Kenapa Hidung Kucing Bengkak | Rajin pula cik en check keyword yang melekat dan kali ini cik en tengok keyword Kenapa Hidung Kucing Bengkak naik untuk sehari ini. So salah satu nak dapatkan idea menulis di blog ini dari keyword yang lekat, Mungkin Kenapa Hidung Kucing Bengkak ini ada yang cik en dah terangkan tapi ianya dalam keyword dan tajuk yang berbeza. So cik en nak nak menjawab la soalan Kenapa Hidung Kucing Bengkak dari pembaca cik en
Kenapa Hidung Kucing Bengkak |
Kenapa Hidung Kucing Bengkak
Sebenarnya pertanyaan ini agak general. Sepatutnya cik en kena buat pemeriksaan fizikal dulu sebelum membuat sebarang keputusan Kenapa Hidung Kucing Bengkak ini. Tapi cik en boleh buat andaian dengan simpton simpton yang berkaitan lain.
1. Sporo
Ini andaian yang pertama kali cik en akan keluarkan. Hidung Kucing Bengkak adalah simpton paling sinonim dengan sakit sporo. Korang boleh baca di entri Kucing Hidung Tinggi dan Besar
2. Luka bergaduh
Kadang kadang punca bergaduh juga boleh mengakibatkan hidung kucing bengkak. Selalunya ianya akan surut beberapa hari selepas itu atau korang boleh confirmkan datang ke vet
3. Terkena sangkar kucing
Ini kes kucing yang agresif untuk mengawan atau tak pernah dikurung, Disondol sondol sampai luka dan bengkak.
4. Kemalangan
Ada sesetengah kucing ini suka melintas jalan dan berlanggar dengan kereta, Bukan kereta langgar mereka tapi mereka yang langgar kereta. Hentaman di bahagian muka akan buat hidung bengkak juga.
Apa apa pun ini andaian cik en tanpa pemeriksaan fizikal dan klinikal. Untuk kepastian lanjut better bawak ke vet berdekatan okey?
Tags:
kucing
Oooo...baru Leya tahu... Terima kasih atas info ini
ReplyDeletebaru tauu.. thank you cik en for sharing!
ReplyDeletegood sharing cik ein..:)
ReplyDelete