa itu masih cik en ingat, cik en kelas 2 Melati dan cik en ditempat di sebelah belakang sebabnya cik en ini tinggi so untuk elakkan ada murid lain terganggu dengan kelonjongan kepala cik en ini, cik en diletakkan di belakang. Cik en dan buku memang berpisah tiada. So cik en sebenarnya selalu curi curi baca komik atau novel remaja masa semua ahli keluarga cik en dah tidur. Jadi baca membaca berpandukan lampu jalan luar rumah je. So dari situ cik en dah mula tak nampak apa cikgu tulis di depan dan kerap sakit kepala. So bila ke kedai dan kena check mata, cik en dah rabun 50-50. So pakailah cermin mata. Kawan kawan lain di sekolah tak ramai yang pakai cermin mata. Biasalah baru darjah 2 masa itu kan? 

Sampailah cik en berumur 15 tahun, setiap 6 bulan cik en akan tukar kanta. Dari 50-50 power cik en naik sampai 650-700. Sangat mendadak la naik so cik en dinasihatkan untuk pakai contact lens. Masa itu kalau tak silap tahun 2003. 2003 ini orang yang pakai lens ini sangat sedikit dan kalau ada pun dilabel orang kaya. Tapi cik en terpaksa sebabnya nak control power itu naik sampai beribu ribu. Masih cik en ingat, masa itu cik en buat di City Plaza Alor Setar sebabnya cik en duduk dengan tok cik en di kedah. Masa itu sekolah Sek Men Keb Alor Janggus. So start situ cik en memang pakai contact lens dan cik en berjaya slow kan kenaikan kerabunan ahahhaha cik en. Tapi still setiap 6 bulan kena pergi check balik di kedai tu. Sebab nak tengok progress. Tak mampu oo 6 bulan sekali tukar kanta. Dulu mahal sekarang je dah banyak offer untuk pelajar.

Sampailah cik en berpindah ke Kuala Kangsar, cik en cuba cari kedai cermin mata yang berpatutan dan servis yang ok, Sebelum cik en jumpa dengan Hoo Optical cik en ada cuba kedai lain tapi bila kita beli contact lens, cik en rasa tak selesa, mungkin kerana power cermin mata dan contact lens berbeza sedikit. Last cik en ke Hoo Optical dan Chee Hoe adalah ownernya yang mana beliau lulusan Studied BSc (Hons) Optometry at University of Bradford. So rasa trusted la kan? Dan beliau terangkan kalau power cermin mata 800-900, contact lens kena kurangkan sedikit kepada 7.5-8.5 . Lebih kurang la macam tu sebabnya dah lama cik en pun dah lupa. Dari situ cik en tahu kalau nak beli contact lens kita kena kurangkan sedikit power asal sebabnya ianya betul betul pada mata. Dan masa itu cik en bagitau la keadaan mata cik en perlu pakai lens sampai tahap umur yang akan slow kan tahap kerabunan. Dan dia pun suggest benda yang sama juga. DIa bagi info, rabun seseorang akan stabil apabila dah sampai tahapnya. 


Bermula dengan lens dari Bausch and Lomb dengan harga RM20 cik en mula memakai Jenama AirOptix yang sedikit mahal tapi berkualiti bila dah ada duit sendiri bekerja. Sebab cik en menghargai mata yang dah rabun ini. ahahaha so cik en akan berikan yang terbaik walaupun mahal. Chee Hoe pun berikan konsultan yang baik dan terangkan mana yang baik untuk mata. Biarlah cik en berbelanja lebih kan sebabnya mata bukannya ada jual di supermarket kan? So cik en memang manjakan mata cik en ini semenjak dah bekerja. 


Kenapa cik en tak beritahu orang yang cik en rabun? Ada kawan kawan yang dah lama kawan dengan cik en pun tak tahu apatah lagi korang korang yang baca entri ini. Sebabnya cita cita cik en masa kecik dulu nak seorang anggota polis. Kalau nak jadi polis kan tak boleh rabuunn.. Hurm.. sebab itu cik en sentiasa pakai lens sampaikan kawan kawan cik en tak tahu cik en rabun. Sebabnya cik en pakai yang natural. So memang tak la korang nak nampak kan? Dan juga cik en ini jenis tak boleh tengok orang lama lama so mungkin dari situ ramai yang tak perasaan macam ada satu selabut diatas mata hitam cik en. Tapi pasal polis tu, cik en berjaya tau! Tapi PVR jela, Polis Sukarelawan. Hai.. jadilah memenuhi cita cita dari kecil dulu. Korang boleh baca di Kursus Asas Sukeralawan Simpanan Polis Siri 6/2012 dan Cik En Jadi Polis Pulak . Merasa la memakai baju polis 


