Sitiawan - KLIA2 - Adisutjipto International Airport | Trip Jogja Indonesia | Lamanya cik en ambil masa untuk update trip travel cik en kali ini. Biasalah kehidupan yang sibuk buat cik en sendiri tak sempat nak mengadap laptop untuk update. Kalau yang rajin terjah blog cik en ini, beberapa bulan ini cik en memang slow dalam update blog walaupun banyak cik en nak story dengan korang. Cik en sempat update di instastory je. Kalau sesiapa rajin nak tengok boleh la follow instgram cik en Eintan Nurfuzie. Okey back to my travel, cik en nak story Trip Jogja Indonesia pada 16 Februari hingga 19 Februari 2019 lepas. Untuk entri pertama mestilah entri pemanas episod Trip Jogja Indonesia ini kan? | Sitiawan - KLIA2 - Adisutjipto International Airport | Trip Jogja Indonesia
Sitiawan - KLIA2 - Adisutjipto International Airport | Trip Jogja Indonesia
Untuk kali ini, cik en memilih Air Asia dan kali ini cik en memberanikan diri untuk travel dengan orang cik en tak kenal. Kami kenal masa sampai di KLIA2. Kami seramai 6 orang yang mana cik en cuma kenal seorang dari 5 orang yang lain. Yang cik en kenali blogger juga iaitu Lia Hasty. Kami berdua pun lewat sikit beli tiket flight berbanding yang lain.
Cik en perkenalkan kesemua team trip travel jogja indonesia. Kiri cik en Lia Hastu, Belakangnya yang comel je itu Kak Alyn, sebelahnya VJ, kemudiannya Murni dan sebelahnya dan juga belakang cik en Ina. Mereka yang lain semua dari Penang. Cik en seorang dari Perak. Mereka berlima naik flight dari Penang. Cik en macam biasalah la naik shuttle bus dari Sitiawan.
Kami terbang dari KLIA2 lebih kurang 9.45 pagi dan perjalanan megambil masa lebih kurang 3 jam. Jika sebelum ini cik en tak ambil makanan di atas flight kali ini cik en bertekad untuk makan juga sebab cik en rasa terseksa hidu bau kesedapan makanan masa trip ke Lombok sebelum ini. So kali ini cik en order ini.....
Nasi Lemak Pak Nasser yang pernah viral sebelum ini. So far memang sedap dan cik en akui menu menu dalam flight ini memang sedap. Sebabnya cik en pernah tengok di discovery channel, menu untuk passanger flight bertaraf hotel 5 bintang. Selain daripada Nasi Lemak Pak Nasser, ada menu lain yang cik en dah story di Menu Air Aisa 2019.
Lepas itu, macam biasa, kita isi declaration form dan pastikan korang siap siap bawa pen ok?
Kali ini airport yang cik en sampai tak sama dengan airport sebelum ini. Flight dia berdepan dengan ruang ketibaan. Katanya ini airport sementara mereka. Mereka akan dapat airport yang lebih besar nanti. So korang boleh tengok gambar di bawah ini.
Sesiapa nak bergambar depan flight pun boleh. Hahahahha. So sampai saja airport ini, kami buat urusan ketibaan dan menunggu supir yang dah ditempah. So stay tuned untuk next entri.
Entri Trip Jogja Indonesia
Entri : Itinenary Trip Jogja Indonesia
Day 1
best bila dpt holiday gini... happpyyy jeee :D
ReplyDeleteOk, follow untuk next entry... macam best je bercuti ke sana...
ReplyDelete