Koleksi Gambar Menarik TeddyVille Museum Penang | Siapa tahu yang di Malaysia ini ada Muzium Patung Beruang? Of course dalam itu banyak patung beruang atau sinonim dengan kita panggilan teddy bear yang mungkin akan buat korang teruja. Kat situ, ada teddy bear yang lebih tinggi dari cik en dan ada yang kecil dan comel. Ada yang berusia beratus tahun dan ada yang masih baru dibuat. Ini merupakan kunjungan kedua cik en ke TeddyVille Museum Penang selepas cik en pernah pergi pada September 2016 bersama team Blogger Utara. Cuma kunjungan kali ini cik en lebih berminat untuk ambil gambar yang super awesome untuk media sosial cik en. | Koleksi Gambar Menarik TeddyVille Museum Penang
TeddyVille Museum Penang |
Kunjungan Kedua ke TeddyVille Museum Penang
Seperti pernah kongsi di entri sebelum ini, TeddyVille Museum Penang mempunyai 2 seksyen atau 2 bahagian. Bahagian pertama iaitu laluan pertama semasa memasuki TeddyVille adalah Paw of Story atau sejarah patung beruang. Sekadar ringkasan, patung beruang pertama dibuat pada tahun 1902. Kisahnya bermula Presiden US yang bernama Theodore Roosevelt atau dipanggil Teddy pergi memburu beruang tapi tak berjaya. Beliau ditemani oleh Hunt Guide dan disebabkan asyik tak berjaya memburu, Hunt Guide menangkap seekor beruang tua dan diikat pada pokok untuk memudahkan Teddy menembak. Tapi Teddy tak sampai hati dan melepaskannya dan kisah itu disaksikan oleh wartawan dan kisah itu disebarkan di surat khabar seluruh US. Kisah itu menarik minat seorang penjual gula gula di Brooklyn. Morris Michtom untuk hasilkan patung beruang. Bersempena nama Teddy, anak patung pertama ini diberi nama Teddy. Untuk pengetahuan korang, masa Teddy Bear ini dicipta, rupanya sedih dan tak sama macam teddy bear yang ada kini.
Bila teddy bear baru ada muka senyum? Pada tahun 1925 barulah teddy bear pertama dengan muka senyum keluar dan teddy bear ini ada di TeddyVille Museum Penang ini untuk tontonan umum. Tapi tula, walaupun senyum tetap nampak menakutkan. Hahahah. Dan teddy bear yang bernama Gebruder Susseguth Peter Bear ini adalah teddy bear paling mahal di dunia iaitu RM21,500. Untuk kisah lain korang boleh baca di TeddyVille Perkenalkan Penang Melalui Patung Beruang
Masuk ke bahagian kedua TeddyVille Museum Penang, korang akan belajar mengenai asal usul, masyarakat dan lain lain lagi di Penang. Jika sebelum ini, gambar entri cik en nampak bishe bishe. Kali ini cik en ak share gambar yang ditangkap melalui Iphone X yang ada mode potrait di kamera dia.
Cantik kan? Anyway cik en nak ucapkan terima kasih pada staf TeddyVille Museum Penang. Lupa pula nak tanya nama.Tapi Indian Guys yang sangat suka sharing teknik ambil gambar sampaikan boleh dikira betapa sikitnya gambar cik en selfie atau muka cik en. Sebabnya teknik dia ajar itu buat cik en rasa gambar teddy bear comel ini jadi hidup dan cantik. So untuk entri ini, cik en kurangkan nak letak gambar selfie la ye. Hahaah.. Lagipun entri sebelum ini penuh gambar sendiri.
Selain dari teddy bear yang comel ini, ada teddy bear yang boleh dipeluk dan dicium sebab besar.
Kalau korang berminat nak ke TeddyVille Museum Penang, ini harga tiketnya dan detailnya.
Harga tiket TeddyVille Museum
Dewasa RM36 (Tanpa MyKad) RM 27 (Dengan Mykad)
Pelajar RM29 (Tanpa MyKad) RM 22 (Dengan Mykad)
Kanak Kanak RM25 (Tanpa MyKid) RM 15 (Dengan Mykid)
Alamat TeddyVille Museum Penang
Ground Floor (Inside The Building)
DoubleTree Resort by Hilton Penang
DoubleTree Resort by Hilton Penang
56, Jalan Low Yat
Batu Feringgi
11100 Penang
Masa
9.00 pagi hingga 6.00 petang
Masa
9.00 pagi hingga 6.00 petang
Laman web
FB Page
Waze
TeddyVille Penang
Contact
beary@teddyvillemuseum.com
No telefon
Tel: 016-550 5949
Menarik ni...boleh masuk wishlist ni...sure Dania suka dan teruja...
ReplyDeleteI didn't know there's such an interesting place in Penang
ReplyDeleteAllahu cute nya muzium ni, nt nk ajak asben bw anak2 ke sini
ReplyDeletetak dapatlah nak join sabtu dengan uols semua..bestnya mcm2 bear ada..semua comel2 ha..nti nak ajak satu family terjah sini lah
ReplyDeleteThese teddy bears are so so cute, i want to go to this museum too when on my next trip to penang.
ReplyDeleteMenarik suka tgk gambar2 diatas. Kena pergi juga nih klu ke Penang.
ReplyDeleteYang kecik tu comel.. Tengok yangbbesar.. Huishh takut.. Hehehe.. Tapi tengok semua best
ReplyDeletekreatif dan sgtlah comel..
ReplyDeleteNasib baik penah pegi dah. .
ReplyDeleteTapi gambar² cik ein cantik2 la... Teknik tu berkesan