Apa Tanda Kucing Nak Mati

Apa Tanda Kucing Nak Mati | Ada yang bertanya kepada cik en, Apa Tanda Kucing Nak Mati? Cik en yang selalu berdepan dengan haiwan yang kebanyakannya sakit tak dapat nak meramal bila kucing akan mati. Ianya terpulang kepada penjagaan pemilik jika ianya sakit. Cik en hanya mampu untuk membantu dari segi rawatan dan selebihnya bergantung dengan pemilik. Jika kucing sudah tua, ianya bergantung kepada kesihatan kucing tersebut. Tapi kita boleh nampak Apa Tanda Kucing Nak Mati dan korang kena stanby. | Apa Tanda Kucing Nak Mati


Apa Tanda Kucing Nak Mati


Pernah juga kucing sakit, cik en rawat dan kucing tu keadaan nazak sangat. Tapi dengan rawatan yang betul dan penjagaan yang baik dari pemilik, kucing itu sihat dan boleh hidup lebih lama. Jadi entri Apa Tanda Kucing Nak Mati ini cik en hanya bagi gambaran dan jangan putus asa untuk membantu kucing tersebut. Berusaha sehingga nafas dia terakhir. 

6 Tanda Kucing Nak Mati


1. Hilang selera makan dan minum

Selalunya inilah tanda yang paling senang korang nampak. Kucing mula hilang makan dan minum. Kalau korang nak bantu, korang boleh suapkan susu, wetfood uang dicairkan, telur mentah, air kelapa dll. 

2. Lemah

Apabila kucing tiada selera makan dan minun, badan akan mula lemah dan seterusnya bergantung dengan diri kucing itu sendiri. Pada masa ini, korang kena ekstrem untuk push mereka makan. Boleh bagi glukose atau makanan khas ataupun kitten wetfood

3. Suhu Badan Rendah/Sejuk

Jika korang pegang telinga dan tapak kaki, korang akan rasa sejuk. Disini korang boleh letakkan dia dia tempat yang hangat. Seperti kotak ataupun masukkan air suam dalam botol dan letak di tepi mereka

4. Perubahan Badan/Bulu Yang Ketara 

Disebabkan tak makan dan lemah, korang akan nampak kucing mula kurus, bulu berserabut, badan berbau busuk dan korang nampak mereka tak pedulikan keadaan mereka diri

5. Hilang / Larikan Diri

Ini biasa berlaku, mereka akan melarikan diri atau cuba lepaskan diri. Bak kata orang dulu, kucing nak mati selalunya tidak akan mati didepan tuannya sebab tak nak tuannya sedih. 

6. Perangai Berlainan Daripada Biasa

Sebelum ini tak garang menjadi garang, sebelum ini panggil datang tapi sekarang tak datang dan lain lain lagi. Habit biasa mereka buat mereka tak buat dan jadi perangai pelik pelik. 

Cik en kadang kadang boleh nampak kucing ini tak lama dah tapi cik en akan berusaha untuk bantu even nampak ianya usaha sia sia. Biarlah dia mati selepas rawatan tapi bukan semasa cik en merawat. Ianya berbeza kalau kes kucing tua. 

Korang boleh baca entri Perkara Larangan Jika Kucing Sakit
Eintan Nurfuzie

Lifestyle Blogger, Veterinarian, Social Media Influencer, Love Travel & Ladies Rider | Any Advertorial, Collaborations and Review : Facebook > Eintan Nurfuzie | Page Facebook > Nurfuzie.com | Group Facebook > Tips dan Rawatan Kucing | Instagram > @eintan_nurfuzie | Twitter > @eintan_nurfuzie | Channel Telegram > Eintan Nurfuzie | Channel Youtube > Eintan Nurfuzie | Email > eintannurfuzie@gmail.com

4 Comments

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. No 5 tu sangat betul, at least kalau tak larat nak lari, dia menyorok dalam rumah tapi susah nak dijumpai

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas perkongsian
    boleh siap sedia kalau nampak kucing dekat rumah ada tanda-tanda nih
    so far semua okay
    hehe

    ReplyDelete
  3. Wak banyak ternak kucing
    Bila ada kucing yang mati, rasa sedih juga.

    ReplyDelete
  4. yang no 5 tu saya selalu perasan

    ReplyDelete
Previous Post Next Post