5 Point Snorkeling di Pulau Perhentian Terengganu | Sambungan dari entri Itinery dan Pakej Snorkeling Murah di Pulau Perhentian Terengganu. Alhamdulillah, bangun pagi bahu cik en dah okey sangat. So semangat la nak gi snorkeling. Sebelum pergi, kena makan dulu. Banyak aktiviti nanti nak buat so kena isi perut penuh penuh untuk tenaga. Selesai sarapan, kami kena stanby di jeti dan untuk snorkeling kami ada 5 point. | 5 Point Snorkeling di Pulau Perhentian Terengganu
5 Point Snorkeling di Pulau Perhentian Terengganu |
5 Point Snorkeling di Pulau Perhentian Terengganu
5 Point Snorkeling ini hanya 3 point saja yang best buat cik en. Point tersebut ialah Point pengenalan, Turtle Point, Shark Point, Nemo Point dan Lata Air Berani. Jom tengok apa yang menarik di setiap point ini.
Kat sini lebih kepada pengenalan untuk semua point. Kat sini juga, mana yang tak pandai snorkling akan di ajar. Kira macam warming up gitew. Akan ada seorang yang beri penerangan dan ajar cara yang betul menggunakan google dan life jacket.
Turtle Point
Yang ini memang tak leh nak snap gambar. Memang point ini kena cepat. Bila dapat arahan terjun, sila la terjun dan carilah turtle di dasar laut. Hahahha. Anyway cik en nampak dan sangat beruntung sebab ada yang terjun dan cari tak jumpa turtle itu.
Shark Point
Shark Point pun macam Turtle Point. Ikut luck kalau nak tengok. Kat sini cik en banyak luka kaki sebab batu karang dia sangat rapat. Tips di shark point ini, korang kena pergi dekat dengan daratan dan jauh dari crowded. Disini korang tak boleh snorkeling tengok bawah macam turtle point tapi kena tengok hadapan. So cik en jumpa 3 ekor shark berlainan saiz.
Nemo Point
Yang ini normal la, macam cik en di Krabi dulu cuma nemo tak banyak mana. Coral dia pun ok la, tak secantik Lombok. Tapi boleh la, nampak la nemo banyak banyak. itu pun bila di umpan roti. Hahahhaha.
Lata Air Berani
Ini check point naturalkan badan. 4 checkpoint masin dan lata ini check point air biasa. Kata mereka refresh balik badan
Lebih kurang 1 tengah hari, kami sampai bilik dan stanby untuk makan tengah hari yang telah disediakan. Balik ke bilik dan siapkan diri utuk aktiviti seterusnya ke Kincir Angin. So stay tuned untuk next entri