Untungnya Kejiranan Cik En di BBSAP Mendapat Bantuan Pemaju

Untungnya Kejiranan Cik En di BBSAP Mendapat Bantuan Pemaju  | 1,000 penduduk Bandar Baru Setia Awan Perdana bersyukur terima ‘kejutan’ gembira daripada pemaju. Taraf Nusantara Sdn. Bhd. menyumbang barangan runcit dan sayuran bernilai RM50,000 untuk mengurangkan beban sepanjang PKP. Itulah tajuk keratan akhbar mengenai kejiranan cik en di Bandar Baru Setia Awan Perdana (BBSAP). Cik en pun sedia maklum dalam group whatsapp rukun tetangga yang mereka mengagihkan bantuan. Cik en masih belum berpindah di sana dan berharap lebihan cik en itu dapat bantu menambah pada kejiranan cik en di sana. | Untungnya Kejiranan Cik En di BBSAP Mendapat Bantuan Pemaju 

1,000 penduduk Bandar Baru Setia Awan Perdana bersyukur terima ‘kejutan’ gembira daripada pemaju

Untungnya Kejiranan Cik En di BBSAP Mendapat Bantuan Pemaju 


MANJUNG, PERAK, 29 Mac 2020 - Penduduk projek perumahan mampu milik, Bandar Baru Setia Awan Perdana (BBSAP) bersyukur apabila pemaju perumahan mereka, Taraf Nusantara Sdn. Bhd. berkunjung ke perumahan mereka dengan membawa barang keperluan dan sayuran segar untuk diedarkan kepada setiap rumah sebagai satu usaha untuk mengurangkan beban mereka sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semalam. 

Barangan keperluan dan sayuran segar yang dibawa terus daripada Cameron Highlands bernilai lebih RM50,000 itu diedarkan sendiri oleh satu pasukan sukarelawan syarikat Taraf Nusantara serta Persatuan Penduduk BBSAP

Farid Omar, Pengurus Jualan, Taraf Nusantara Sdn. Bhd. dan satu pasukan sukarelawan tiba untuk membawa keperluan asas termasuk beras, sayuran segar, mi segera, mi, gula, minyak masak, telur dan banyak lagi. “Kami faham dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hingga 14 April 2020 ini, pasti sukar bagi penduduk BBSAP untuk keluar membeli barang keperluan. Kami percaya, sumbangan kecil daripada kami ini mampu mengurangkan beban mereka dalam tempoh getir ini,” katanya. 


“Terdapat lebih 1,000 penduduk yang tinggal di Fasa 1 Bandar Baru Setia Awan Perdana ini sejak kami menyerahkan kunci pada bulan April tahun lepas. Ada juga keluarga yang mempunyai anak kecil dan warga emas yang mempunyai risiko lebih tinggi sekiranya mereka perlu keluar rumah dengan kerap. Kami berharap penduduk di sini akan terus menjaga diri sepanjang tempoh kuarantin ini dan mengamalkan langkah berjaga-jaga sehinggalah kerajaan mengumumkan sudah selamat untuk kita semua keluar semula,” tambahnya lagi. 

Farid juga berkata, Taraf Nusantara merancang untuk menghantar bekalan makanan dan bahan runcit tambahan secara berperingkat kepada penduduk di sini. Ini termasuklah beras peket 5kg (425 unit), gula peket 1kg (850 unit), minyak masak peket 1kg (850 unit), peket teh 40 uncang (425 unit), sardin dalam tin (850 unit), telur (425 bekas), tepung peket 1kg (850 unit), mi segera (850 unit), ikan bilis peket 500 g (425 unit) dan sebagainya. 

Menurut Presiden Penduduk BBSAP Fasa 1, Mohd Nor Safarin Mansor, terdapat kira-kira 400 orang kanak-kanak berusia di bawah 12 tahun dan kira-kira 70 warga emas berusia lebih 65 tahun di perumahan tersebut. “Hari ini kami bersama pasukan Taraf Nusantara telah menyampaikan sumbangan tersebut kepada penghuni di 254 rumah di sini. Malah, kami juga memanjangkan barang keperluan yang ada kepada penduduk di sekitar taman perumahan BBSAP termasuk 80 rumah di Sungai Wangi, Lekir dan Balai Polis Pekan Gurney,” katanya. 

Bandar Baru Setia Awan Perdana merupakan salah satu projek perumahan mampu milik oleh Taraf Nusantara yang dilancarkan pada tahun 2016. Terbaharu, Fasa 2 dilaporkan telah siap sepenuhnya sementara menantikan Sijil Siap dan Patuh (CCC) manakala Fasa 3 dijangka siap sepenuhnya pada penghujung tahun 2021. Projek perumahan ini menawarkan rumat lot mampu milik kepada rakyat Malaysia dari harga serendah RM135,000 satu unit. Terdapat 10,500 unit rumah mampu milik yang akan didirikan dalam lima fasa ini apabila projek tersebut siap sepenuhnya.
Eintan Nurfuzie

Lifestyle Blogger, Veterinarian, Social Media Influencer, Love Travel & Ladies Rider | Any Advertorial, Collaborations and Review : Facebook > Eintan Nurfuzie | Page Facebook > Nurfuzie.com | Group Facebook > Tips dan Rawatan Kucing | Instagram > @eintan_nurfuzie | Twitter > @eintan_nurfuzie | Channel Telegram > Eintan Nurfuzie | Channel Youtube > Eintan Nurfuzie | Email > eintannurfuzie@gmail.com

1 Comments

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Previous Post Next Post