Itinery dan Pakej Snorkeling Murah di Pulau Perhentian Terengganu

Itinery dan Pakej Snorkeling Murah di Pulau Perhentian Terengganu | Snorkeling adalah salah satu aktiviti yang cik en suka walaupun selepas itu cik en akan menderita kulit terbakar. hahaahha. Anyway sebelum ini cik en snorkeling luar dari Malaysia. First snorkeling di Krabi dan kedua snorkeling di Gili Nanggu Lombok . Untuk snorkeling kali ketiga barulah cik en merasai snorkeling di negara sendiri iatu Pulau Perhentian Terengganu. Trip ini hanyalah trip budget yang rasanya semuanya mampu nak pergi. Trip ini 3 hari 2 Malam start 9 dan 11 Mac 2019 yang lepas. | Itinery dan Pakej Snorkeling Murah di Pulau Perhentian Terengganu


Itinery dan Pakej Snorkeling Murah di Pulau Perhentian Terengganu


Trip kali ini cik en pergi berempat bersama Lia Hasty, Lyana Ishak dan Fairuz. Cik en dari Manjung bergerak Jumaat malam dan sampai di Terengganu subuh. Sampai di perhentian Kuala Besut, cik en terpaksa naik teksi ke Jeti Kuala Besut. Mereka bertiga dari Penang dan rezeki mereka, bas yang bawa mereka masuk ke kawasan jeti. Perjalanan tak sampai 5 minit itu cik en kena bayar RM10 sebab 1 teksi kan. Kalau ramai kurang la bayar. Disebabkan masih gelap, cik en hanya fikir nak jumpa mereka yang lain dan keselamatan cik en bayar je walaupun ada kata boleh dapat murah lagi.

Trip dari Jeti Kuala Besut ke Pulau Perhentian ada pukul 8 pagi, 10 pagi dan 12 tengah hari. Sebelum itu, cik en dan yang lain lain sarapan dulu di jeti memandangkan masing masing dah lapar. Tepat jam 8 pagi, kami dah mula naik bot dan perjalanan dari Jeti ke Pulau Perhentian dalam masa 30 - 45 minit. Cuma dari aspek keselamatan agak kurang. Kami tak diberi life jacket dan gelombang air laut pada masa itu kuat. Untuk trip kami ini, kami memilih pakej budget Perhentian MJ untuk 3 Hari 2Malam. Dan Perhentian MJ ini terletak di Perhentian Kecil. Di Perhentian Kecil lebih kepada  suasana kampung, makanan dan kedai budget lebih mudah dapat berbanding Perhentian Besar. 

Itinerary kami adalah 

Day 1

8.00 am / 10.00 am / 12.00 pm : Bot Transfer ke Pulau Perhentian
12.00 pm :Check In Bilik
12.30 pm : Makan Tengah hari
3.30 pm : Ke Marine Park (Mandi Pulau Besar)
8.00 pm : Makan Malam 
9.00 pm : Free & Easy

Day 2

7.30 am : Sarapan
9.30 am : Kumpul di Jeti
10.00 am : Snorkeling 5 point
1.30 pm : Makan Tengah hari
3.30 pm : Kumpul di Jeti
4.00 pm : Ke Long Beach (Kincir Angin)
8.00 pm : Makan Malam (BBQ)
9.00 pm : Free & Easy

Day 3

7.30 am : Sarapan 
10.00 am : Check out
11.30 am : Bot Transfer kr Jetty Besut

Permandangan dari bilik cik en

Sampai Perhentian Kecil, kami tunggu turn untuk masuk balik. Setiap bilik boleh masuk 2 orang dan bilik kami ditingkat 3 kalau tak silap. Megah juga cik en. hahahha. Selesai urusan bilik dan tukar baju, kami turun untuk makan tengah hari dan stanby ke Pusat Taman Laut untuk belajar berenang gitew. 





Basah basah dan mana yang tak pernah snorkeling boleh belajar snorkeling. Rasa dah puas berenang kami balik ke Perhentian Kecil. Sampai terus cik en cari keropok lekor dan berjalan di sekitar pulau sementara tunggu makan malam


Selesai makan malam kami request untuk ke Long Beach di Perhentian Besar. Katanya di sana meriah dengan aktiviti malam. So nak ke sana kena naik bot dan kalau tak silap dicas RM 20 - 25 seorang pergi balik. Sampai Perhentian Besar, kami berjalan kaki dari jeti ke persisiran pantai. Kat sini ada pertunjukan api, tempat melepak atas pasir dan minum minum sambil chill out.




Masa ini, bahu cik en jadi kebas sangat. Duduk tak kena, berdiri tak kena. Mungkin tak warm up sebelum mandi laut petang tadi. Rasa macam sengal betul. Cik en rasa otot cik en terkejut dengan aktiviti swimming dan jadi regang. Memang sepanjang di Perhentian Besar dan tidur malam, cik en menahan sakit, Tuam dengan ais pun tak beri kesan apa apa. Hanya mampu makan pain killer. Berharap esok akan baik sebab esok adalah snorkeling time.

Nak tau ke cik en boleh snorkling atau tak esok? Kena tunggu next entri. 

Pakej Snorkeling Murah di Pulau Perhentian Terengganu

So kalau korang nak dapatkan Pakej Snorkeling Murah di Pulau Perhentian Terengganu korang boleh tengok di Perhentian MJ Budget Package. Untuk pakej ini RM340 melalui orang tengah, kalau korang direct terus boleh murah lagi dan pakej ini merangkumi

  1. Bot Transfer
  2. Snorkeling 
  3. Penginapan 3 Hari 2 Malam
  4. Makan 6 kali
  5. Snorkeling Equipment 2nd Day
  6. Taxi Service ke Marine Park dan Kincir Angin

Tak Termasuk 

Tiket Marine Park - RM 5
Life Jacket dan Google untuk aktiviti Marine Park - RM 10 dewasa sahaja
Eintan Nurfuzie

Lifestyle Blogger, Veterinarian, Social Media Influencer, Love Travel & Ladies Rider | Any Advertorial, Collaborations and Review : Facebook > Eintan Nurfuzie | Page Facebook > Nurfuzie.com | Group Facebook > Tips dan Rawatan Kucing | Instagram > @eintan_nurfuzie | Twitter > @eintan_nurfuzie | Channel Telegram > Eintan Nurfuzie | Channel Youtube > Eintan Nurfuzie | Email > eintannurfuzie@gmail.com

3 Comments

Disclaimer
All content provided on this "Blog Nurfuzie.com" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site.

The owner of Blog Nurfuzie.com will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information.
This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Bestnya pergi pulau perhentian.. pulau nie akak tak pernah pergi lagi

    ReplyDelete
  2. thankyou cik en update ateng baru nk p cuti semester nanti eheheh mcm best ja ni

    ReplyDelete
  3. Awesome things һerе. I am very hppy to seе yоur aгticle.
    Thank you a lot and Iam looking aheаd to touch you.
    Wіⅼl you please drop me a mail?

    ReplyDelete
Previous Post Next Post