Pengalaman Merawat Luka Ular Jagung Atau Corn Snake | Corn Snake atau Ular Jagung ini cik en rasanya tak pernah merawat. Yang pernah cik en treatment atau bagi konsultan adalah Pythons Snake atau ular sawa batik. Itupun masalah tertelan lego atau bateri 4 segi. Yang itu cik en hanya bagi konsultan dan mintak refer ke veterinar yang mempunyai x-ray. Bagi kes hari ini, corn snake ini ada luka mungkin kerana digigit dengan tikus untuk makan atau ada terkena apa apa yang tajam di dalam kurungan dia. So sebab ianya rare dan jarang ada bawa ke klinik, cik en nak story la Pengalaman Merawat Luka Ular Jagung Atau Corn Snake ini.
Pengalaman Merawat Luka Ular Jagung Atau Corn Snake |
Pengalaman Merawat Luka Ular Jagung Atau Corn Snake
Mulanya hanya nampak lubang dan cik en mula mencuci menggunakan cotton bite dan barulah nanah dia keluar sikit demi sikit. Sama step cara Cara Merawat Kucing Luka cuma untuk ular ini cik en skip beberapa step seperti letakkan krim. Selesai cuci nanah, cik en letakkan sikit iodin dan letak sikit antibiotik jenis serbuk. Settle dan harap owner dapat buat dressing di rumah selama seminggu.
Sedikit info pasal Corn Snake atau Ular Jagung ini dari hasil pembacaaan cik en di laman web di luar negara dan wikipedia. Dia tak mematuk tapi menjerut mangsa. Sifat dia jinak dan malu mematuk. Sesuai dijadikan haiwan kesayangan dan zaman dulu, petani akan bela ular ini dalam bekas jagung dan bertugas ngap tikus yang mencuri jagung. Panjang dia 1.2 hingga 1.8 meter dan boleh hidup selama 6 hingga 8 tahun. Tapi ada yang mampu hidup 23 tahun. Untuk info lanjut korang baca di Ular Jagung atau Corn Snake
Tags:
Rawatan
aduhhhh Cik En.. hahaha.. gelis kiteeee tengok tu dia rilek je..
ReplyDeletecayalah hahaha..
Alahai sian dia.. Terluka ye..
ReplyDeleteComel pula nengok gambarnya.. nak pegang, memang taklah..