Spray Biru Bukan Untuk Sembuhkan Luka Kucing | Lamanya cik en tak share tips dan info mengenai kucing kan? Sebabnya nak dapatkan idea itu selalunya hasil dari rawatan cik en hari hari. Topik yang cik en nak marah ini adalah "Spray Biru Bukan Untuk Sembuhkan Luka Kucing " . Nampaknya kes penderaan kucing sakit dengan menggunakan spray biru ini makin banyak dari masa ke semasa. Dan selalunya cik en akan mula marah dengan owner bila kes kes sebegini berlaku. Dah la kucing itu sakit, ditambah lagi sakitnya. Tak kesian ke?
Spray Biru Bukan Untuk Sembuhkan Luka Kucing
Fungsi spray biru atau dipanggil wound spray atau manggot spray ini adalah untuk menghalau lalat yang menghurung luka disebabkan bau darah dan nanah. Lalat yang berjaga hinggap di kawasan ini akan bagi ole ole telur ulat dan apabila ianya menetas maka terjadilah luka berulat. Luka berulat akan menjadikan kulit mati, daging mati dan kalau kronik organ dalaman juga. Disebabkan luka berulat bakal ada surgery atau pembedahan potong kaki, tangan ekor dan sebagainya. Spray biru ini juga membantu mematikan ulat ulat yang ada dalam luka. Ulat mati dan daging boleh tumbuh semula. Itu cara untuk kucing sembuh bila menggunakan spray luka.
Tapi bukannya korang memandai mandai spray sampai habis satu botol di kawasan luka dan kawasan sekitar luka terutama pada bulu kucing. Itu tak membantu langsung penyembuhan kucing malah membantu menderitakan lagi. Cukup la spray sikit didalam luka yang berulat. Itu mampu membunuh ulat dan baunya mampu mengelakkan lalat datang.
Apabila spray terlalu banyak pada bulu kucing, bulu akan melekat pada kulit dan bila kita buat dressing/cuci luka dengan bulu bulu kucing tercabut. Kadang kadang cik en sampai kena tarik bulu yang keirng dengan spray biru disebabkan kebersihan kucing. Andai kata kucing jilat, ianya boleh membawa mati. Spray yang berlebihan sehingga bulu keras boleh mengakibatkan kucing tak mampu berjalan, membengkok tangan disebabkan sakit.
Dan lagi satu, luka perlu dibersihkan terlebih dulu, jika luka bernanah, pastikan nanah dibuang sepenuhnya dan dibersihkan, jika luka berulat, pastikan ulat totally mati dan bersihkan. Jangan skip part "bersihkan" . Itu yang buat luka boleh baik. Dan jangan lupa baca Cara Merawat Luka Kucing.
Gambar diatas adalah kisah di Spray biru berkemungkinan menyebabkan kucing kena potong kaki dan kisah yang sama di entri Datang Klinik Veterinar Tapi Kena Marah Pulak
Tags:
kucing
la..igt ke saja2 dia spray badan kucing tu..huhu
ReplyDeleteBenci betul owner jenis pandai2 buat sendiri sebab nak jimat duit ni, pastu dah kronik baru nak jumpa vet.
ReplyDeleteilmu baru bg mama ni. tq cik en for sharing.
ReplyDeletealamak.. kite yang baca ni plak sejuk perut.. kesian kucing kalau jilat-jilat lepas tu keracunan seme.. em.. thanx EN untuk info yang best cam ni.. ada rezeki tahun depan kita nak bela kucing.. hee~
ReplyDeleteMaciam prnh nmpk spray biru utk kucing di rumah ni
ReplyDelete