Baby Skin Pore Eraser dari Maybelline Buat Solekan Jadi Sempurna | Cik en mulakan entri tahun 2019 dengan niche beauty dan kali ini cik en nak kongsi dengan korang mengenai satu produk iaitu Baby Skin Pore Eraser dari Maybelline. Siapa pernah pakai? Mesti korang oleh rasa perbezaan gunakan Baby Skin Pore Eraser dari Maybelline ini dan tidak sebelum apply foundation. Asalnya cik en kenal produk Baby Skin Pore Eraser dari Maybelline ini dari tutorial solekan di Instagram. Kebanyakkan ianya banyak di gunakan oleh instafamous dari seberang iaitu Indonesia. So cik en yang suka benda baru belilah dengan harga kirang RM 15.00 di Watsons. So korang nak tahu kenapa cik en kata Baby Skin Pore Eraser dari Maybelline Buat Solekan Jadi Sempurna? Baca sampai habis entri ini
Baby Skin Pore Eraser dari Maybelline Buat Solekan Jadi Sempurna |
Baby Skin Pore Eraser dari Maybelline Buat Solekan Jadi Sempurna
Anyway untuk apply Baby Skin Pore Eraser dari Maybelline ini sebelum korang apply foundation atau selepas apply sunblock. Ianya untuk menutup liang pori bagi nampak kulit lebih halus sebelum apply foundation. Bagi cik en ianya macam permukaan dinding berlubang kita apply layer halus simen untuk tutup lubang lubang sebelum kita cat. So nampak smooth je cat tu. Ini tekstur dalam dia
Tekstur dia lembut dan bila pakai bukan rasa macam serum, krim muka atau foundation. Bila apply pada muka, kulit muka nampak halus dan macam snap gambar filter beauty kat phone tu.
Dan cik en dah pakai hampir 3 minggu dan bila dah apply Baby Skin Pore Eraser dari Maybelline ini nampak kulit lepas letak foundation lain dari dulu. Nak selfie pun cik en lebih suka kepada natural mode dari beauty. Ini perbandingan cik en guna Baby Skin Pore Eraser dari Maybelline dan tidak. Mungkin tak nampak clear tapi korang tengok dulu gambar ini
Abaikan pencahayaan itu tapi korang boleh nampak kulit cik en lain sikit. Kalau without Baby Skin Pore Eraser dari Maybelline itu nampak makeup tak sekata dan pipi tak nampak smooth. Cik en pakai foundation ALARA , keadaan yang sama (tidak berpeluh) dan bedak tabur yang sama. Mungkin tak jelas tapi korang boleh cuba sendiri apply. Harga pun tak mahal sangat pon. Boleh beli di mana man drugstore offline atau online. Macam cik en memang setia dengan Watsons dari dulu so shopping kat watsons je lagi lagi dah jadi Elite Member.
Nampak bezalah...nak carilah..
ReplyDeleteYang kurang bermakeup macam Sis ni sesuailah kann..
Selamat Tahun Baru 2019 dear :)
Nampak macam makin berseri gitu pakai pore eraser ni. Nak try, tapi takut tak sesuai untuk kulit kering.
ReplyDeleteCT suka ni memang antara yang dipakai. mekap nampak floles especially kalo tepek foundation hehehe.. tapi sebab dia gel silicon nak solat memang kena cuci habis2 betul2. lagi satu size dia kecik senang nak selit dalam pouch mekap. harga pun tak mahal.
ReplyDeletebtw. happy new year Cik En. happy2 selalu =D
terbaek produk ni :)
ReplyDelete