Alhamdulilah, entry semakin banyak
dan kali ini cik en ada mendengar cerita mengenai bahana kanta lekap sehingga menyebabkan kerosakan kepada mata
Untuk makluman semua, cik en merupakan seorang berabun jauh sehingga mencapai power sebanyak 1000.
Masa zaman sekolah, kenaikan power cermin mata setiap 6 bulan.
Setelah berbincang dengan pakar mata di kedai cermin mata pada masa itu area kedah, cik en mencuba untuk memakai kanta lekap atau contact lens pada usia 15 tahun
Setelah berpindah ke kuala kangsar, cik en mendapat khidmat kedai cermin mata HOO Optical dan pada saat ini, cik en masih pelanggan tetap dia bermula tahun 2004. Sekarang HOO Optical boleh poskan kanta lekap cik en jika cik en sibuk dan jarang pulang ke kampung.
Cik en pengguna kanta lekap 13 tahun. 2 jenama yang cik en guna. Bermula dengan Bausch and Lomb dengan harga rm20 sepasang. Penggunaan untuk sebulan tapi kadang kadang lajak ke 2 bulan
Selepas bekerja cik en memilih brand Alcon AIR OPTIX.Hargnya sepasang rm40. Ini kerana cik en nak menggunakan contact lens lebih dari masa bekerja.
Tapi itu la, cik en menggunakan kanta lekap yang natural dan tidak meminati langsung yang bewarna.
Setiap tahun akan menjalani rutin tahunan untuk pemeriksaan tahap kesihatan mata
Jika nampak tidak sihat, cik en akan merehatkan mata dengan memakai cermin mata untuk tempoh masa tertentu.
Alhamdullilah, tiada masalah yang teruk.
Ini tips untuk pengguna kanta mata
- Pastikan jenama yang dipilih adalah dipercayai. Biar mahal tapi baik untuk mata
- Elakkan pemakaian kanta lekap yang bewarna. Kalau untuk majlis tertentu pastikan pakai mengikut arahan yang diberikan
- Tempat letak kanta mat amesti direndam dalam air panas atau suam untuk mengelakkan jangkitan
- Gunakan air Replesnish yang dipercayai, belum tamat tempoh dan mempunyai kelembapan yang tinggi
- Gunakan kanta lekap pada tempoh jam yang ditetapkan
- Sila gunakan mekap seperti eye liner dulu sebelum memakai kanta lekap.
- Buat pemeriksaan setiap tahun untuk menguji kesihatan mata kita
Harap ini mampu membantu pengguna kanta lekap di luar sana.
Jangan takut. Gunakan barangan yang berkualiti. Jangan terpedaya dengan harga yang murah
Penggunaan yang betul InsyaAllah takkan merosakkan mata. Tq for this tips!=)
ReplyDeleteSalam singgah pagi dr http://seindahcerita.blogspot.com/
ReplyDeleteNieyl mmg x berani nak pakai..
sebab mata sangat sensitif...takut pun ada.aaa...
betul tu . yg penting berkualit & selamat kan
ReplyDeleteLama juga Cik En dah guna contact lense ye. 13 tahun tu. And thank ypu for the tips. Sha pun pakai contact lenses. Tapi jarang-jarang lah.
ReplyDeletesy guna contact lens tapi sebab ade eye infection, doktor kata jangan pakai for 1 year huhu sedey.. nampak cam nerd kalau pakai specs :-)
ReplyDeletetakut nak pakai lens. tak reti. takut nak cucuk mata huuuu
ReplyDeletewoww..!! tinggi nya power cermin mata..
ReplyDeletesaya pun rabun jugak.. dah pakai cermin mata sejak umur 13 tahun.. masa belajar di IPTA dulu ada la suka-suka pakai contact lens tapi sekejap2 je bila keluar dgn kawan2... hehehehehe...
apapun, nice sharing.
bab kebersihan dan cara simpan contact lens tu memang perlu ditekankan dan diberi perhatian. contact lens sangat sensitif kan... :)
cik en pakai contact lens dari pagi sampai malam ke..?
Terbaiklah entri eintan ni....tips utk mereka yg berlens....Power tinggi yer Eintan....
ReplyDeleteKalau bukak sure samar kan pandangan tu...
bertahun2 dulu aida pakai contact lens.
ReplyDeletedari zaman belajar hingga la beranak 3 org anak.
then ada masalah skit.
hingga skang pakai spec ajer la.
yes. cari yg kualiti.
and jaga kebersihan :)
tk pandai pakai...takut!
ReplyDeleteYa saya pun lama dah pakaikan kanta lekap. Lebih sukakan yang transparent punye. Alcon Air Optix juga satu-satunya brand kesukaan saya dan harganya berpatutan.
ReplyDeletedah lama tak pakai ni;)
ReplyDeleteDulu-dulu ada gak beberapa kali pakai contact lens.... perghh, memang leceh dan tak selesa.....
ReplyDelete