Sebenarnya nak bagitau 1 rahsia, cik en ini memang tak ikut langsung tau aturan pemakaian lens. Kadang kadang.. mmm kerap la cik en akan tertidur dengan lens. Lepas itu cik en akan pakai melebihi masa yang ditetapkan, macam patut 12 jam cik en bantai sampai 24 jam. Tapi alhamdulillah, buat masa ini mata cik en masih ok sebabnya cik en amalkan tip penggunaan kanta lekap ini dan Produk Terbaru Untuk Pengguna Contact Lens walaupun ada dalam itu cik en tak ikut. Hahahaha. Yang penting cik en akan cari yang berkualiti dan trsuted. Cik en pernah menang contest dari menang contact lens dari Optix. Save la sikit budget cik en masa itu. Tapi punyalah jauh cik en tuntut hadiah itu. Kat Penang nun...

Cuma dalam 3 bulan ini cik en berani pakai yang berwarna. Cik en memilih warna Pure Hazel dari Air Optix juga. Sebabnya untuk lens Air Optix ini walaupun jenis colour mereka masih menggunakan lens yang sama cik en pakai selalu. So takkan ada rasa tak selesa la. Dan bila cik en pakai memang tak ada rasa kelainan langsung. Sebab itu cik en setia dengan Air Optix. 


Tapi bila pakai bewarna ini, lens senang menarik kekotoran lebih banyak dari lens yang natural, so sebabkan cik en pakai tak ikut aturan macam lens biasa so mata cik en tak berapa ok selepas 3 4 kali pakai. Bukan salah Air Optix tapi cik en sendiri yang tak pakai ikut yang diarahkan. Hihihi

Ini simpanan contact lens cik en sekarang ini.


Banyak kan? Tapi sebenarnya tak banyak mana pun, cik en terpaksa beli banyak iaitu 2 kotak setiap lens. Cik en ini powernya berbeza, so kena la beli 2 kotak. Tapi cik en dapat promosi so cik en beli 2 pek setiap power. Bagi cermin mata pula cik en 2. 


Ini gambar lain yang cik en pakai cermin mata


Korang rasa mana lebih ok, pakai spek atau pakai lens? Kalau nak tengok balik koleksi cermin mata dulu, cik en kena cari balik album lama lama dan ada spek yang rare. Hahahha. Huduh tapi sekarang jadi trend pulak. Haahah. Ok la panjang lebo entri cik en kali ini yerk. Anyway cik en sahut cabaran untuk taip 1000 words untuk satu entri. Rasanya dah cukup ini 1000. 

Sampai perkataan last diatas, dah 1181 patah perkataan. So tersahutlah cabaran oleh Tuan Haji Amir Denaihati. Ok, next time cik en story lagi hal cik en. Jarang kan cik en nak story hal cik en sendiri dalam blog. Bukannya apa kadang kadang sibuk sampai tak sempat. Bila dah tak sibuk idea pulak tak datang. Hahahha. Ok.. Da semua....

Eintan Nurfuzie

Lifestyle Blogger, Veterinarian, Social Media Influencer, Love Travel & Ladies Rider | Any Advertorial, Collaborations and Review : Facebook > Eintan Nurfuzie | Page Facebook > Nurfuzie.com | Group Facebook > Tips dan Rawatan Kucing | Instagram > @eintan_nurfuzie | Twitter > @eintan_nurfuzie | Channel Telegram > Eintan Nurfuzie | Channel Youtube > Eintan Nurfuzie | Email > eintannurfuzie@gmail.com

6 Comments

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. sesuai pakai lens lagi.. tapi mungkin kalau pakai cermin mata frame less atau half frame lebih cantik.. cuba la

    ReplyDelete
  2. Pakai tak pakai sama juga nampak comel...

    ReplyDelete
  3. Wajah Cik En nampak lebih soft bila pakai Spek.. Tak pakai Spek nampak garang.. hehehe..jangan marah ye..

    ReplyDelete
  4. lama jugak cik en dah pakai lens kan. teringin nak pakai tapi takut la hahahaha. mata sepet ni mcm susah je nak masuk n keluarkan lens huhuhu.

    ReplyDelete
  5. Nampak muda Pkai spek...c.lens npk lbh matang

    ReplyDelete
  6. Air Optix ni teknologi lama, di buat dari Hydrogel. Hydrogel ni fresh kejap je sebab oksigen x banyak yg boleh masuk mata. Mata kita perlukan oksigen yg banyak, baru lah ia x pedih, merah atau berair. Jadi Elok sangat lah kalau guna Kanta lekap yang di buat dari Silicone Hydrogel seperti OxSeeGen Lens. Ia mempunyai DK/T190 kadar oksigen yang paling tinggi setakat ini. The Best lah citenye, Haaa tu dia!

    ReplyDelete
Previous Post Next Post