Menghayati Sunrise di Kaki Gunung Merapi | Trip Jogja Indonesia | Dah masuk hari kedua di bumi Jogja. Mesti ramai tertunggu entri ini sebab view untuk Trip Jogja Indonesia sebelum ini dah mencecah 4 angka. Nampak sangat korang excited untuk tahu tempat menarik yang kami berenam untuk hari kedua. So untuk hari kedua ini, cik en pecahkan mnegikut tempat sebabnya di kawasan Gunung Merapi pun dah ada 4 wisata yang kami melawat. Ianya adakah pakej bila korang sewa jip. Disini kebanyakan kena sewa jip disebabkan wisata ini terletak di kawasan bergunung dan susah untuk kenderaan biasa masuk.
Menghayati Sunrise di Kaki Gunung Merapi | Trip Jogja Indonesia
Untuk ini kami kena keluar dari hotel seawal 4.00 pagi dan pukul 4.30 pagi dan dah ada dalam jip untuk bergerak ke tempat terbaik untuk tengok sunrise. Untuk ini korang boleh tengok pakej di bawah ini
Ada 4 jenis pakej. Dan kami ambil yang pakej Sunrise. Pakej lengkap korang boleh tengok di Pakej Wisata Jeep Merapi JWM. Untuk pakej ini korang akan melawat
PAKET SUNRISE
-BASECAMP
-SUNRISE MERAPI (AREA BUNKER KALIADEM)
-MATERIAL PANAS MERAPI
-BATU ALIEN (BATU WAJAH)
-MINI MUSIUM SISA HARTAKU
-BASECAMP
Even Sunrise Merapi di kawasan Bunker Kaliadem tapi disebabkan cik en banyak sangat gambar nak kongsi cik en asingkan sebab di Bunker Kaliadem nanti akan ada cerita panjang lebar. Berbalik kepada trip sunrise tadi. Dalam pukul 5.30 pagi camtu kami dah stanby di kawasan yang sesuai untuk melihat sunrise dan permandangan Gunung Merapi yang cantik. Walaupun nanti akan nampak juga Gunung Merapi semasa Bunker Kaliadem. So korang layan gamabr saja la eh? Hahhahaha
Kejap je nak cerah. Tak sampai sejam kami kat sana terus cerah. Permandangan Gunung Merapi diwaktu pagi sangat cantik. Tak boleh nak story camne tapi apa yang terpacul dari mulut cik en Mashaalllah, indahnya ciptaan Allah pada bumi Jogja. Kalau dengar Gunung Merapi semua orang gerun sebab debu nya mampu mematikan lembu. Apatah lagi larvanya. Tapi hasil dari larva itu buat kawasan disekitarnya sangat subur dan cantik.
Kebetulan jumpa beberapa group dari Malaysia so kami pun bergambar bersama
Settle disini kami menuju ke Bunker Kalaidem. Disana nanti cik en akan story kisah kematian penjaga gunung merapi dan barang dari larva gunung merapi. Mungkin ambil masa yang lama untuk cik en taip memandangkan cik en agak sibuk buat masa ini. So mana yang terlepas entri sebelum ini, korang boleh baca dulu. Link di penghujung entri ini. Mana yang dah selesai baca semua entri Trip Jogja Indonesia in, kena tunggu la ye. Cik en akan pulun cepat cepat keluarkan entri seterusnya.