Pantai Timang - Gondola - Lobster | Trip Jogja Indonesia | Sampai saja ke Jogja, kami terus ke Pantai Timang untuk naik gondola dan makan malam lobster. So untuk 3 aktiviti ini disatu tempat yang sama. Untuk pengetahun korang, kalau korang travel ke Jogja, kebanyakan tempat perlu naik jip. Sebab jalannya yang adventure so kalau korang hanya ambil pakej supir, pastikan spare untuk harga jip. Kebanyakan jip boleh naik 4 orang termasuk pemandu. So dalam 3 orang la. | Pantai Timang - Gondola - Lobster | Trip Jogja Indonesia
Pantai Timang - Gondola - Lobster | Trip Jogja Indonesia
Perjalanan dari airport ke tempat Jip nak naik ke Pantai Timang dan Gondala ini ambil masa hampir 2 jam. Jalannya memang evil sikit. Macam jalan naik ke Cameron ikut Tapah tapi versi landai. Cik en dah mula nak muntah juga tapi masih still ok. Tapi ada geng lain yang dah mabuk. Terutama duduk di bahagian belakang sekali. Oh ya, kami naik Avanza yang mana muat muat untuk 6 orang. Dibawa ini maps dari airport ke Pantai Timang.
Sampai tempat jip, kami siap siap order makan malam iaitu Lobster itu. Kedai makan itu betul betul tempat jip kami. Ini kedai dia. Kedai Lobster Pak Sis Timang
So cik en sempat la snap gambar dengan lobster yang ada disni. Boleh pulak time nak snap gambar lobster tu mengelupur so ini la gambar cik en paling suka nak kongsi dengan korang.
Selesai tempah makanan kami terus ke tempat Jip. 1 jip Rp350,000 untuk 3 orang. So selesai bayar kami meneruskan perjalanan mencabar ke Pantai Timang.
Perjalanan nak ke Pantai Timang sangat adventure. Terbalik balik kami dalam jip. So cik en tak galakkan la perempuan mengandung atau baby yang sangat kecil naik ke sini. Jalan dia berbatu besar dan memang tak banyak jalan yang rata
Hampir 15 minit tergolek golek dalam jip, kami sampai juga. Bila sampai Masallah. Memang cantik sangat tempatnya
Untuk kesana ada 2 cara, melalui gondola dan jambatan gantung. So tips yang gayat tu, better naik gondola dari jambatan sebab gondola duduk je dan ada yang tarik. Untuk gondola korang bayar Rp 150,000 pergi dan balik. Kalau jambatan Rp 100,000 pergi dan balik. Tak boleh nak rqust pergi naik jambatan balik naik gondola. Enggak bisa ye. So dibawah ini video cik en dan Lia Hastu naik gondola
Kami ambil masa setengah jam di pulau ini dan hanya menikmati hempasan air laut pada batu. Rasa tenang lepak je. Air sangat deras kawasan ini. So bila sesekali ombak besar datang memang kuat bunyinya.
Selesai tangkap gambar di area sini, kami balik ke tanah besar dan sambung selfie lagi. hahahaha
Dalam sejam di sebelah kami pun turun sebab perut dah mula keroncong. So bila sampai bawah, kami menunggu la menu yang kami dah order sebelum kami naik. Ini menu menunya
Makanan ini cukup itu kami berenam. Kenyang sungguh la.. Sampai kena buka tali pinggang seluar. Hahahahha. Selesai makan sepatutnya kami ke Pinus Pingger Malam tapi bila sampai pertengahan jalan hujan sangat lebat dan masa mula lewat jadi kami skip tempat itu. Kami terus ke hotel.
Kami perlu tidur awal sebab esok untuk hari kedua kami kena keluar hotel seawal 4 pagi. So untuk story hari ke 2, cik en story next entri ok?
Selesai tangkap gambar di area sini, kami balik ke tanah besar dan sambung selfie lagi. hahahaha
Makanan ini cukup itu kami berenam. Kenyang sungguh la.. Sampai kena buka tali pinggang seluar. Hahahahha. Selesai makan sepatutnya kami ke Pinus Pingger Malam tapi bila sampai pertengahan jalan hujan sangat lebat dan masa mula lewat jadi kami skip tempat itu. Kami terus ke hotel.
Kami perlu tidur awal sebab esok untuk hari kedua kami kena keluar hotel seawal 4 pagi. So untuk story hari ke 2, cik en story next entri ok?
Entri Trip Jogja Indonesia
Entri : Itinenary Trip Jogja Indonesia
Day 1
uishhhh.. kecut perut dah Haida tgk ni Cik En...
ReplyDeletePergh!! Mengancam betul lobster tu..
ReplyDelete