Kucing Ambil Masa Berapa Lama Untuk Beranak? | Dah jadi kebiasaan cik en kalau ada yang bertanya atau ada kes yang berulang cik en akan kongsi di blog. Kali ini cik en nak kongsi mengenai Kucing Ambil Masa Berapa Lama Untuk Beranak? Sebabnya ada kes pemilik kucing biarkan kucing berhari hari walaupun tahu kucing nak beranak tapi tak boleh beranak. Tahukah korang yang kucing korang boleh mati kalau berlaku komplikasi semasa beranak. Sama dengan manusia juga. Sakitnya pun sama dengan manusia. Kenapa ada yang ambil masa yang lama untuk bawa ke veterinar berdekatan? Hanya pemiliknya yang tahu. So Kucing Ambil Masa Berapa Lama Untuk Beranak? Cik en akan kongsi dengan korang
Kucing Ambil Masa Berapa Lama Untuk Beranak? |
Kucing Ambil Masa Berapa Lama Untuk Beranak?
Kucing Ambil Masa 2 hingga 6 jam Untuk Beranak. Kalau lebih 7 jam cepat cepat la bawa ke veterinar berhampiran. Kegagalan korang bawa kucing secepat mungkin ke vet kemungkinan anak dalam perut tidak dapat diselamatkan dan juga nyawa si ibu pun dalam bahaya. Maksud ucing Beranak Ambil Masa 2 hingga 6 jam itu selepas berlaku pecah ketuban atau berlaku lendiran yang keluar dari vulvanya. Nanti cik en akan kongsi pula apa tanda kucing nak beranak okey? So ingat tau, jika nampak kucing itu pelik untuk jangka masa lebih 7 jam, cepat cepat bawa ke veterinar berhampiran. Jangan gunakan alasan kewangan sebab ianya kes kecemasa yang boleh bawa mati.